Wednesday, May 6, 2009

MUKTAMAR PAS - PROFESIONAL VS ULAMAK

Sebulan menjelang muktamar PAS ( jika tak tertangguh ).
Desas desus jawatan Presiden yang disandang Tuan Guru Haji Abd Hadi Bin Awang bakal dicabar atau mungkin dengan istilah yang lebih sopan,jawatan Presiden kalau kena dengan gayanya,akan dipertandingkan.Ini dikuatkan dengan keputusan beberapa bahagian di Selangor yang selesai bersidang dan tidak mencadangkan nama penyandang Presiden untuk kekal sebagai Presiden.Katanya pendirian presiden agak diragui,apa lagi berkait dengan hubungan sulit dengan UMNO.Nampaknya di dalam PAS masih ada yang tidak mahu melayu bersatu.Mungkin tragedi 1977 masih menjadi igauan kepada segelintir ahli PAS dan beberapa pemimpin PAS yang agak veteren.Begitu juga Kerusi Timbalan Presiden.Nasaruddin antara yang paling panas kalau benar apa yang diperkatakan menjadi kenyataan.
Mungkin ada yang tidak gemar dengan gabungan 2 orang penyandang kerusi tertinggi ini.
Ada yang mula mencadangkan agar,golongan profesional diangkat untuk memanjangkan jangka hayat parti seperti yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir kepada UMNO satu ketika dulu,cuma mungkin tujuan dan sebab saja yang berbeza.Namun bagi yang tidak gemar akan hal ini masih bertegas Ulamak harus menjadi pemimpin tertinggi parti walaupun ianya tidak termaktub didalam perlembagaan parti.
Yang menjadi kemusykilan saya,kenapa tidak ada yang mendesak supaya Tuan Guru berundur diri jika bibit ketidakpercayaan ahli sudah mula dilihat wujud atau ada?
Jika Tun Abdullah satu ketika dulu dikecam hebat kerana ketidakpercayaan ahli UMNO kepada beliau sehingga seolah-olah parti2 pembangkang dipanggil untuk mencampuri urusan UMNO dan mendesak pengunduran beliau,kenapa parti2 yang bernaung dibawah PR hari ini tidak mendesak perkara yang sama kepada Hj Hadi?
BN tidak akan melakukan ini kerana pada dasarnya BN tidak mahu politiking yang tidak sudah2.
hal PR biarkan mereka uruskan.Bukan hal BN atau UMNO.
AdakahUlamak2 dalam PAS perlu lebih tegas atau labih cenderung untuk mempertahankan agenda dan perjuangan asal parti?Atau terus dibiarkan ideologi PM kabinet bayangan menjadi pegangan ahli atau pemimpin yang dikategorikan sebagai profesional ini menerajui PAS?Saya percaya golongan profesional PAS tahu hanya itu jalan terbaik untuk memikat hati pengundi dan bukannya dengan cara dakwah islamiah semata-mata.
Mungkin 2 Tuan Guru perlu lebih mengambil kira faktor2 kecemerlangan pemimpin muda dari segi akedemik mahupun sosial sebagai cabaran kepada kepimpinan sedia ada.dan menilai sendiri dimana kita sebenarnya dan adakah hari ini PAS memperjuangkan apa yang diperjuangkan sejak 50 tahun dulu?
Saya tertarik dengan pesan Tuan Guru Nik Aziz sebelum berangkat menunaikan umrah baru2 ini, Jika ahli mahu melantik kepimpinan yang baru,ataupun ada ahli yang ingin menawarkan diri untuk bertanding dalam satu2 jawatan,haruslah mereka itu menilai adakah mereka itu lebih baik dan lebih hebat dari penyandang yang sedia ada?.

No comments: