Tuesday, January 20, 2009

PUNCA KEKALAHAN BN DI KT

Semalam,mantan perdana menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad jelas menegaskan faktor utama kekalahan BN di KT adalah kerana calon tidak tepat ( tidak disukai ramai orang ) dan kebencian rakyat kepada pucuk pimpinan BN itu sendiri.
Tidak perlu saya menyentuh soal pucuk pimpinan parti kerana itu di luar topik dan saya sebagai orang baru dalam arena politik rasa seperti terlalu naif untuk mengupas isu itu.
Yang ingin saya sentuh disini adalah mengenai faktor2 lain yang menjadi punca calon BN pada PRK baru2 ini.
Benar ramai anak muda tidak kenal akan Dato' Wan Farid walaupun beliau merupakan seorang timbalan menteri.Jika ada yang mengenali beliau pun hanya belia2 yang tinggal berhampiran dengan kediaman beliau.Tapi orang mengenal beliau dengan keburukan dan orang tidak tahu akan kebaikan Dato' Wan Farid.
Tertarik dengan ulasan akhbar SINAR hari ini yang bertajuk " PUNCA BN TEWAS KERANA SOKONGAN GOLONGAN REMAJA SEMAKIN BERKURANG".
Mari kita sama-sama kupas isu ini.
Diakui memang golongan belia kurang berminat dengan UMNO dan kenapa? Faktor2 yang saya tulis dibawah ini merupakan antara faktor penyebab mereka tidak cenderung untuk mengundi BN setelah saya bercakap dan berdebat dengan beberapa penyokong PAS baru2 ini.

1)Anak muda yang lahir dari ibu bapa atas pagar - Ibu bapa yang seperti ini tidak akan mendedahkan anak-anak mereka kepada kebaikan atau keburukan mana-mana parti,cuma mereka mengundi mana pihak yang banyak membantu mereka sepanjang tempoh pemerintahan.Faktor ini amat penting kerana pengundi atas pagar bukan sedikit bilangannya.Jika kerajaan tersilap langkah untuk mendekati belia-belia ini,padahnya kita akan tanggung seperti di KT.Ramai anak muda kenal dengan Wan Farid akan tetapi mereka tidak suka akan kepimpinan beliau atas satu faktor yang saya sendiri tidak pasti.

2)Polis - Sepanjang tempoh berkempen kepada ketiga-tiga calon,beribu anggota polis dikerahkan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di KT.Saya sempat bercakap dengan bebarapa penduduk sekitar KT,mereka bukan tidak suka akan kehadiran polis yang begitu ramai di KT malah mereka cukup gembira kerana mereka mendapat keuntungan berkali ganda ( bagi orang yang berniaga ). Namun sekatan-sekatan jalanraya dan rondaan polis ke dalam2 kampung mencari kesalahan lalu lintas dan menyaman penduduk dilihat keterlaluan sehinggakan kononnya ada penduduk mendakwa,nak pergi beli gula di kedai tak sampai 200 meter pun kene saman sebab tak pakai topi keledar di dalam kampung. Benar atau tidak hal ini tidak pula dapat saya pastikan. Dan ini antara faktor kebencian penduduk kepada kerajaan BN,walaupun polis tidaklah menyebelahi mana-mana pihak tapi bagi mereka ini adalah arahan kerajaan,apatah lagi calon BN adalah timbalan menteri dalam negeri. Cakap2 belakang yang kita dengar " Biaselah nok ngundi,nok gune duit banyok,kenelah cari duit jugok".

3)Mat Rempit - Mat rempit atau dengan erti kata lain mereka ini adalah golongan muda yang sepatutnya berterima kasih dan bersyukur dengan pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan. Akan tetapi kita dikejutkan dengan laporan akhbar yang mengatakan kita kehilangan byk undi dari golongan belia selain dari ramai anak muda yang berada diperantaun yang tidak balik untuk mengundi.Kenapa? Saya tidak mahu menjelaskan akan hal ini kerana ianya bukanlah faktor yang logik,tetapi itulah hakikatnya dan isu ini jika diutarakan juga boleh menjadi isu sensitif.
Saya yakin,saya kan mendapat banyak lagi faktor2 lain yang mungkin menyumbang kepada kekalahn BN,dan saya akan tulis lagi jika mendapat lain2 feedback dari pengundi sekitar dan ini mungkin dapat dijadikan perhatian selepas ini.Faktor2 di atas bukanlah satu faktor besar akan tetapi bayangkanlah jika setiap faktor ini diwakili oleh 1000 pengundi?

Akhbar sinar hari ini juga melaporkan bahawa,Pemuda UMNO KT akan memikul tanggungjawab untuk mencari punca kenapa anak muda tidak menyokong BN dan saya berharap,post moterm yang akan dilakukan adalah dengan telus dan benar2 jujur untuk memastikan kita kembali kepada wadah perjuangan sebenar dan terus menerus mengamalkan konsep perkongsian kuasa kepimpinan atau menggunakan slogan " 1 for all and all for 1 " secara berkekalan dari peringkat cawangan atau lebih kita gemar gelarkan sebagai akar umbi. Tumpukanlah perhatian kita kepada belia,dan ketua2 pemuda cawangan sepatutnya menjadi orang yang paling sibuk untuk mencari dimana kelemahan dan sentiasalah berbincang dengan ahli2 untuk memastikan kita terus menjadi pilihan.Dekatkan UMNO dengan mereka kerana kita sentiasa memerlukan mereka dan bukan hanya untuk pilihanraya.

Sunday, January 18, 2009

P.036 MILIK PAS

Umum mengetahui,Parlimen Kuala Terengganu milik PAS bermula hari ini. Dan ini bukanlah perkara pelik yang patut kita fikirkan kerana adat pilihanraya. Yang mungkin menjadi persoalan kepada kita semua,kenapa majoritinya agak besar berbanding kemenangan arwah Dato' Razali dahulu.
Tidak dapat kita nafikan,isu2 peringkat nasional sedikit sebanyak sepatutnya membantu jentera BN untuk meraih undi baru2 ini. Tapi perkara-perkara berbangkit seperti harga minyak,pendirian DAP kepada hudud,kecelaruan pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang,kerapuhan Pakatan Rakyat dan sebagainya sedikit pun tidak menjejaskan pengundi PAS di Parlimen KT malah makin bertambah. Dimana silapnya?
Terdetik di hati saya untuk mengenengahkan beberapa faktor yang menjadi topik perbualan masyarakat di kedai2 kopi,warong,kaki lima dan sebagainya.

1) Sehingga hari ini calon BN masih dipertikaikan oleh sesetengah pengundi atas pagar dan tidak kurang juga pengundi BN itu sendiri. Sikap sombong calon BN yang dikata orang semakin hari semakin menjadi-jadi sehinggalah ke hari mengundi semalam,walaupun kita mengetahui Dato' Wan Ahmad Farid bukanlah begitu. Cuma mungkin kesibukan dan tugasan yang banyak sebagai timbalan menteri sedikit sebanyak mengurangkan aktiviti beliau dengan masyarakat dan rakyat seharusnya mengetahui akan hal ini sepositifnya.

2)Faktor peratusan yang keluar mengundi : dikhabarkan peratusan orang muda yang keluar mengundi adalah rendah berbanding PRU lalu dan ini memberikan advantage kepada PAS untuk menang.48% atau lebih kurang 40 ribu pengundi adalah orang muda tetapi tidak sampai 60% dari angka tadi keluar mengundi.Bermakna hampir 15 ribu golongan belia atau anak muda yang mungkin memberi undi kepada BN mensia-siakan peluang untuk melihat kemajuan bandar mereka sendiri yang ditadbir oleh BN.Saya akui,ramai anak muda yang merantau tidak pulang untuk mengundi kerana faktor masa dan kewangan mungkin.Dalam hal ini tiada siapa harus dipersalahkan,atau mungkin jika ada PRK selepas ini BN perlu mengambil berat akan hal ini.

3)Jentera Pilihanraya tidak berfungsi?
Faktor ini sepatutnya faktor yang paling dititik beratkan oleh jentera untuk memastikan peratusan keluar mengundi semaksima mungkin.Bagaimana?
Tepuk dada,tanya cara..

Monday, January 12, 2009

KUALA TERENGGANU

Bandar yang baru dinobatkan sebagai bandaraya pada Januari 2008 lalu kali ini betul2 meriah dengan kehadiran ribuan petugas2 pilihanraya. Saya begitu teruja..berbeza sungguh Kuala Terengganu.Bagi individu yang bekerja di KT seperti saya ini agak sedikit merasai bahang dan kehangatan kempen pilihanraya kecil ini kerana jalan sudah mula sesak walaupun baru diturap. Makan minum sudah mula mahal walaupun hari2 makan kat warong sama. Penggunaan petrol pun mula sedikit banyak berbanding sebelum ini. Ini mungkin satu rahmat kepada penduduk sekitar KT.
Tertarik dengan fenomena baru di KT ini,saya melihat dari pandangan saya sendiri dan mungkin bukan semua setuju dengan pendapat saya ini. Melayu PAS semakin kebelakang dan tidak pernah2 melihat kedepan dan kebaikan yang dinikmati sekarang ini. Terus menerus menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan sebagainya. Benar kata Dato Najib,masa petrol naik..puak2 ini sibuk canang kerajaan zalim dan tidak berhati perut tapi bila petrol turun hingga ke paras ini,org terengganu kate " takdok pulok orang nok puji".
Saya ada bercakap dgn seorang penyokong parti PAS ni.Saya pun tidak mengenali hamba Allah ini cuma terjumpa sewaktu bertugas. Kebetulan pada masa itu ada satu papan yang memaparkan penurunan harga petrol..begini dialog saya.
saya : harga petrol turun doh,pakat sokong BN la pulok..
PAS : Eleh nak ngundi wat turunla harga minyok..
saya: ( Diam dan senyum)

Betapa saya tidak paham akan mereka ini..adakah mereka tahu senario yang terjadi atau sekadar BERJIHAD membabi buta?. Tidak fahamkah mereka..yang mereka tahu,slogan2 kampung yang menjadi ciptaan mereka mmg sejak dulu lagi. saya paparkan disini beberapa slogan kampung yang saya jumpa :

1 . Bagi duit rasuah,tak bagi suit kaloh,BN/UMNO jadi serba saloh"
2 . UMNO - U = Untuk
M = Masuk
N = Neraka
O = Ok
3 . Royalti hak rakyat
4 . BN = Barang Naik
dan bermacam lagi,ini belum isu2 yang berkaitan rasuah politik,dan bermacam lagi tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan.
Hari penamaan calon pun sama,saya dan beberapa org rakan turut sama melihat senario pada hari berkenaan. Yang paling menarik perhatian saya,ada seorang pemuda melayu menjulang bendera DAP,berbaju hijau dan berlilit kain di kepala. Pada lilitan itu tertera perkataan jawi "Laailahaillah". Paham atau tidak akan perjuangan untuk agama mereka ini?
Apa yang dapat saya simpulkan mereka buta,dan tidak faham apa itu perjuangan bangsa dan agama,tidak tahu siapa DAP..
PRK Parlimen kali ini sukar untuk kita tafsirkan kekuatan di sebelah mana,apa yang pasti 3 DUN adalah milik PAS dan hanya 1 milik BN,tapi semuanya mungkin terjadi.. Tapi mimpi saya BN menang majoriti lebih 2000 undi.. wallahualam.