Sunday, May 10, 2009

I.S.A,PERAK,PENANTI,RAGUT DAN H1N1

Kebelakangan ini kita terpaksa membaca,mendengar dan dipertontonkan dengan pelbagai isu semasa yang kadang-kadang membosankan dan menggeramkan kita sebagai rakyat,mangsa,penonton dan sebagainya.
Saya tertarik dengan beberapa isu semasa yang cukup membuatkan saya rasa insaf dan kerdil diatas apa yang berlaku.

Isu yang baru :-

1)ISA - 13 orang tahanan dibebaskan selepas pihak Kementerian Dalam Negeri berpuas hati dan mereka bukan lagi dikategorikan sebagai bahaya kepada negara.Mengulas isu ini,ramai yang berterima kasih dan tidak kurang yang tidak mahu berterima kasih.Melihat dada akhbar hari ini,seorang pemimpin Hindraf yang dibebaskan dengan angkuhnya berkata,dia tidak akan sesekali berterima kasih kepada kerajaan walaupun telah dibebaskan.Betapa angkuh dan bodoh sombong mereka masih lagi menebal walaupun ini asalnya adalah tuntutan kaum keluarga dan teman2 seperjuangan mereka.Lebih memualkan saya,rakan2 PR Hindraf yang menyifatkan pembebasan ini adalah bertujuan politik dan gimik semata-mata.Menuntut kebebasan tahanan ISA,selepas apa yang dituntut dilaksanakan,dikatakan pula ini gimik politik.Kononnya rakyat mahukan ISA dihapuskan dan bukan sekadar membebaskan tahanan.Berani saya katakan jika 100 ribu penyokong PR yang berarak untuk menuntut pemansuhan ISA,hanya 10 peratus yang tahu apa fungsi ISA sebenarnya dan kenapa perlunya ISA.Berani lagi sekali saya katakan "Orang yang menuntut ISA dihapuskan adalah orang yang mahu malakukan kekacauan kepada negara tanpa perlu takut kepada undang-undang atau satu akta yang mampu menghalang mereka dari melakukannya".

2)Perak - Masih kedengaran lagi isu pembubaran DUN walaupun apa yang terjadi di Perak adalah perkenan Kebawahduli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah.Bila sesuatu yang terjadi tidak menyebelahi mereka,kredibeliti sultan juga mampu dipertikaikan,hanya kerana kuasa.Saya melihat perkara ini harus dihisab dari diri sendiri oleh setiap pemimpin mahupun ahli pembangkang.Jika kita di pihak yang benar..kenapa Tuhan tidak bersama kalian? Adakah kerajaan BN lebih berkuasa dari Tuhan?Hitung dan hisablah kenapa PR hanya diberi setahun untuk mentadbir urus Perak?Cuba kita renungkan,sewaktu kalian berkira-kira untuk menggulingkan BN dengan memujuk MP BN lompat ke PR dan kononnya telah mendapat restu dari 4 Sultan di 4 negeri seperti yang di dakwa Dato' Dr Fuad Zarkashi,adakah kalian fikir itu pilihan rakyat?Adakah itu cara yang sah?Adakah itu betul dan menghormati pilihan rakyat?Kata seorang kawan blogger,PR memujuk MP BN masuk ke PR tanpa rasuah dan wang!!!
Benar atau tidak,wallahualam..tapi bagi saya,tanpa wang...lu pikirlah sendiri!!

3)DUN Penanti - Genap sebulan pengunduran bekas TKM P.Pinang,Fairus dari kerusi yang disandangnya.Fairus pun entah kemana dan tidak pula dilihat memberi komen dimana-mana.
Yang menjadi persoalan sekarang,adakah BN akan meletak calon untuk bertanding di Penanti?
Kata mantan PM,Tun Dr M..BN perlu berani dan jangan mengalah,kata PM Dato' Seri Najib,kita akan timbang dan Biro politik BN akan tentukan dan hari ini Ketua Pemuda UMNO,KJ pohon keputusan untuk bertanding atau tidak dipertimbangkan sebaiknya.Saya tertarik dengan kenyataan beberapa pemimpin PR kebelakangan ini iaitu mereka melihat peluang untuk menang di Penanti agak tipis setelah pergolakan pemilihan calon PAS atau PKR masih menjadi topik di meja2 kedai kopi.Tapi kita dapat melihat taktik ini sama seperti di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru2 ini.Mungkinkah ini perangkap?Sama-samalah kita fikirkan..

4)Ragut - virus yang lebih bahaya dari H1N1.Bila agaknya peragut ni nak insaf?Nak tunggu mak atau adik perempuan mereka menjadi mangsa baru nak sedar kot..minggu lepas 2 orang wanita mengandung menjadi mangsa.Lebih menghibakan saya,salah seorang mangsa meninggalkan 5 orang anak kecil yang masih mencari erti kasih sayang seorang ibu dan kehidupan pula bukanlah sesenang sangat.Sama-samalah kita berdoa agar penjenayah2 ini berjaya ditahan dan menerima hukuman setimpal dan mudah-mudahan diberi petunjuk dari Allah agar mereka menginsafi segala kesalahan dan kembali kejalan yang benar.Amin..

5)H1N1 - Tidak menjadi isu besar kepada negara kerana masih tiada tanda2 virus maut ini menular ke negara Malaysia yang tercinta ini.Tambah lagi,dada2 akhbar kita hari ini lebih bercerita soal politik sehinggakan kita seakan lupa tanggungjawab dan keperluan kita untuk lebih cakna dan prihatin kepada masalah global,semasa dan perkara-perkara berkaitan ekonomi yang bermula dari rumahtangga sebenarnya.H1N1 bukan perkara kecil,tapi kita seolah dialih dan alpa dengan masalah besar ini dan menumpukan kepada hal2 politiking yang tidak berkesudahan.Mohon Allah memberkati negara tercinta ini dari segenap sudut pencapaian dan dijauhi dari segala malapetaka.

1 comment:

GSenduk said...

Demi masa...

Sesungguhnya akan sentiasa berada dalam kerugian,Melainkan jika sentiasa bersabar, menghayati dan tegur menegur serta bertindak ke arah kebaikan.