Wednesday, September 30, 2009

BAGAN PINANG

Apa yang akan mengejutkan kita di Bagan Pinang?PR sudah memainkan isu undi pos.BN sudah kemukan calon ( Ayam tambatan lama yang akan mula berkokok kembali )Majoriti dulu? Boleh tak kita jadikan ukuran?Bagan Pinang,betul ke kubu kuat BN?Nampaknya PR benar-benar hebat dari segi percaturan politiknya yang diketuai oleh DS Anwar.Saya katakan hebat kerana apa?Cuba kita perhatikan sepanjang siri PRK yang lalu yang menyaksikan hampir semua dimenangi PR selain satu BN di Batang Ai,PR menyerang psikologi jentera BN dengan perkara2 remeh dan mudah.Kali ini undi pos jadi sasaran.mereka mmg cekap memainkan sentimen ini dimana setiap isu yang dimainkan adalah merupakan kekuatan BN.Saya tidak tahu macam mana nak kupas isu ini secara menyeluruh kerana mungkin segala percaturan ini sepatutnya sudah dikenalpasti oleh BN dan mencari jalan lawan yang terbaik,dan saya percaya ini sudah dilaksanakan.Semoga kemenangan milik BARISAN NASIONAL

Friday, September 18, 2009

SALAM AIDILFITRI

Baru ni rasa macam nak kupas isu2 yang hangat..tapi rasa malas pulak pasal dok pikir2..citer panjang pun tak guna..alih2 kat situ jugak..tak ada sudah..
Dikesempatan ini saya ingin mengambil peluang untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Tuesday, September 8, 2009

BARU BALIK UMRAH..

Salam Bloggers,



Lama tak update blog..saya baru pulang dari tanah suci hari rabu lepas,2 September 2009.Sempat berpuasa di tanah suci selama 11 hari dan pengalaman itu cukup bermakna dan menyedarkan saya betapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia hidup di bumi yang aman makmur,sejahtera dan sentiasa diberi rahmat dan perlindungan dari pelbagai segi dan aspek kehidupan dan ujian kepada kita tidaklah sehebat ujian Allah kepada penduduk bumi Mekah.

Macam-macam yang saya doakan ketika berada di sana.Kesejahteraan diri dan keluarga,negeri dan negara,kestabilan pentadbiran dan bermacam-macam lagi untuk alam akhirat kita nanti.

Alhamdulillah ketika pulang,dikhabarkan H1N1 beransur stabil dan tidak terlalu 'ekstrimis' mengancam penduduk Malaysia dan semoga kita bebas dari segala wabak yang berbahaya.

Nak kupas banyak isu jugak kat sini..tapi tak sesuai dengan topik lagi.nanti ada masa saya update dan kupas isu2 yang bermain di benak saya ni antaranya,isu amah rm800,PRK lagi,Anwar dan penangguhan bicaranya,Idris Jala - Menteri di JPM,kuil hindu yang tapaknya akan dipindah kira2 100meter dari tapak asal ( macam bodoh je kan ) dan macam-macam lagi.




.