Sunday, November 30, 2008

KEHILANGAN YANG TIDAK TERDUGA

Salam Bloggers,

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Itu janji Allah terhadap hambanya baik yang beriman atau pun tidak.
Semalam kita dikejutkan dengan pemergian Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran yang amat kita kasihi iaitu Datuk Razali Ismail. Pemergian beliau sungguh mengejutkan banyak pihak,namun apakan daya Allah lebih menyayangi beliau dan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.
Arwah Datuk Razali adalah terkenal dengan sikapnya yang baik,jujur dan sentiasa membantu masyarakat sekeliling juga amat disenangi oleh semua ahli politik tidak kira sesama parti ataupun pembangkang. Beliau juga amat dikenali sebagai seorang ahli politik yang bersih dari segala macam fitnah dan perkara negatif. Takziah untuk keluarga beliau..
Datuk.. Pergimu mungkin tiada pengganti.

Monday, November 24, 2008

DSMS...1.2 JUTA

Salam bloggers,
Isu demi isu telah kita dengar dan baca berlaku di negara kita. Paling menarik perhatian saya adalah isu pendapatan yang dikumpul oleh angkasawan pertama negara Dr. Sheikh Mudzaffar Shukur hasil dari sesi ceramah beliau kepada rakyat di Malaysia.
Rupanya sukar juga bergelar angkasawan yang kini di tuduh bergelar jutawan. Mungkin ini benar,mungkin tidak. Aduan demi aduan diterima oleh pihak kementerian dan natijahnya, angkasawan yang tidak lama dulu dibanggakan rakyat Malaysia kini disiasat atas dakwaaan itu.
Betapa politik telah memburukkan kembali imej Malaysia di mata dunia. Berjuta ringgit dibelanjakan untuk mencapai kejayaan dan meneroka keajaiban alam,kini antara percaya dengan tidak,imej baik ini telah diburukkan hanya kerana kepentingan politik sesetengah pihak.
Apa salah DSMS? mungkin ini yang menjadi persoalan dalam kepala kita?
Kenapa dengan wang RM1.2 juta?
Kita tunggu kenyataan akan datang..

Tuesday, November 18, 2008

PETROL..5 KALI TURUN

Salam Bloggers,
Terima kasih kepada kerajaan pusat kerana sekali lagi menurunkan harga petrol. Terima kasih sekali lagi. Dengan harga baru pada hari ini RM2,ini bermakna harga minyak hanya berbeza rm0.08 sen berbanding harga sebelum kenaikkan dulu,ini bagi saya satu berita gembira dan cukup menyenangkan hati kita semua yang menerimanya.Bersyukukurlah..
Namun disebalik penurunan harga minyak ini masih ada cakap-cakap sumbang yang kita dengar,kononnya nak ambil hati rakyatla,politik dato' Najiblah..macam-macam lagi.. dan nampaknya orang-orang seperti ini masih tidak tahu melihat penurunan harga minyak kita yang selari dengan penurunan harga minyak global.
Ada yang kata 5 kali turun pun tak sama lagi dengan sekali naik..
Opss..rupa-rupanya mereka ini mengharapkan harga minyak seperti dulu atau lebih kurang..kurang..dan kurang lagi...macam arab saudi.
Orang-orang seperti ini memang tamak dan seolah-olah tidak boleh lagi bersabar untuk menunggu harga minyak in turun lagi..
petrol oh petrol.. turunlah lagi..

Monday, November 10, 2008

UMNO..WANG

Benarkah,
UMNO akan rebah?
Benarkah,
UMNO akan kalah?
Benarkah,
Semua in benar?
Kembalikan UMNO..Kembalikan UMNO..

Sunday, November 2, 2008

POLITIK UMNO: CARIK-CARIK BULU AYAM

Carik-carik bulu ayam... ini mungkin istilah sesuai kepada perumpamaan perselisihan pendapat,tapi akhirnya akur dengan satu keputusan. Senario ini semakin hari semakin menjadi dalam politik UMNO tidak kira di peringkat Bahagian,Negeri mahupun Kebangsaan ( Negara).
Dimana maruah UMNO sekarang? Soalan ini saya kira patut ditanya kepada diri sendiri oleh semua ahli UMNO ( terutama yang menerima suapan).
Awal dulu kita dikejutkan dengan teguran Menteri kabinet kepada pucuk pimpinan parti,perletakan jawatan Menteri kerana kononnya tidak setuju dengan ISA,politik wang dalam UMNO sehinggakan membuka pekung di dada dan membolehkan pembangkang memanipulasi isu ini,dan terbaru isu pemecatan Exco Kerajaan di Terengganu kerana tidak memenuhi tuntutan MB. Harap-harap Dato' Ahmad rasional akan hal ini dan akan membuat keputusan yang terbaik selepas mesyuarat exco akan datang.
Namun peristiwa carik-carik bulu ayam ini jika terus berlanjutan bimbang nanti bulu bukan lagi diistilah carik..tapi tercabut..kalau sudah tercabut,mana mungkin bersambung kembali..
EXCO2 yang terlibat mungkin sedang menghitung nasib pada waktu ini,namun..
percayalah,berani kerana benar..dan tahniah kepada YB2 yang benar-benar memperjuangkan parti demi bangsa,agama dan negara.
Carik-carik bulu ayam..carik-carik bulu ayam..