Wednesday, April 1, 2009

PRK DUA BUKIT DAN BATANG AI

7 April ini bakal menyaksikan 3 lagi PRK selepas PRU 2008 yang lalu,dan seingat saya..seumur hidup,inilah PRK yang paling kerap diadakan selepas satu2 PRU.
Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai ( Bukit Lanjan dan Parlimen seputeh bila lagi? ).
Saya melihat senario di Batang Ai berbeza dan perbezaannya mungkin ketara jika mahu dibandingkan keupayaan BN Sarawak dan calon baru dikenali dari PKR.Pengundi saya kira tahu menilai mana yang lebih baik untuk membela suku kaum yang ada di Batang Ai.
Berbeza dengan dua bukit di Perak dan Kedah.Saya melihat ianya agak sekata dengan senario politik yang ada pada hari ini.Di Bukit Gantang,rakyat mungkin masih memilih Nizar,tapi jika diambil kira apa yang dilaksanakan oleh PR sepanjang 11 bulan memerintah,tiada apa yang dapat dibanggakan oleh orang melayu.Fikirlah 2 kali atau lebih kepada pengundi.Isu calon saja pun sudah berputar belit.Sikap tiada kemuafakatan PR sentiasa terserlah walaupun dengan hanya perkara sekecil zarah.Kepimpinan baru UMNO selepas Perhimpunan Agong baru-baru ini dilihat mampu menggugat PR kali ini kata pemimimpin2 PAS dua tiga hari lepas.Namun nada ini seolah-olah ada udang disebalik batu.Untuk jentera BN,jangan terpedaya dan jangan mudah berpuas hati dengan apa yang sudah terlaksana,teruskan mencari undi untuk memastikan kemenangan BN benar2 berlaku.
Senario besar di Bukit Selambau menyaksikan 15 calon bertanding merebut kerusi DUN itu,saya percaya 13 calon bebas jika menang pasti menyebelahi BN di dalam dewan. Ini bermakna PR melawan 14 calon lain untuk menang,dan jika PR menang,ini memang luar biasa.
Terpulang kepada pengundi menetukan hala tuju masa depan masing-masing.Adakah kita mahu memilih kerajaan yang benar-benar membela nasib rakyat,atau kita mahu kerajaan yang hanya tahu berpolitik,menfitnah dan mencari kesalahan pihak lawan semata-mata. Tarikh 7 April harus menjadi saksi apa yang rakyat mahukan.Sama-samalahkita nantikan..

2 comments:

DaRk AnGeL said...

"saya percaya 13 calon bebas jika menang pasti menyebelahi BN di dalam dewan."

macam mana anda pasti mereka akn sokong BN? kalau betol sokong BN,tak delah jadi calon bebas menentang BN kan... fikir dulu sebelum menaip ye...

dan kenapa PRK plg kerap diadakan after satu2 PRU? sebab BN tak puas hati mereka kalah byk tempat. macam2 lah helah keluar utk buat PRK balik... pastu nak menang satu tempat tu, byk taktik kotor bermain.. geli betol.
suku kaum di batang ai? adakah mereka benar2 terdedah dgn perkara sebenar yang berlaku kat semenanjung? BN masih dapat tempat kat parlimen pun kerana byk perlimen BN kawasan sarawak yang menang.. tapi kawasan parlimen kat semenanjung ni dah byk jatuh kat tangan PR. fikir2 lah kenapa jadi mcm tu sekali? kalau satu dua je kawasan yg menang, takpe lagi ni sampai KL pun tergadai?
pastu nak bandingkan apa yg PR dah buat dalam masa 11 bulan? oh my God... takkan nak buat penilaian dlm masa 11 bulan?? tak yah tengok jauh2, siler lihat apa yang BN dah buat dalam masa 2 tahun TERAkhir pemerintahan sblm PRU12.. makin ramai rakyat yang meluat sampai takde pilihan tapi terpksa tukar kepimpinan... rasuah.. makan duit rakyat dgn projek mega2 tapi takde satu pun yang jalan.. bazir duit rakyat lagi ada lah.. itu saudara tak nampak? buka mata dan minda...

"Terpulang kepada pengundi menetukan hala tuju masa depan masing-masing.Adakah kita mahu memilih kerajaan yang benar-benar membela nasib rakyat,atau kita mahu kerajaan yang hanya tahu berpolitik,menfitnah dan mencari kesalahan pihak lawan semata-mata. Tarikh 7 April harus menjadi saksi apa yang rakyat mahukan.Sama-samalahkita nantikan.."

berpolitik, memfitnah dan mencari kesalahan pihak lawan semata-mata ni rasanya dah lama diamalkan oleh pihak BN jua...
betol lah tu... terpulang kepada utk menentukan hala tuju masa depan masing2..

maaf atas kekasaran bahasa ye...

Mat Yie said...

Dark angel,
13 calon bebas tu semuanya bekas orang PKR,rasanya u yang perlu fikir sebelum menaip.

PRK plg kerap plak,u kene ingat.. di trg calon meninggal,bukit gantang pun sama.calon meninggal,batang air pun calon meninggal..tu pun rancangan BN jgk ke? cume bukit selambau je,calon letak jawatan,tu pun kes salah laku.tak lame lagi kat penang plak kot.Sekali lagi ko kene pk sebelum menaip.
kau geli ye? aku lagi geli tgk pompuan baik dan bijak pandai mcm ko ni sokong Anwar. eeiii..
Berita sebenar kat semenanjung?
Habis kau tahu sgtla?
knp tak wat report?knp tak panggil reporter,ckp dgn dieorg ttg keburukan pemimpin BN yang kau tahu tu? kalau berani buatla..
Pasal 11 bulan ???
Aku ckp 11 bulan pun kira dah okey tau tak?
Pembangkang hanya menunggu 100 hari slps satu2 PRU untuk menilai keberkesanan BN kau tau tak??
100 hari!!!! 3 bulan lebuh jer.. so???
Kerajaan telan duit rakyat dgn projek mega??
erm.. kau ni dah kire fitnah ni..
projek ape yang tak jalan,certain projek je yang terpaksa ditangguhkan,tu sebab ambil kira anjing2 PR la yang menyalak kononnya bazir duit rakyatla,apelah.. takut nk buat investment..pastu kalau takde peluang keje,hentam government lagi..tu jelah korang tau..
dan yang hentam plak,org mcm kau la..dah pandai,dah cerdik.. dah jadi org,pastu hentam kerajaan kononnya tak betul..
Kesian kerajaan,dah didik dan sediakan pelbagai kemudahan untuk anak bangsa,ini balasannya.