Thursday, April 16, 2009

KEMELUT TERENGGANU

Nampaknya kemelut di Terengganu mendapat perhatian ramai pihak,mungkin kerana hal ini sudah digembar-gemburkan sebelum hal sebenarnya terjadi.
Ketidakhadiran 10 Adun BN ke Sidang DUN baru2 ini menggemparkan sesetengah pihak dikuatkan lagi dengan punca ketidakhadiran tersebut adalah kerana satu sms ugutan bunuh.
Pelbagai pihak sudah mula mencongak dan membuat andaian disebalik cerita sebenar kemelut politik di Terengganu ini.Ada yang tunggu dan lihat,ada yang menangguk di air keruh dan tak kurang yang bertepuk tangan.Saya percaya,apa juga keputusan atau penyelesaian kepada kemelut ini,impaknya cukup besar kepada negeri Terengganu terutama kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri Darul Iman ini.
Namun demekian,sidang DUN sudah berakhir semalam dan tiada sebarang usul undi tidak percaya kepada MB dicadangkan.Jadi,kesimpulannya..tiada apa yang perlu dirisaukan oleh pihak yang risau atau runsing.10 adun yang tidak hadir sidang pada hari kedua itu juga memberi kata sepakat untuk menyokong kepimpinan MB,Dato'Ahmad Said.Apapun akhbar terus mencetuskan kehangatan kedua-dua pihak dan diharap kemelut ini selesai dengan penuh keamanan dan keinsafan agar segala usaha dan matlamat yang ingin dicapai sebelum ini tercapai dengan jayanya dan bukannya terkandas di tengah jalan dek kerana kepentingan peribadi mana2 pihak.Ibarat menarik rambut di dalam tepung,rambut tak putus dan tepung tak berselerak.

10 comments:

PasMuda said...

Salam,

Nampaknya anda berminat untuk menyertai BPN. Sila rujuk blog Panglima Perang Cyber untuk cara menyertai.

Hubungi Panglima Perang Cyber di panglimaperangcyber@yahoo.com

Terima kasih.

GOMO said...

SALAM MAT YIE...
TERIMA KASIH ATAS MINAT YANG DITUNJUKAN SAUDARA DALAM MENYERTAI BLOGGER PEMBELA NEGARA INI. SAYA AMAT MENGALU-ALUKAN PENYERTAAN SEBERAPA RAMAI BLOGGER DALAM MENYERTAI BPN INI.

SAUDARA LETAKKAN LOGO BPN DI BLOGG SAUDARA DI BAHAGIAN ATAS. DAN MAKLUM PADA SAYA. SAYA AKAN MENGUSULKAN PADA PANGLIMA NANTI.

APA YANG SAUDARA PAS MUDA TERANGKAN JUGA BOLEH DI LAKUKAN DENGAN MENGHUBUNGI PANGLIMA.

SALAM....
PERJUANGAN KITA UNTUK MEMARTABATKAN ISLAM,MELAYU DAN TANAH MELAYU INI.

Mat Yie said...

PasMuda & Gomo,
Timer kasih banyak2..tekadkan perjuangan kita!!!

GOMO said...

SALAM MAT YIE..
KAWAN DAH LISTKAN BLOGG ANDA DALAM LIST BPN.
DAN DIHARAPKAN ANDA DAPAT MENGIKUT LANGKAH SELANJUTNYA DARI BLOGG PANGLIMA PERANG SIBER.

SALAM....
KITA KASI GEGAR ALAM SIBER INI!!!

PasMuda said...

Mat yie,

Anda perlu masukkan chatroll BPN dlm blog anda & buat list ahli. Berikan add YM di blog anda.

pro2club said...

Lihat drp luaran mmg lah nampak kononnya UMNO ngeri bersatu, tp dalamannya kian parah, akibat pmimpin yg tiada jiwa kpimpinan. Sy sbg rakyat trg malu dgn pmimpin yg tiada ilmu mcm mat said, mgelirukan rakyat, hbis smua nk pcat bila ada owg mmbgkang, Adun pun nk pecat? Apa kuasa dia? Buang lah pmimpin sbegini.. Buat malu ngeri jer, UMNO mnang plihanraya lpas pun krana kpimpinan dato seri Idris jusoh, bukan MB CAP AYAM!

GSenduk said...

Salam,

Semangat anda perjuangkan melayu telah diketemukan dengan BPN.

Teruskan menulis...!!

Mat Yie said...

Pro2club,
saya pernah katakan..ini adalah satu perkara sukar,menilai dan memecat seorang MB bukan macam buang tukang sapu,kita harus menilai pro dan kontranya..macam saya kata,ibarat menarik rambut dalam tepung.Kita tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan sedia ada,apapun 10 Adun yang tidak hadir sidang DUN baru2 ini telah menyatakan pendirian mereka agar MB Terengganu ditukar dan ini telah jelas menyatakan kehendak akar umbi sebenarnya.
So kita cuma perlu tunggu dan lihat kerana kita sendiri tidak mampu melakukan sesuatu diluar kemampuan kita.Perlu kita ingat di negara Malaysia mahupun Terengganu ini ada pihak yang perlu kita hormati keputusannya iaitu ISTANA.

Mat Yie said...

GOMO,
Timer kasih banyak dan saya akan follow langkah seterusnya..pohon tunjuk ajar.

PasMuda,
YM saya aril_stanson@yahoo.com
macam mana nak masukkan chatroll BPN dlm blog anda & buat list ahli

pro2club said...

Itu lah masalahnya dgn owg kite, tak pandai nk menilai yg baik dan buruk, Tuhan ciptakan otak tuk kite bfikir mana yg baik & buruk, jgn lah kite taksub mempertahankan sesama manusia sndiri dgn membelakangkan agama dan yg lbih brkuasa. Sy bkan mnyokong mana2 parti politik tapi sy hnya mnyokong yg mana mampu membntu rakyat dan boleh membgunkan ngeri. Rakyat biasa jg brhak brsuara. Tnpa rakyat x wujudnya pmimpin. Jgn lah kite menidakkan kuasa rakyat.