Tuesday, April 14, 2009

KABINET BARU VS KABINET BAYANGAN

Minggu lalu selesai sudah perkara utama dalam pentadbiran Malaysia iaitu kita diberitahu atau diperkenalkan barisan kabinet baru kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-6,Dato Seri Mohd Najib tun Razak.

Ramai yang berpuas hati dan tidak kurang juga yang menolak kabinet baru ini dengan pelbagai alasan masing2.Namun bagi pendapat saya,kabinet ini adalah yang terbaik untuk menyokong kepimpinan PM baru ini.Kenapa saya berpendapat begini? Pada saya sudah semestinya,seorang PM itu meneliti dan mengambil kira pelbagai faktor dari semua perspektif dan pandangan semasa dari penasihat dan pembantu2 beliau yang sedia ada.Dan keputusan yang diterjemahkan melalui pelantikan menteri dan timbalannya ini menjadi satu harapan agar,barisan ini mampu mengembalikan Malaysia di mata dunia dengan kejayaan demi kejayaan di pelbagai bidang dan bukannya terkenal kerana ketidakstabilan politik seperti dihadapi Thailand sekarang.

Barisan kabinet yang diumumkan juga dilihat sebagai ketelusan dan kejujuran PM untuk melihat atau kecenderungan beliau untuk memulihkan politik Malaysia agar sentiasa tenang,dan kabinet juga disenangi rakyat dan disegani lawan.Namun disebalik pelantikan ini,kabinet sudah diberi amaran keras dengan adanya KPI yang akan dipantau oleh PM sendiri.Harap2 pak Menteri dan semua timbalan menteri dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin.Jangan nanti ada MP yang lompat parti semata-mata digugurkan dari jawatan menteri dan selepas itu timbul isu kroni oh kroni.

Sebut pasal kroni,kabinet baru ini juga tak lepas dari isu ini.Pelantikan ini juga dikatakan atas dasar kroni kerana ramai menteri yang dilantik adalah berstatus senator.Adakah MP yang ada tidak layak untuk memegang jawatan menteri? Isu ini selalu dimainkan oleh pembangkang,yang pasti..PM pasti punya alasan sendiri kenapa dan mengapa..

Barangkali kabinet bayangan PR tidak ada satu pun kroni kepada bakal PM mereka.Hahahaha...

yang pasti..semuanya pasti kroni beliau..( Ini saya kata )

Simbolik disebalik kabinet bayangan PR.

Apa yang cuba dilakukan..bagi saya,tidak ada lain melainkan untuk mencetuskan ketidakstabilan politik Malaysia dan mencacatkan imej PM baru kita.Saya pasti kabinet bayangan ini hanyalah ilusi,tapi Allah maha besar dan maha mengetahui.

Sedar tidak sedar penyokong PR harus tahu,apa yang dilakukan pemimpin mereka ini satu hari akan membuatkan mereka mungkin hilang kerja,mungkin jadi susah dan mungkin akan sentiasa hidup didalam ketakutan.Situasi di Thailand sudah memberikan kita petunjuk dari Allah akan ketidakstabilan politik tidak akan membawa apa2 kebaikan melainkan kita menggadaikan masa depan generasi akan datang semata2 kerana kepentingan individu sahaja. ( dalam konteks ini - pemimpin yang kita sanjungi ). Jika kita ditahan pihak berkuasa sekalipun percayalah,tidak akan ada seorang pun pemimpin kamu yang akan menjenguk kamu di lokap apatah lagi menjamin kamu keluar melainkan kamu adalah orang yang benar2 sentiasa berdamping dengan pemimpin yang kamu agungkan.Kabinet bayangan hanyalah angan2 dan ini bukanlah kali pertama.Kita sudah mendengar akan hal kabinet bayangan sejak zaman semangat 46 lagi namun sehingga hari ini hanya Barisan Nasional yang mampu melaksanakan tanggungjawab dan membantu rakyat dari segenap aspek kehidupan malah menjadikan Malaysia antara negara pesat membangun didunia tanpa meminta apa2 balasan,cukup sekadar rakyat memberi mandat kepada BN untuk terus menerus menjadikan Malaysia negara yang disegani di dunia berlandaskan syariat islam dan kepentingan semua kaum.Jangan nanti pengorbanan yang diusahakan oleh pemimpin negara selama ini dikecapi oleh individu yang mempunyai agenda dan kepentingan politik sendiri sehingga mengorbanakan masa depan generasi akan datang.

9 comments:

putrarahman said...

Salam,

Saudara, boleh tak terangkan sedikit pasal DUN Terengganu. Teruk ke MB kita sekarang ni sehingga terdapat khabar-khabar angin nak diadakan usul tidak percaya terhadap beliau, ataupun puak-puak yang menentang dulu masih tak puashati?

Mat Yie said...

Putrarahman,
Sehinggalah semalam..ini masih lagi menjadi khabar angin sehinggalah adanya sms ugut bunuh ynag diterima oleh 3 orang ADUN yang dikatakan cuba menggugat kedudukan MB skrg.Perkara ini ( usul undi tidak percaya ) dilihat semakin benar,akan tetapi hakikatnya masih tiada sebarang usul yang dikemukakan.Buat masa skrg,tak perlulah kita menimbulkan sebarang spekulasi yang bukan2.MB skrg tetap MB dan beliau telah cuba menjlankan tanggungjawab sebaik mungkin,namun jika ada usul undi tidak percaya,mungkin ada perkara yang tidak kita ketahui,dan hanya diketahui oleh ADUN berkenaan sahaja.Apa pun perkara ini telah mendapat perhatian nasional termasuk PM sendiri.So,kita tunggu sajalah keputusan dan penyelesaian yang akan dilakukan parti.Yang pasti jgnlah kita bertanggapan buruk pada MB mahupun pihak yg dikatakan akan mencadangkan usul undi tidak percaya itu.Cuma Terengganu takkan jadi macam Perak kut.Harap2 tak timbul lagi isu penderhaka Sultan lepas ni.

sisir_sesikat said...

salam mat yie
kalau ada apa apa kesalahan yang dilakukan oleh mb dalam pemerintahan, wajib rakyat mengetahui nya..
isu boikot di sidang dun.
saya dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena pada wakil rakyat2 bn di terengganu. yang dapat sms 3 orang jer, tapi yang boikot smpai 10 orang.
apekebendanya tu.. rakyat nak tahu ni...atau pun matyie nak menafikanya?

putrarahman said...

Saudara Mat Yie, setuju kalau saya katakan, pemimpin BN Terengganu hanya jaguh kampung sahaja dan tidak mempunyai cita-cita besar. Kita lihat para pemimpin PAS, mereka lebih berdaya nasional berbanding pemimpin BN.

Ini dapat dibuktikan perlantikan kabinet baru-baru ini dimana hanya seorang sahaja pemimpin terengganu tersenarai dalam kabinet.

GSenduk said...

Salam,

Teringat lagenda Tuah, kenapa dihukum mati. Teringat jebat, siapa membunuhnya. kenapa...?

Teringat berniaga, tak bagus jika kaum/ msyarakat sendiri. Perah otak pikir nak jatuhkannya.

Pepatah wang, "Takda wang, mintak makan ~ Ada wang, belanja makan ~ Banyak wang, makan orang"

MELAYU MUDAH LUPA

Mat Yie said...

sisir_sesikat,
Yang menerima sms hanya tiga orang,yang tidak hadir sidang (bukan boikot ye) sampai sepuluh orang.Knp?
1.Kita tahu Adun2 yang tidak hadir adalah rakan baik dan mungkin mereka hanya mahu bersama rakan mereka yang diugut bunuh kerana kononnya sms yang diterima adalah dari pejabat MB.
2.Ambil contoh rusuhan di Kelantan baru2 ni,yang kalah..hanyalah pasukan bola,tapi kenapa rusuhan berlaku yang melibatkan ribuan penyokong? - lebih kurang begitu tentetifnya.
3.Seperti yang saya katakan,mungkin ada sebab yang kita tidak tahu,dan hanya Adun2 ini yang tahu dan hal itu tidak eloklah diceritakan di alam maya begini.

Soal kepimpinan MB,bak kata Adun Ajil semalam,tak perlula kita mempertikaikannya.MB mampu melaksanakan agenda kerajaan dengan baik dan tak perlulah kita meletakkan spekulasi yang bukan2 pada mana2 pihak,yang penting bagaimana ianya diselesaikan dan menjamin pembangunan negeri.

putrarahman,
Janganlah kita mempertikaikan Kabinet yang telah dilantik,soal kredibeliti seorang pemimpin biarlah pihak yang berkenaan menilainya.Tokoh BN Trg bukan "komang" cuma mungkin ada yang lebih layak,itu saja.Jangan dibuat perbandingan begitu.Saya akui kepimpinan PAS juga mempunyai tokoh yang hebat tapi saya percaya dikalangn PEMUDA sahaja.Dah tengok ke kabinet bayangan? Cuba bilang berapa orang pemimpin PAS yang ada selain Tok Guru Haji Hadi?

GSsenduk,
Hukumnya melayu memang ada yang begitu.Berpatah arang berkerat rotan,asalkan lawan sebangsa tumbang.

Mat Yie said...

Lupa nak tanya,kalau pemimpin Pas ramai yang berkaliber dan bertaraf nasional kenapa di Selangor Eli Wong masih ditagih khidmatnya? Adun PAS/PKR lain takde ke?
Putrarahman nampak tak?

putrarahman said...

Mat Yie, saya bukanlah bermaksud menyokong parti PAS, saya menyatakan perbandingan antara pemimpin parti politik di Terengganu. Dalam parti PAS, kita mempunyai ramai pemimpin peringkat pusat yang berjawatan tinggi seperti contoh Presiden PAS adalah orang terengganu, tetapi dalam BN, yang paling pun setakat MT sahaja. Keadaan ini bukan baru, tetapi telah berlarutan sejak sekian lama.

Adakah pemimpin BN Terengganu tidak berkelayakan, saya dapati ramai kalangan pemimpin Terengganu yang mempunyai kelayakan, tetapi kenapa mereka tidak mampu untuk pergi jauh.Ini semua kerana sikap para pemimpin kita yang lebih selesa untuk berkuasa dalam negeri sahaja.

Jika keadaan ini berterusan, entah bilakah kita akan melihat seorang PM atau TPM adalah anak Terengganu.

Jika sebaliknya, jika parti PAS menguasai kerajaan, kemungkinan untuk anak terengganu menjadi PM adalah cerah. Ini hanyalah perbandingan dan bukannya tanda sokongan kepada mana-mana pihak.

Mat Yie said...

Oh begitu..jadi hanya kerana mahu membandingkan keupayaan dari segi itu..fahamlah saya.
kata putrarahman,anak terengganu di dalam PAS ramai yang berjawatan tinggi di pusat,tapi setahu saya pun,2 3 kerat sahaja selain Tuan Guru Haji Hadi dan Dr Syed Azman.
Mungkin saudara perlu selidik,siapa YB Nasir (Kuala Nerus),Dato Seri Idris Jusoh,dan ramai lagi yang saya pun tak ingat,cari dulu.
Kita bukan mempertikaikan kemampuan Haji Hadi,tapi boleh ke PAS memerintah negara ini tanpa bergabung dengan parti lain?
Bagaimana kita mampu melahirkan tokoh yang hebat sedangkan rakyat tidak pernah memberi sokongan yang kuat kepada ahli parlimen kita. Perhatikan majoriti yang dimenangi oleh menteri2 yang ada,cukup besar dan melambangkan sokongan rakyat.
Saya tahu saudara tidak menyokong mana2 pihak,tapi kenapa tidak kita memberi ruang kepada MP kita untuk membuktikan sesuatu dengan memberikan sokongan padu kepada mereka.ini boleh meyakinkan pucuk pimpinan parti.
Kalau betul PAS mampu memerintah negara ini pun,boleh ke mereka memberikan kita kejayaan seperti hari ini.Sejarah harus kita ambil kira.Sebagai contoh :- Pembukaan kilang Proton dan penggunaan internet yang meluas di Malaysia bagi tujuan merancakkan ekonomi negara.Ini dapat dilihat secara rasional oleh pemimpin BN,tapi apa PAS buat masa tu? bangkang..Bangkang dan bangkang.
1)Proton dikatakan merugikan rakyat dan takde sape nk guna kereta malaysia - hari ni setiap kali ada ceramah pas,jarang2 nampak kereta jepun atau lain,95% kereta Proton.
2)Internet - menggalakkan maksiat dan sebagainya - hari ini intrnet juga yang digunakan oleh PR untuk memburukkan kerajaan BN.
3)Felda - apa pendirian PAS pada FELDA diawal penubuhannya sekitar tahun 1963 dulu?
Dan kenapa hari ini ada penyokong pas ( MELAYU ) yang menjilat ludah haji hadi dengan hidup senang lenang dibawah rimbunan kelapa sawit di dalam 10 ekar tanah kebun milik mereka?
Bagaimana parti seperti ini kamu katakan mampu mentadbir negara?
PAS tidak pernah fikir untuk memartabatkan ekonomi melayu selain ingin berkuasa semata-mata.
Percayalah saudara,2 3 kerat pemimpin PAS yang ada dipusat hanyalah kerana penyokongnya ramai di Terengganu dan Kelantan,cuba kita jadikan UMNO Terengganu ini lebih hebat dari Johor dan negeri2 kubu kuat UMNO yang lain..wujud banyak cawangan,bahagian dan perwakilan yang menghadiri PAU setiap tahun ramai dari Terengganu,percayalah pasti ada calon dari negeri ini yang akan memegang jawatan tertinggi dalam parti.