Saturday, April 18, 2009

PERLETAKAN JAWATAN FAIRUS - BN HIDU TAKTIK KOTOR PR?

Seorang demi seorang ADUN PKR diarah meletak jawatan ekoran krisis yang melanda PR baru2 ini.namun disebalik krisis dan perletakkan jawatan ini,pemimpin dan penganalisis politik dapat menghidu dan meramalkan bahawa ini adalah permainan politik kotor PR untuk terus mendapat sokongan dan keterujaan rakyat kepada PR sekaligus ini akan melonjakkan ombak suara rakyat yang menyokong PR pada pru13 nanti.
Sesungguhnya usaha kotor ini jelas dapat dilihat dan dinilai oleh kepimpinan BN dan rakyat itu sendiri.
Kepimpinan BN bukan hingusan politik yang mudah diperbodohkan PR seperti mana PKR dan DAP memperkudakan PAS.
Saya percaya,PRK Penanti nanti akan sekali lagi akan menyebelahi PR jika tidak kena dengan cara kita melihat tujuan perletakan jawatan Fairus.
Pemimpin PR memang hebat dalam merancang strategi untuk meraih kemenangan pada PRU nanti namun ini belum tentu menyebelahi PR jika kepimpinan BN dapat memecahkan ombak politik bodoh PR ini.
Tapi disini saya turut ingin menyampaikan rasa simpati saya pada Fairus kerana seolah-olah tiada siapa disisi beliau ketika beliau terkontang-kanting menjadi kambing hitam PKR.
YB Eli cukup dibela ketika skandal lucahnya disebar,sehinggakan sigagap itu begitu berang dengan apa yang terjadi ke atas YB Eli Wong.Begitu juga bekas Adun Bukit Selambau yang meletak jawatan,nasibnya cukup dibela oleh PR dan kepulangannya ke tanah air baru2 ini disambut bak seorang pahlawan yang membawa pulang seribu maruah bumi bertuah ini..tapi YB Fairus dibiar seorang diri mempertahankan maruah setelah dijatuhkan sendiri oleh orang yang pernah melonjakkan keperibadian beliau semasa kempen PRU12 dulu..adakah hanya kerana YB Fairus berbangsa MELAYU?
Kepada YB Fairus,bila lagi YB nak bongkarkan apa yang YB tahu?

4 comments:

putrarahman said...

Mat Yie, saya bersetuju dengan apa yang diulas oleh kamu. Saya sebenarnya khuatir dengan suasana dan budaya baru yang sedang tumbuh dalam kancah politik tanahair semenjak peristiwa kelahiran PKR.

Saya cukup khuatir jika sekiranya budaya baru ini hasil daripada nasihat daripada pihak yang ingin melihat kehancuran bangsa Melayu dan Islam khususnya. Nasihat ini boleh datang dari dalam dan juga uar negara.

Kepada pemimpin parti pemerintah, saya amat berharap bahawa mereka hendaklah membuat satu pusingan U. Kajian Ilmiah hendaklah dibuat segera bagi mengenalpasti budaya yang ada dalam BN yang perlu dibuang dan digantikan dengan satu budaya baru. Jika BN masih tidak membuat kajian secara menyeluruh dan berkorban untuk membuang budaya-budaya negatif yang ada dalam BN, maka saya khuatir bangsa Melayu akan menjadi bangsa yang meminta-minta dimbumi sendiri.

Mat Yie said...

Putrarahman,
Alhamdulillah,Kepimpinan BN sedar akan taktik kotor ini dan percayalah,seperti kata saudara sememangnya nasihat dan pandangan kotor ini adalah dari rakan politik PR diluar negara yang sememangnya mahu melihat kehancuran melayu di bumi Malaysia ini.
Ini sememangnya kita tahu dari sulu dan kita gusarkan dari dulu tapi kita tidak membpunyai bukti yang kukuh dan kita tidak mahu menuduh membabi buta kerana ini melibatkan beberapa negara yang mahukan kehancuran islam terlaksana.yang saya kesalkan..ada melayu islam yang tidak sedar dan tidak paham serta tidak pernah ingin tahu siapa disebalik kemaraan PR membawa budaya politik sonsang di Malaysia.sama2lah kita renungkan..

putrarahman said...

Pemimpin-pemimpin tua hendaklah mendampingi orang muda dan pemimpin muda hendak mendampingi orang tua. pemimpin perempuan mendampingi pengundi lelaki dan pemimpin lelaki mendampingi pengundi wanita. ini antara formula luarbiasa dalam keadaan biasa dan insyaallah hasilnya pasti luarbiasa.

Panglima Perang Cyber said...

salam.

saya terbaca komen saudara di blog gomo.

utk makluman BPN terbuka kepada sesiapa sahaja yang mahu membela negara kita.

syaratnya kena siarkan list blogger BPN di blog anda.

dan juga chatroll BPN.

tq