Thursday, October 30, 2008

PEMILIHAN UMNO - WANG ATAU MARUAH?

Salam bloggers,

Kebanyakkan Bahagian UMNO sudah bersidang dan banyak juga keputusan-keputusan yang memeranjatkan(bagi yang kalah) dan keputusan yang sudah dijangka(bagi yang menang) kita sedia maklum ketahui. Tahniah bagi yang menang,bagi yang kalah usah lupakan matlamat bahawa kita berjuang demi kepentingan UMNO dan bukan kerana kita ada kepentingan sendiri.
Jika dilihat dari pelbagai perspektif,ada yang melihat pemilihan kali ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan halangan,namun ada pihak mendakwa pemilihan kali ini seperti biasa dicemari politik wang.
Secara jelasnya baru-baru ini,Dato' Rosol Wahid cuba mendedahkan apa yang berlaku di Hulu Terengganu. Benar sebarang dakwaan harus dikemukan dengan bukti seperti mana yang disarankan oleh Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu,Datuk Zubir Embong. Tapi perkara yang melibatkan wang mana mungkin mampu dijadikan bukti jika benar ini berlaku melainkan perwakilan yang menerima suapan mendedahkan perkara sebenar.Namun saya amat berharap perkara ini tidaklah benar dan pihak yang kena tuduh juga sehingga hari ini tidak memberikan sebarang komen. Tapi,jika tiada angin takkan pokok bergoyang..
Apa yang akan terjadi kepada UMNO..ataupun sudah terjadi...
Jawatan di dalam parti seolah-olah sudah menjadi satu kemestian sehinggakan untuk merebut jawatan ini sampai ada yang sanggup berhabisan wang?
Bukankah pada awal penubuhan UMNO ini adalah berdasarkan perjuangan kepada penggabungan melayu yang ingin membela nasib bangsa..hal ini pada hari ini seolah-olah tidak lagi menjadi teras kepada ahli UMNO itu sendiri.Ini yang sering terfikir dek akal saya ini..
adakah UMNO sekarang bukan lagi UMNO dulu yang sentiasa dapat datuk dan ayah saya banggakan kerana berjuang untuk melayu dan UMNO yang benar-benar bersih dari segala macam lacuran politik..
Kembalikan UMNO.. Kembalikan UMNO..

No comments: