Tuesday, January 20, 2009

PUNCA KEKALAHAN BN DI KT

Semalam,mantan perdana menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamad jelas menegaskan faktor utama kekalahan BN di KT adalah kerana calon tidak tepat ( tidak disukai ramai orang ) dan kebencian rakyat kepada pucuk pimpinan BN itu sendiri.
Tidak perlu saya menyentuh soal pucuk pimpinan parti kerana itu di luar topik dan saya sebagai orang baru dalam arena politik rasa seperti terlalu naif untuk mengupas isu itu.
Yang ingin saya sentuh disini adalah mengenai faktor2 lain yang menjadi punca calon BN pada PRK baru2 ini.
Benar ramai anak muda tidak kenal akan Dato' Wan Farid walaupun beliau merupakan seorang timbalan menteri.Jika ada yang mengenali beliau pun hanya belia2 yang tinggal berhampiran dengan kediaman beliau.Tapi orang mengenal beliau dengan keburukan dan orang tidak tahu akan kebaikan Dato' Wan Farid.
Tertarik dengan ulasan akhbar SINAR hari ini yang bertajuk " PUNCA BN TEWAS KERANA SOKONGAN GOLONGAN REMAJA SEMAKIN BERKURANG".
Mari kita sama-sama kupas isu ini.
Diakui memang golongan belia kurang berminat dengan UMNO dan kenapa? Faktor2 yang saya tulis dibawah ini merupakan antara faktor penyebab mereka tidak cenderung untuk mengundi BN setelah saya bercakap dan berdebat dengan beberapa penyokong PAS baru2 ini.

1)Anak muda yang lahir dari ibu bapa atas pagar - Ibu bapa yang seperti ini tidak akan mendedahkan anak-anak mereka kepada kebaikan atau keburukan mana-mana parti,cuma mereka mengundi mana pihak yang banyak membantu mereka sepanjang tempoh pemerintahan.Faktor ini amat penting kerana pengundi atas pagar bukan sedikit bilangannya.Jika kerajaan tersilap langkah untuk mendekati belia-belia ini,padahnya kita akan tanggung seperti di KT.Ramai anak muda kenal dengan Wan Farid akan tetapi mereka tidak suka akan kepimpinan beliau atas satu faktor yang saya sendiri tidak pasti.

2)Polis - Sepanjang tempoh berkempen kepada ketiga-tiga calon,beribu anggota polis dikerahkan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di KT.Saya sempat bercakap dengan bebarapa penduduk sekitar KT,mereka bukan tidak suka akan kehadiran polis yang begitu ramai di KT malah mereka cukup gembira kerana mereka mendapat keuntungan berkali ganda ( bagi orang yang berniaga ). Namun sekatan-sekatan jalanraya dan rondaan polis ke dalam2 kampung mencari kesalahan lalu lintas dan menyaman penduduk dilihat keterlaluan sehinggakan kononnya ada penduduk mendakwa,nak pergi beli gula di kedai tak sampai 200 meter pun kene saman sebab tak pakai topi keledar di dalam kampung. Benar atau tidak hal ini tidak pula dapat saya pastikan. Dan ini antara faktor kebencian penduduk kepada kerajaan BN,walaupun polis tidaklah menyebelahi mana-mana pihak tapi bagi mereka ini adalah arahan kerajaan,apatah lagi calon BN adalah timbalan menteri dalam negeri. Cakap2 belakang yang kita dengar " Biaselah nok ngundi,nok gune duit banyok,kenelah cari duit jugok".

3)Mat Rempit - Mat rempit atau dengan erti kata lain mereka ini adalah golongan muda yang sepatutnya berterima kasih dan bersyukur dengan pelbagai kemudahan yang disediakan kerajaan. Akan tetapi kita dikejutkan dengan laporan akhbar yang mengatakan kita kehilangan byk undi dari golongan belia selain dari ramai anak muda yang berada diperantaun yang tidak balik untuk mengundi.Kenapa? Saya tidak mahu menjelaskan akan hal ini kerana ianya bukanlah faktor yang logik,tetapi itulah hakikatnya dan isu ini jika diutarakan juga boleh menjadi isu sensitif.
Saya yakin,saya kan mendapat banyak lagi faktor2 lain yang mungkin menyumbang kepada kekalahn BN,dan saya akan tulis lagi jika mendapat lain2 feedback dari pengundi sekitar dan ini mungkin dapat dijadikan perhatian selepas ini.Faktor2 di atas bukanlah satu faktor besar akan tetapi bayangkanlah jika setiap faktor ini diwakili oleh 1000 pengundi?

Akhbar sinar hari ini juga melaporkan bahawa,Pemuda UMNO KT akan memikul tanggungjawab untuk mencari punca kenapa anak muda tidak menyokong BN dan saya berharap,post moterm yang akan dilakukan adalah dengan telus dan benar2 jujur untuk memastikan kita kembali kepada wadah perjuangan sebenar dan terus menerus mengamalkan konsep perkongsian kuasa kepimpinan atau menggunakan slogan " 1 for all and all for 1 " secara berkekalan dari peringkat cawangan atau lebih kita gemar gelarkan sebagai akar umbi. Tumpukanlah perhatian kita kepada belia,dan ketua2 pemuda cawangan sepatutnya menjadi orang yang paling sibuk untuk mencari dimana kelemahan dan sentiasalah berbincang dengan ahli2 untuk memastikan kita terus menjadi pilihan.Dekatkan UMNO dengan mereka kerana kita sentiasa memerlukan mereka dan bukan hanya untuk pilihanraya.

6 comments:

Imanulnaim Enterprise said...

izinkan kita berkongsi pandangan ye....

Salam....
kekalahan UMNO bukan kerana BN lemah. Tetapi saya fikir buat apa kita pertahankan ketuanan Melayu...better kita pertahankan ketuanan Islam itu sendiri. Jika kita pertahankan Islam kut mana-maan pun kita akan terus berjuang.

Sebab tulah UMNO semakin ketinggalan sekarang, orang dah tak sebut Hidup Melayu..Hidup Melayu...( Seorang peniaga kedai di Kg Cina bagitau kalu itu Melayu saje idup...Cina & India mau mampus ka?)

Sebab tulah perjuangan berlandaskan Islam tu lah perjuanagn sebenarnya..nanti UMNO akan kata Islam yang PAS perjuang dalah ISLAM PAS..HUDUD PAS...kalau owner blog tengok kat mana salah tolong bagitau..

sekadar menjenguk dan bertanya minda....Wallahualam..

Anonymous said...

sdr. mat yie,
I've no comments about this articles.
Tapi sy. berpendapat lebih wajar dibuang saja link blog saiful bukhari dari blog. sdra. kerana bagi saya kiranya terus kekal, views akan kurang respect dgn saudara. Furthermore, saiful tidak membawa apa - apa makna kepada umno / bn. Bahkan boleh terus membantu melemahkan .
TK
Zali

Mat Yie said...

Terima kasih kepada yang sudi mengunjungi blog saya.

kepada saudara aeman,
BN yang dulunya dikenali sbg PERIKATAN sememangnya sebuah pertubuhan hasil gabungan beberapa parti komponen termasuk MIC dan MCA.UMNO pada dasarnya memperjuangkan melayu,MIC memperjuangkan kaum india dan begitu juga MCA yg perjuangkan kaum cina. Jadi saya kira tidak timbul isu Hidup melayu,hidup cina atau hidup india dalan BN,kerana kita mengundi satu pentadbiran yg jelas telah membantu rakyat malaysia hidup dengan aman dan tenang di bumi sendiri. Ada kawasan yang calon BN adalah dari MCA dan pengundinya bukan semua Cina atau india,tapi majoritinya adalah melayu.Banar UMNO perjuangkan melayu tetapi BN perjuangkan nasib rakyat malaysia keseluruhannya,bukan hanya melayu.
Perlu diingat kemenangan PAS di KT bukan satu perkara yang besar kepada PAS kerana saya ramai kawan cina,dan saya tahu kenapa ada cina mengundi pas,jgn terkejut jika saya katakan mereka tidak suka akan cara pentadbiran paklah yang terlalu anti rasuah!!!!
Kami dalam BN juga sehingga hari ni mengundi pada satu lambang, iaitu DACING yg selalu org perlekehkan,tetapi PAKATAN RAKYAT sehingga hari ni tidak ada sebarang logo atau lambang kepada kebersatuan ketiga-tiga parti dalam PR,jika calonnya adalah PAS,maka logo paslah yg tertera di kertas undi..
Nilailah sendiri akan keikhlasan parti2 dalam PR untuk bersatu..
Saudara perlu ingat, DAP pernah mencabar HUDUD dilaksanakan di MALAYSIA dengan penuh keangkuhan.

kepada saudara zali72:
saya melayari blog saiful bukan untuk suka-suka,soal orang nk respect ke tak,terpulang kepada individu itu sendiri dan saya tidak pernah minta untuk dihormati,apa yg saya tulis adalah ikhlas dari hati saya.saya cuma ingin melihat sejauh mana kebenaran saiful dan apa yg diperjuangkan sehingga satu ketika dia pernah bekerja dengan Anwar ibrahim, itu sahaja.kita mencari kebenaran dan kejujuran sesuatu pihak kerana kes ini bukan kes kecil,ini melibatkan maruah bekas TPM Malaysia itu sendiri.
Die menulis blog,nilaila sendiri apa yang dia tulis..
yang baik dijadikan tauladan,buruk dijadikan sempadan..
wallahulam..

UMNO PARTI PENJARA said...

Mat rempit pun termasuk jugak ke :-)

Saya rasa pemimpin perlu lebih berakhlak mulia ..



























Jangan Potong Q :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Sindrom Mat Salleh Celup
http://pro-faizal.blogspot.com
Suara generasi Baru
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

Semangat Baru UMNO >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

azlishukri said...

orang muda dah banyak tak yakin dengan UMNO

Mat Yie said...

Faizal,
Kenape bertanye? Mat rempit bukan pengundi ke?
itu cuma antara faktor,soal pemimpin dan keperibadian beliau,kita sendiri yang memilihnya kan..so,tepuk dada..tanya selera..

Azli,
Dakwa anda,orang muda dah ramai yg tak yakin dengan UMNO..masing-masing ada hujah,tapi dari segi istilah,tanpa keputusan post mortem susah kita nak tentukan dimana kebenaran setiap dakwaan kita..seperti yg kita tahu sekarang,JKKK adalah punca kekalahan BN di KT.Mungkin JKKK tidak mainkan peranan nak tarik golongan belia..sape nk jawab?