Sunday, January 18, 2009

P.036 MILIK PAS

Umum mengetahui,Parlimen Kuala Terengganu milik PAS bermula hari ini. Dan ini bukanlah perkara pelik yang patut kita fikirkan kerana adat pilihanraya. Yang mungkin menjadi persoalan kepada kita semua,kenapa majoritinya agak besar berbanding kemenangan arwah Dato' Razali dahulu.
Tidak dapat kita nafikan,isu2 peringkat nasional sedikit sebanyak sepatutnya membantu jentera BN untuk meraih undi baru2 ini. Tapi perkara-perkara berbangkit seperti harga minyak,pendirian DAP kepada hudud,kecelaruan pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir oleh pembangkang,kerapuhan Pakatan Rakyat dan sebagainya sedikit pun tidak menjejaskan pengundi PAS di Parlimen KT malah makin bertambah. Dimana silapnya?
Terdetik di hati saya untuk mengenengahkan beberapa faktor yang menjadi topik perbualan masyarakat di kedai2 kopi,warong,kaki lima dan sebagainya.

1) Sehingga hari ini calon BN masih dipertikaikan oleh sesetengah pengundi atas pagar dan tidak kurang juga pengundi BN itu sendiri. Sikap sombong calon BN yang dikata orang semakin hari semakin menjadi-jadi sehinggalah ke hari mengundi semalam,walaupun kita mengetahui Dato' Wan Ahmad Farid bukanlah begitu. Cuma mungkin kesibukan dan tugasan yang banyak sebagai timbalan menteri sedikit sebanyak mengurangkan aktiviti beliau dengan masyarakat dan rakyat seharusnya mengetahui akan hal ini sepositifnya.

2)Faktor peratusan yang keluar mengundi : dikhabarkan peratusan orang muda yang keluar mengundi adalah rendah berbanding PRU lalu dan ini memberikan advantage kepada PAS untuk menang.48% atau lebih kurang 40 ribu pengundi adalah orang muda tetapi tidak sampai 60% dari angka tadi keluar mengundi.Bermakna hampir 15 ribu golongan belia atau anak muda yang mungkin memberi undi kepada BN mensia-siakan peluang untuk melihat kemajuan bandar mereka sendiri yang ditadbir oleh BN.Saya akui,ramai anak muda yang merantau tidak pulang untuk mengundi kerana faktor masa dan kewangan mungkin.Dalam hal ini tiada siapa harus dipersalahkan,atau mungkin jika ada PRK selepas ini BN perlu mengambil berat akan hal ini.

3)Jentera Pilihanraya tidak berfungsi?
Faktor ini sepatutnya faktor yang paling dititik beratkan oleh jentera untuk memastikan peratusan keluar mengundi semaksima mungkin.Bagaimana?
Tepuk dada,tanya cara..

1 comment:

Anonymous said...

Sekadar mengingatkan. Amalkan doa ini.

Dari Surah Al-Baqarah ayat 286, bermaksud;

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau babani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir".