Tuesday, December 30, 2008

KT OH KT

Perkiraan Barisan Nasional dengan meletakkan Senator Dato Wan Farid sebagai calon BN pada PRK P.36 - Kuala Terengganu kali ini dilihat sebagai calon yang sesuai dan relevan dengan kedudukan beliauini yang boleh dikatakan kukuh di bahagian K.Terengganu.
Namun yang mencuri sedikit perhatian kali ini, pencabar-pencabar Dato Wan Farid ada yang biasa dan mungkin ada yang luar biasa terutama calon PAS ( walaupun biasa,tapi dengan senario politik kini,beliau mungkin luar biasa). Terlalu ramai yang berkira-kira untuk bertanding dan merebut kerusi parlimen KT termasuklah calon-calon bebas yang tak tahu dimana silapnya boleh menawarkan diri untuk bertanding.
Ada juga laporan akhbar hari ini yang mengulas tentang kemungkinan bekas menteri di JPM juga turut berkira-kira untuk bertanding sebagai calon bebas... KT memang hebat,memang medan sebenar dan kayu pengukur kepada kekuatan parti2 yang akan bertanding.
PAS sudah mula dengan irama syurganya ( orang cina turut dapat pahala kalau undi PAS agaknya). Dan ini adalah salah satu cara mereka dari dulu untuk menarik undi golongan warga emas yang mudah terpengaruh dengan dakyah dan tipu muslihat PAS terutama di DUN Wakaf Mempelam dan DUN Ladang.
BN harus berhati-hati dan perlu diambil kira kepentingan golongan ini kerana mereka sememangnya mencari pahala yang mudah2.
Dan kepada calon-calon yang ingin menawarkan diri untuk bertanding,KT adalah medan rakyat memilih calon yang mampu membela nasib mereka,bukan medan kepada orang yang banyak duit mencari publisiti..

Sunday, December 28, 2008

PETIKAN SAJAK DURI PALAS

HIJRAH..KORBAN HATI

Hijrah
Korban hati dan rasa
Korban jiwa raga
Sekali hijrah nasuha
Syurga pahala
Hijrah
Ubah sifat fitrah
Bawa zahir jadi suci hijrah
Biar batin jadi bersih
Biar hati jadi seri
Ubah sifat mazmumah
Korban akal hati
Hijrah jiwa jadi suci
Belah berbelah biar belah
Hati tegap pada hijrah
Mahu berubah
Tuju surah dan sunnah
Hijrah mati
Korban resah
Korban hati..

Thursday, December 25, 2008

MEDAN PERANG KUALA TERENGGANU

Hanya tinggal 20 hari saja lagi menjelang pilihanraya kecil parlimen K.Terengganu.
UMNO pasti dengan ketokohan YB Wan Farid,AKIM dengan calon yang lompat dari PAS,calon bebas yang masih samar-samar akan keberanian untuk bertandingnya.Dan yang masih lagi menjadi tanda tanya siapa calon PAS?
Dari segi psikologi PAS sudah dapat menarik 10 peratus perhatian rakyat Malaysia.Calon ini pasti glamor..
Lagu-lagu lama sudah mula dimainkan oleh parti-parti yang akan bertanding.
Yang menarik perhatian saya, HUDUD sekali lagi menjadi bahan politik PAS..
Kita tunggu..

Sunday, December 14, 2008

PILIHANRAYA KECIL P.36 - KUALA TERENGGANU

Salam bloggers,

Sebulan saja lagi untuk kita sekali lagi bertumpu pada satu tempat untuk melihat perkembangan senario politik tanahiar terkini. 17 Januari bukanlah satu jangkamasa yang lama kalau dikira dari segi persiapan satu-satu jentera parti yang bertanding untuk pilihanraya apatah lagi kemenangan Barisan Nasional di P.36 pada PRU12 yang lalu bukanlah dengan satu majoriti yang besar atau boleh dibangggakan lebih-lebih lagi masyarakat di Kuala Terengganu akan mempunyai satu lagi pilihan salain calon PAS dan UMNO untuk diundi.Seorang calon bebas baru-baru ini dikatakan sedang mempertimbangkan untuk menawarkan diri sebagai calon bebas pada pilihanraya kecil kali ini. Beliau bukanlah orang politik,tapi nama beliau boleh dikatakan berpengaruh di Kuala Terenganu dan mungkin mampu menarik 1000 hingga ke 1500 undi atau mungkin lebih terutama dari golongan belia. Jentera Barisan Nasional perlu melakukan sesuatu untuk memastikan belia-belia ini terus menerus menyedari akan senario politik dan kenapa mereka perlu melaksanakan tugas sebagai pengundi sebaik mungkin untuk menentukan masa depan dan hala tuju mereka.
Desas desus mengenai calon PAS adalah seorang lulusan PhD sedikit mengganggu perhatian saya,calon ini mungkin tidak popular dan tidak dikenali ramai dan mungkin tidak mempunyai pengaruh yang kuat seperti Mat Sabu. Tapi apa muslihat PAS? Adakah ini untuk menarik minat belia dan beliawanis? Golongan executive? Atau kaum Cina,percayalah kaum Cina suka menguji kekuatan calon yang mereka undi. Sekali lagi kita perlu berhati-hati.
Calon BN pula masih samar kepada kita meskipun sudah dikenalpasti oleh pergerakan bahagian UMNO Kuala Terengganu sendiri,dijangka minggu depan sekali lagi Dato' Seri Najib akan turun di bumi penyu ini untuk mengumumkan calon yang telah dipersetujui dan terus menjadi captain kepada jentera parti bagi meraih sokongan pengundi di Kuala Terengganu.
Semoga Allah menurunkan rahmat-Nya agar Kuala Terengganu selamat,cuaca yang baik,keadaan yang tidak kucar-kacir dan proses pengundian berjalan dengan lancar,aman dan tenteram. Wallahualam.

Monday, December 8, 2008

SALAM AIDILADHA

Salam Aidiladha kepada semua rakan-rakan bloggers baik di dalam mahupun di luar Malaysia.
Semoga ibadah korban yang kita jalankan akan mendapat berkat dan rahmat dari Allah yang maha mengasihi hamba-hambanya.Kepada yang kurang bernasib baik,bersabarlah..sesungguhnya Allah mengetahui akan setiap ujian yang diturunkan kepada hamba-hamba yang diinginkan-Nya. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali. Semoga dengan segala rahmat-Nya dapat kita semua menginsafi dan menghitung segala kebajikan,meghitung segala keburukan yang telah kita lakukan.
Saya turut bersimpati dengan nasib beberapa saudara kita di Ulu Yam dan Bukit Antarabangsa yang mana telah ditimpa bencana atau ujian dari Tuhan yang maha hebat sehinggakan ada jiwa yang terkorban. Semoga mereka bersabar dan sentiasa mendapat perlindungan Allah.
Sesungguhnya Allah maha penyayang dan Dia hanya menguji kepada hamba-hambanya yang mampu menerima ujian ini. Wallahualam.

Tuesday, December 2, 2008

OH MINYAK..OH AIR..

Oh minyak.. oh air..
minyak kau turun..air kau naik..
oh minyak..oh air..
turunlah minyak..turunlah air..

Semua sedia maklum,harga minyak bermula esok akan jadi Rm1.90 untuk RON97..lebih murah dari harga sebelum kenaikan..( kita tengok orang PAS nak kata apa? ). Biasalah..
Sekarang Kementerian Dalam Negeri pun dah berkira-kira untuk meneruskan harga minyak ini dengan mengikut harga minyak semasa ( apungan ) atau harus ditetapkan harga lantai..
Dah dua tiga kali Menteri bertanggungjawab mewar-warkan dalam berita,tapi masih belum mendapat sebarang komen dari mana-mana pihak.. kita tunggu lagi..
Minyak dah murah,barang runcit masih sama kecuali beras dan beberapa barangan runcit lain..tak semua turun.. tapi yang pasti masih ramai peniaga-peniaga kecil berlabelkan parti PAS masih menjual barangan pada harga yang sama.. KPDN tu,turun-turunlah tengok mereka ni..bukan hanya untuk peniaga-peniaga berlabelkan parti PAS ini saja,tapi semua..

Oh minyak.. Oh air..
Turunlah lagi..turunlah lagi.

Sunday, November 30, 2008

KEHILANGAN YANG TIDAK TERDUGA

Salam Bloggers,

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Itu janji Allah terhadap hambanya baik yang beriman atau pun tidak.
Semalam kita dikejutkan dengan pemergian Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga merupakan Timbalan Menteri Pelajaran yang amat kita kasihi iaitu Datuk Razali Ismail. Pemergian beliau sungguh mengejutkan banyak pihak,namun apakan daya Allah lebih menyayangi beliau dan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.
Arwah Datuk Razali adalah terkenal dengan sikapnya yang baik,jujur dan sentiasa membantu masyarakat sekeliling juga amat disenangi oleh semua ahli politik tidak kira sesama parti ataupun pembangkang. Beliau juga amat dikenali sebagai seorang ahli politik yang bersih dari segala macam fitnah dan perkara negatif. Takziah untuk keluarga beliau..
Datuk.. Pergimu mungkin tiada pengganti.

Monday, November 24, 2008

DSMS...1.2 JUTA

Salam bloggers,
Isu demi isu telah kita dengar dan baca berlaku di negara kita. Paling menarik perhatian saya adalah isu pendapatan yang dikumpul oleh angkasawan pertama negara Dr. Sheikh Mudzaffar Shukur hasil dari sesi ceramah beliau kepada rakyat di Malaysia.
Rupanya sukar juga bergelar angkasawan yang kini di tuduh bergelar jutawan. Mungkin ini benar,mungkin tidak. Aduan demi aduan diterima oleh pihak kementerian dan natijahnya, angkasawan yang tidak lama dulu dibanggakan rakyat Malaysia kini disiasat atas dakwaaan itu.
Betapa politik telah memburukkan kembali imej Malaysia di mata dunia. Berjuta ringgit dibelanjakan untuk mencapai kejayaan dan meneroka keajaiban alam,kini antara percaya dengan tidak,imej baik ini telah diburukkan hanya kerana kepentingan politik sesetengah pihak.
Apa salah DSMS? mungkin ini yang menjadi persoalan dalam kepala kita?
Kenapa dengan wang RM1.2 juta?
Kita tunggu kenyataan akan datang..

Tuesday, November 18, 2008

PETROL..5 KALI TURUN

Salam Bloggers,
Terima kasih kepada kerajaan pusat kerana sekali lagi menurunkan harga petrol. Terima kasih sekali lagi. Dengan harga baru pada hari ini RM2,ini bermakna harga minyak hanya berbeza rm0.08 sen berbanding harga sebelum kenaikkan dulu,ini bagi saya satu berita gembira dan cukup menyenangkan hati kita semua yang menerimanya.Bersyukukurlah..
Namun disebalik penurunan harga minyak ini masih ada cakap-cakap sumbang yang kita dengar,kononnya nak ambil hati rakyatla,politik dato' Najiblah..macam-macam lagi.. dan nampaknya orang-orang seperti ini masih tidak tahu melihat penurunan harga minyak kita yang selari dengan penurunan harga minyak global.
Ada yang kata 5 kali turun pun tak sama lagi dengan sekali naik..
Opss..rupa-rupanya mereka ini mengharapkan harga minyak seperti dulu atau lebih kurang..kurang..dan kurang lagi...macam arab saudi.
Orang-orang seperti ini memang tamak dan seolah-olah tidak boleh lagi bersabar untuk menunggu harga minyak in turun lagi..
petrol oh petrol.. turunlah lagi..

Monday, November 10, 2008

UMNO..WANG

Benarkah,
UMNO akan rebah?
Benarkah,
UMNO akan kalah?
Benarkah,
Semua in benar?
Kembalikan UMNO..Kembalikan UMNO..

Sunday, November 2, 2008

POLITIK UMNO: CARIK-CARIK BULU AYAM

Carik-carik bulu ayam... ini mungkin istilah sesuai kepada perumpamaan perselisihan pendapat,tapi akhirnya akur dengan satu keputusan. Senario ini semakin hari semakin menjadi dalam politik UMNO tidak kira di peringkat Bahagian,Negeri mahupun Kebangsaan ( Negara).
Dimana maruah UMNO sekarang? Soalan ini saya kira patut ditanya kepada diri sendiri oleh semua ahli UMNO ( terutama yang menerima suapan).
Awal dulu kita dikejutkan dengan teguran Menteri kabinet kepada pucuk pimpinan parti,perletakan jawatan Menteri kerana kononnya tidak setuju dengan ISA,politik wang dalam UMNO sehinggakan membuka pekung di dada dan membolehkan pembangkang memanipulasi isu ini,dan terbaru isu pemecatan Exco Kerajaan di Terengganu kerana tidak memenuhi tuntutan MB. Harap-harap Dato' Ahmad rasional akan hal ini dan akan membuat keputusan yang terbaik selepas mesyuarat exco akan datang.
Namun peristiwa carik-carik bulu ayam ini jika terus berlanjutan bimbang nanti bulu bukan lagi diistilah carik..tapi tercabut..kalau sudah tercabut,mana mungkin bersambung kembali..
EXCO2 yang terlibat mungkin sedang menghitung nasib pada waktu ini,namun..
percayalah,berani kerana benar..dan tahniah kepada YB2 yang benar-benar memperjuangkan parti demi bangsa,agama dan negara.
Carik-carik bulu ayam..carik-carik bulu ayam..














Thursday, October 30, 2008

PEMILIHAN UMNO - WANG ATAU MARUAH?

Salam bloggers,

Kebanyakkan Bahagian UMNO sudah bersidang dan banyak juga keputusan-keputusan yang memeranjatkan(bagi yang kalah) dan keputusan yang sudah dijangka(bagi yang menang) kita sedia maklum ketahui. Tahniah bagi yang menang,bagi yang kalah usah lupakan matlamat bahawa kita berjuang demi kepentingan UMNO dan bukan kerana kita ada kepentingan sendiri.
Jika dilihat dari pelbagai perspektif,ada yang melihat pemilihan kali ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan halangan,namun ada pihak mendakwa pemilihan kali ini seperti biasa dicemari politik wang.
Secara jelasnya baru-baru ini,Dato' Rosol Wahid cuba mendedahkan apa yang berlaku di Hulu Terengganu. Benar sebarang dakwaan harus dikemukan dengan bukti seperti mana yang disarankan oleh Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Terengganu,Datuk Zubir Embong. Tapi perkara yang melibatkan wang mana mungkin mampu dijadikan bukti jika benar ini berlaku melainkan perwakilan yang menerima suapan mendedahkan perkara sebenar.Namun saya amat berharap perkara ini tidaklah benar dan pihak yang kena tuduh juga sehingga hari ini tidak memberikan sebarang komen. Tapi,jika tiada angin takkan pokok bergoyang..
Apa yang akan terjadi kepada UMNO..ataupun sudah terjadi...
Jawatan di dalam parti seolah-olah sudah menjadi satu kemestian sehinggakan untuk merebut jawatan ini sampai ada yang sanggup berhabisan wang?
Bukankah pada awal penubuhan UMNO ini adalah berdasarkan perjuangan kepada penggabungan melayu yang ingin membela nasib bangsa..hal ini pada hari ini seolah-olah tidak lagi menjadi teras kepada ahli UMNO itu sendiri.Ini yang sering terfikir dek akal saya ini..
adakah UMNO sekarang bukan lagi UMNO dulu yang sentiasa dapat datuk dan ayah saya banggakan kerana berjuang untuk melayu dan UMNO yang benar-benar bersih dari segala macam lacuran politik..
Kembalikan UMNO.. Kembalikan UMNO..

Sunday, October 26, 2008

PESTA BOLA MERDEKA

Malam tadi kita telah menyaksikan kekalahan pasukan negara ( kemenangan Vietnam ) di Pesta Bola Merdeka. Apa pun saya ucapkan tahniah kepada skuad B.Sathianatahan kerana mempamerkan aksi yang cukup ghairah dalam mencari penyudahan kepada setiap pergerakan yang diatur dari bahagian bawah. Setinggi-tinggi penghargaan buat Mohd Sapie Sali,Ashaari Samsudin,Hairuddin omar,Zaquan dan Zafuan, Nor Hafiz Zamani Misbah Shukur Adan dan semua pemain kerana bersungguh-sungguh untuk mempertahankan gelaran juara milik kita tahun lalu. Namun nasib tidak menyebelahi kita. Kita cuba lagi tahun hadapan.
Ternyata permainan yang di tunjukkan cukup membuatkan saya sendiri merasa puas. Mutu permainan yang baik dan teratur walaupun hanya sesekali longgar di bahagian tengah ini jelas menunjukakan kematangan pemain malaysia dalam menghadapi apa jua saingan dari pihak lawan. Untuk skuad negara,teruskan perjuangan.. buktikan mutu permainan Malaysia boleh kembali seperti dulu.

Wednesday, October 22, 2008

MURKANYA BAGINDA SULTAN

PETIKAN DARI BLOG : ABG MIE TERJAH

Sebenarnya teguran Sultan Kelantan bukan berlaku pada sehari dua atau semalam lagi. Ia dah lama tapi PAS mempunyai pegangan, sekiranya menegur parti PAS yang Membangun Bersama Islam, bererti Sultan Kelantan juga sama seperti kaum kafir.DI Kelantan nama baik Sultan Kelantan dicemari dengan cercaan dan hinaan oleh penyokong PAS serta pemimpin PAS tanpa disedari.PAS percaya, orang Melayu Kelantan tidak memerlukan Sultan kerana majoriti Melayu dan bangsa Cina dan India tidak mempunyai kuasa dalam menentukan kerajaan berbanding dengan negeri lain di Malaysia. Begitu jahat niat PAS. Begitu kotor permainan politik yang ditunjukkan oleh PAS. Namun Sultan Kelantan memendam rasa dengan gelagat 'monyet-monyet' politik dari PAS.Adakah PAS tidak mahu ada kuasa melebihi partinya dalam memerintah Kelantan?Adakah PAS merasakan mereka sudah cukup sempurna dan kurdus dalam semua perkara serta tidak boleh diberi nasihat?Kejayaan Nik Abdul Aziz Nik Mat menerajui kepimpinan PAS Kelantan membuktikan Sultan Kelantan ibarat hidup tak mahu, mati tak boleh.Masih kita ingat semasa pesta bola antara Selangor dengan Singapura yang hendak diadakan baru-baru cuba disabotaj oleh PAS gara-gara Sultan Selangor mahu menjemput artis seperti Ella dan Mas Idayu, namun gagal dan dimurkai oleh Sultan Baginda? PAS ingat, Sultan Selangor boleh diletak bawah tapak kakinya sebagaimana dia lakukan ke atas pemerintahan beraja di Kelantan. PAS Selangor silap!!!Dahulu, ada pemimpin PAS mengajak kerabat dan keluarga Sultan Kelantan supaya bertanding dalam politik melawan PAS sekiranya tidak suka kepada pemerintahan PAS Kelantan.

WAJAH PENEROKA CERIA LAGI

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan semalam bahawa peneroka Felda di seluruh negara akan menerima bayaran bonus insentif berjumlah RM144.44 juta pada tahun ini. Menurut beliau, pemberian bonus ini adalah sebagai menghargai sumbangan golongan ini terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara. “Ini juga sebagai satu insentif untuk peneroka yang menghantar hasil kepada Felda,” katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya bersama warga Felda di sini semalam. Najib berkata pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 84,581 atau 75.1 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara. “Walaupun jumlah ini berkurangan berbanding tahun lalu, namun jumlah bayaran insentif kepada peneroka yang memperolehi hasil maksimum meningkat dari RM1,800 kepada RM2,000,” katanya. Secara purata, harga sawit pada tahun ini bagi MSM ialah RM3,237.72 setan, FFB RM691.36 setan manakala harga getah SMR 20 ialah RM9.15 sekilogram. “Kadar purata ini lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu MSM RM2,516.50, FFB RM558 setan dan SMR 20 RM7.20 sekilogram,” katanya. Beliau berkata bayaran bonus insentif produktiviti peneroka 2008 akan dibayar Disember ini. “Pada tahun ini peneroka yang terlibat menerima bayaran secara tunai di pejabat rancangan dan tiada bayaran dalam bentuk sijil saham koperasi permodalan Felda (KPF),” katanya.

Thursday, October 16, 2008

BUANG BAYI.. TENDANG GURU..

Saya terpanggil sekali lagi untuk menulis di blog saya ini. Kali ini tentang keruntuhan moral insan bergelar wanita / gadis.

1)Baru-baru ini rakyat Terengganu dikejutkan dengan penemuan mayat bayi lelaki di tingkat atas Masjid Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu. Hasil siasatan,seorang kerani berusia 21 tahun yang berasal dari Jerteh ditahan atas tuduhan membunuh bayi berkenaan dengan sengaja.Paling mengejutkan, wanita itu turut mengaku merendam bayi berkenaan di dalam baldi berisi air untuk mengelakkan dari bayi berkenaan menangis dan membuat bising sekaligus membongkar rahsia binatang ini. Betapa zalim binatang ini sehingga sanggup berkelakuan sedemikian.Semoga di hari pembalasan Allah nanti,anak ini akan bangkit untuk menghalang ibunya dari mencium bau syurga. Amin..

2)Hari ini ( 16/10/2008 ),sekali lagi kita dikejutkan dengan kes dua orang pelajar di sebuah sekolah di Kangar,Perlis menendang guru mereka kerana kononnya tidak berpuas hati dengan guru berkenaan. Ini juga saya kira cukup kurang ajar bagi seorang pelajar yang berusia 14 tahun ini untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap guru mereka. Saya juga pasti selepas ini,mungkin ibubapa kepada pelajar-pelajar ini akan membela anak-anak mereka,untuk membuktikan anak-anak mereka bukan seperti yang didakwa. Ini sudah biasa..ini sudah biasa..

3) Apa yang ingin saya kaitkan di sini adalah,pengarah-pengarah disebalik drama-drama ini adalah "LELAKI". Kerana lelakilah seorang bayi tadi direndam didalam baldi,kerana lelakilah seorang bayi tadi dibungkus di dalam sejadah dan ditinggalkan di masjid tanpa sebarang kasih sayang. Dan saya juga percaya,keganasan pelajar-pelajar di Perlis itu juga didalangi oleh lelaki. Jika tidak mana mungkin perempuan-perempuan ini berani dan tekad untuk bertindak sebegini.
Saya sebenarnya juga turut bersimpati dengan binatang yang membunuh bayinya itu. Diwaktu menikmati kelazatan dunia,dia bersama-sama pasangannya. Tapi disaat dia melahirkan kain putih itu,dia sendirian..di penjara nanti juga dia pasti bersendirian.. kesian dia.. kesian dia..
Biarkan Si luncai terjun dengan labu-labunya.. Saya memberi peringatan kepada lelaki-lelaki seperti ini.. tunggulah pembalasan kamu nanti..

Saturday, October 11, 2008

PERTAHAN JAWATAN,LETAK JAWATAN

Memang susah jadi pemimpin. Kesian Paklah, setelah didesak supaya letak jawatan untuk menyelamatkan MELAYU oleh semua pihak,akhirnya beliau akur dan saya percaya keputusan ini cukup sukar untuk digarapkan dengan kata-kata. Apapun,sekalung tahniah buat Paklah kerana berani dan rasional juga terima kasih kerana memacu Malaysia selama 5 tahun walaupun dengan pelbagai ujian. TERIMA KASIH PAKLAH. "Kau Tetap Pemimpin"

Yang menjadi kekesalan saya adalah,ketika didesak untuk berundur,beliau dihambur dengan kata-kata kesat oleh sesetengah pihak. Setelah tunduk akur untuk meletak jawatan,sekali lagi beliau dihambur dengan tuduhan yang cukup biadap saya kira. Kononnya Paklah tak mampu memimpin negara,tak tahan lasak,kena gertak sikit sudah gelabah,pemimpin lemahlah..dan macam-macam lagi.. saya pelik..saya pelik.. Semoga pengganti Paklah adalah pemimpin yang tahan lasak,tegas,berani dan lain2..yang mampu membisukan salakan anjing2 penjajah.

Tuesday, October 7, 2008

PERWAKILAN,HINDRAF DAN PATUNG DSAI

Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir Dan Batin

1)PERWAKILAN
Bercerita pasal perwakilan,saya tertarik dengan komen ketua dewan pemuda PAS, Salahuddin Ayob dalam akhbar SINAR hari ini ( 7/10/2008). Yang mana beliau menegur kepimpinan UMNO yg bertelagah sesama sendiri merebut jawatan2 tertinggi dalam UMNO pada pemilihan akan datang. Dan beliau juga meminta agar pemimpin-pemimpin ini lebih memikirkan soal kebajikan rakyat daripada bertumpu kepada soal pemilihan parti dan membiarkan rakyat menderita kononya akibat pemimpin2 UMNO sekarang sibuk melobi.
Saya kira kenyataan ini adalah kenyataan yang berbentuk meraih perhatian dan cuba menangguk di air "jernih" atau dengan erti kata lain,kenyataan ini adalah kenyataan
"TIDAK SEDAR DIRI ".
Mungkin Salahuddin perlu cermin "PARTI" sebelum mencampuri urusan orang lain (perangai amerika).
Sebagai rakyat,saya sendiri tidak faham,apa yg dimaksudkan beliau "jangan biarkan rakyat menderita" kerana saya tidak merasai penderitaan dek kerana pemilihan pucuk pimpinan parti.
Atau mungkin Salahuddin sekarang mendalami keperitan yang dialami oleh pejuang-pejuang HINDRAF.

2)HINDRAF
Bercerita pasal HINDRAF,negara sekali lagi dikejutkan dengan kekecohan yang berlaku pada Hari Raya Pertama,Rumah terbuka PM di PWTC. Saya kira berita ini cukup hebat dan pejuang-pejuang ini seolah-olah pejuang2 kamekaze jepun di waktu perang dunia ke-2.
mereka tidak lagi menghormati budaya malaysia seolah-olah di Malaysia ini ,hanya 5 pemimpin mereka di tahan ISA. Dan ini dikecohkan lagi dengan nada sinis TUAN GURU, " INI BELUM KURANG AJAR". Ini mungkin akan jadi kurang ajar apabila kekecohan seumpama ini terjadi di perkarangan MASJID RUSILA.

3
)PATUNG GERGASI DSAI
Tahun 2020 agaknya mereka nk jadikan ANWAR ni tuhan!!
kalau ini masih lagi didiamkan oleh pemimpin2 PAS yg mengaku mereka ini ULAMA di bumi Selangor,saya harap..ORG PAS sedar akan sikap dan kepentingan yang jelas lagi nyata ULAMAK2 mereka ini.Di atas kejayaan anwar ibrahim memporak-perandakan MALAYSIA,ada lagi rakyat yang tidak sedar akan apa yg akan berlaku selepas ini. Saya cukup hairan dengan penyokong2 Anwar ibrahim.. Alangkah indah dan baiknya jika semangat dan kekentalan hati mereka ini dijuangkan untuk membela nasib kaum di bumi sendiri sepertimana bersatu padunya rakyat ISRAEL untuk menentang ISLAM.

Sunday, October 5, 2008

Dato' Seri Anwar Ibrahim

Dato' Seri Anwar Ibrahim..

Siapa Yang masih tidak setuju..DSAI pengkhianat bangsa????

Wednesday, July 23, 2008

UMNO + PAS = MELAYU BARU?

HARUSKAH MUZAKARAH DI HENTIKAN?

Tamatkan muzakarah Khalid Abdul Samad, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, antara tiga pemimpin Pas selain Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Mustafa Ali yang terlibat muzakarah dengan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak mahu perbincangan itu diteruskan dan perlu dihentikan segera. “Pas hendak berbincang soal Melayu dan Islam tetapi UMNO hanya mahu selamatkan kedudukan mereka,” kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam. Kenyataan Khalid itu senada dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin. Menurut Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, sebarang usaha untuk mengadakan muzakarah antara Pas dan Umno perlu dihentikan dengan segera kerana bimbang akan berlakunya perpecahan dalam parti.

Wednesday, June 18, 2008

Lelaki Cuma Tiada di IPTA.

Lelaki tumpu kemahiran
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL(WARTAWAN UTUSAN)
REMAJA lelaki kini cenderung mengikuti bidang keusahawanan daripada kerja makan gaji.
KEBIMBANGAN terhadap trend pelajar wanita yang menguasai institusi pengajian tinggi (IPT) pernah disuarakan sebelum ini apabila nisbah menunjukkan pelajar lelaki dan perempuan 60:40, iaitu 60 peratus bagi pelajar pe- rempuan dan 40 peratus bagi pelajar lelaki.
Perbandingan yang dicatatkan di kebanyakan IPT itu menimbulkan polemik yang pelbagai termasuk isu kualiti generasi muda lelaki hari ini dalam persediaan menempuh cabaran negara yang lebih getir pada masa depan.
Turut dikaitkan adalah kesannya terhadap sosio dan budaya dalam masyarakat apabila meningkatnya bilangan wanita berpendidikan dikatakan turut menyebabkan lebih ramai golongan itu berkahwin pada usia lewat, atau tidak berkahwin langsung.
Sejauh mana keterbukaan dasar dan polisi kerajaan yang memberi peluang pendidikan sama rata kepada semua penduduk tanpa mengira gender itu memberi kesan seperti yang dibimbangi, sebenarnya terlalu subjektif untuk dinilai.
Sementelah ia berkait rapat dengan usaha dan kegigihan seseorang untuk memajukan diri, kebijaksanaan dan kejayaan yang diperoleh sewajarnya tidak dibandingkan dengan apa-apa perkara, apatah lagi kegagalan di pihak yang lain.
Ibaratnya ketika padang dibuka sama rata, kenapa perlu ada pihak yang mempersoalkan kejayaan dan kelebihan golongan tertentu yang bertanding di gelanggang serupa?
Meningkatnya bilangan pelajar wanita di IPT ketika ini seperti yang dipersetujui banyak pihak turut berpunca daripada konsep pendidikan terutamanya di peringkat IPT seperti yang diamalkan di negara ini.
Berorientasikan peperiksaan yang memerlukan ketekunan dan semangat mengulang kaji pelajaran yang tinggi, konsep pendidikan sebegitu perlu diakui memberi kelebihan kepada pelajar perempuan.
Pelajar lelaki pula tidak ramai yang jenis ulat buku, sebaliknya lebih selesa mengembangkan bakat dan kemahiran diri secara praktikal.
Ini sekali gus menjelaskan mengapa golongan itu lebih ramai di kolej komuniti seperti di Institut Kemahiran Belia Negara dan Institut Kemahiran Mara (IKM), biarpun sebenarnya berkelayakan melanjutkan pelajaran di IPT.
Lalu jika trend pelajar perempuan yang lebih mendominasi IPT ketika ini dilihat sebagai satu masalah, maka sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan seperti diamalkan di gedung ilmu itu tidak dapat mengelak daripada dipersalahkan.
Persoalannya berbaloikah sistem pendidikan itu dikaji semula dan dirombak, apabila dasar yang sudah bertahun-tahun lamanya diamalkan itu lebih menonjolkan pelajar perempuan?
Atau pertanyaan yang lebih besar lagi, apakah penguasaan pelajar perempuan di IPT itu benar-benar menjadi masalah kepada negara dan mengancam sosio dan budaya masyarakat pada masa depan?
Bagi pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Nazarudin Zainun, sejauh mana penguasaan pelajar wanita di IPT mengancam sosio dan budaya masyarakat seperti yang digembar-gemburkan ketika ini bergantung kepada persepsi orang yang menilai.
Beliau bagaimanapun secara peribadi berpendapat, tidak ada salahnya negara mempunyai lebih ramai kaum wanita yang berpelajaran tinggi kerana fitrahnya, golongan inilah juga yang akan melahirkan dan membesarkan generasi masa depan yang juga berpendidikan.
Boleh dianggap sebagai ejen sosialisasi masyarakat yang cemerlang, golongan wanita yang berpendidikan tinggi apatah lagi yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, bakal memberi didikan yang sempurna dan lebih baik kepada anak-anak mereka sesuai dengan taraf pendidikan yang dimiliki.
Menjelaskan lebih lanjut, Nazarudin berkata, trend kaum wanita yang lebih berpendidikan berbanding kaum lelaki hanya berlaku di negara ini, dan tidak wujud di negara lain waima di negara maju seperti Jepun kerana kekangan budaya.
KeterbukaanSenario itu sangat mudah untuk dikaitkan dengan dasar keterbukaan dan peluang sama rata dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan kerjaya yang ditawarkan oleh kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Sedangkan di kebanyakan negara lain seperti di negara jiran misalnya, masih wujud diskriminasi yang memberikan kelebihan kepada kaum lelaki seperti gaji yang lebih tinggi biarpun melakukan kerja yang sama.
Begitu juga di negara-negara di Asia Barat, yang mana masih ada kaum wanita yang tidak dibenarkan memandu selain dinafikan jawatan yang lebih tinggi dalam masyarakat.
''Kekangan budaya yang membataskan wanita untuk meningkatkan taraf diri hampir tidak wujud di negara ini. Sekalipun ada dasar yang memberi keutamaan kepada lelaki, ia hanya melibatkan kes yang sangat terpencil dan kebiasaannya sesuai dengan saranan agama.
''Justeru, wanita di negara ini mempunyai ruang yang cukup luas untuk menjadi individu yang berjaya," katanya.
Menyentuh mengenai kebimbangan sesetengah pihak mengenai kedudukan wanita yang lebih berpelajaran dalam institusi kekeluargaan, Nazarudin berpendapat, masyarakat moden hari ini lebih berfikiran terbuka dan boleh menerima perubahan termasuk golongan lelaki yang menjadi surirumah.
Meskipun tidak digalakkan oleh agama, namun sekiranya kerukunan dan kebahagiaan dalam rumah tangga dapat di- pertahankan, budaya Mr. Mama itu bukanlah sesuatu yang janggal malah sudah ada yang mengamalkannya di negara ini.
''Begitu juga apabila ada pihak yang mengaitkan wanita berpelajaran ini dengan masalah lewat berkahwin atau tidak berkahwin langsung, hakikatnya dalam komuniti kita ketika ini, banyak pasangan yang isteri lebih berjawatan dan bergaji tinggi berbanding suami dan dalam masa yang sama tetap hidup bahagia," katanya.
Beliau menambah, meskipun bilangan wanita yang berpelajaran ketika ini semakin tinggi, namun dalam prospek kerjaya, golongan tersebut hanya mengisi beberapa jawatan yang sebelum ini lebih didominasi oleh kaum lelaki.
Sedangkan beberapa jawatan penting dan utama lebih-lebih lagi yang membabitkan kekuatan fizikal, masih lagi dipelopori oleh kaum lelaki.

Biar Betul

Peraduan Celcom berunsur judi
KUALA LUMPUR 17 Jun - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati peraduan 100 hari 100 kereta anjuran syarikat telekomunikasi Celcom (M) Bhd., mempunyai unsur- unsur perjudian.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz berkata, peraduan itu jelas tidak mematuhi hukum syariah dan menggalakkan pembaziran.
"Tidak boleh. Peraduan ini mengandungi unsur judi.
"Kita minta Celcom batalkan peraduan ini. Kalau mahu juga, buat pertandingan lain yang selari dengan hukum syarak,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Semalam, Celcom mengumumkan akan mengadakan pertemuan kali kedua dengan Jakim untuk membincangkan status peraduan 100 hari 100 kereta anjuran syarikat telekomunikasi itu yang didakwa mempunyai unsur perjudian.
Difahamkan Celcom akan membentangkan secara terperinci kesemua butiran peraduan berkenaan di hadapan Panel Syariah Jakim.
Jelas Wan Mohamad, mesyuarat khas panel kajian syariah Jakim hari ini bersetuju untuk memutuskan pertandingan itu jelas menggalakkan pembaziran.
Peraduan 100 hari 100 kereta anjuran Celcom didakwa berunsur perjudian oleh beberapa tokoh agama kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan seperti dalam kegiatan judi nombor ekor.
Peraduan yang bermula 2 Jun lalu dan berakhir 9 September ini menawarkan sebuah kereta setiap hari kepada pemenang yang mengumpul mata tertinggi selepas menjawab soalan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Peraduan berbentuk promosi itu berlangsung selama 100 hari dan dibuka kepada kesemua pelanggan Celcom.

Tuesday, May 27, 2008

HOTLINK @ MAXIS

Bloggers,
saya mengambil peluang untuk menyeru semua pengguna-pengguna mobile phone di Malaysia,Terengganu khusunya untuk mencuba kelebihan pakej dan servis yg disediakan HOTLINK & MAXIS untuk pengguna telefon bimbit. Ianya pasti membuatkan anda rasa hebat!!!

HOTLINK! AKTIFKAN DUNIA MOBILITI ANDA

Kembalikah Ezam?

Satu persatu berita yang menggemparkan bumi Malaysia ketika ini,bermula dengan keputusan PRU 12,desakan ke atas Pak Lah,mantan PM keluar dari UMNO diikuti dengan Mokhzani,pendirian tegas Mukhriz,isu ketidakpastian jumlah royalti dan baru-baru ini sekali lagi kita digemparkan dengan kembalinya Ezam Md Noor kepangkuan UMNO.
Kembalikah Ezam ke pangkuan UMNO?
Saya sebagai anak muda yang baru mengerti dunia politik ini ingin berkongsi pendapat dan pandangan dengan bloggers diluar sana. Bagi saya sendiri ini merupakan satu berita baik kepada UMNO,dan mungkin menjadi satu ancaman kepada PKR dan sekaligus menjadi tanda tanya dikalangan ahli-ahli AMK Malaysia.
Apakah pendorong kepulangan Ezam ke pangkuan UMNO?
Adakah Ezam sedar akan kesilapan beliau ketika berjuang untuk KEADILAN?
Atau Ezam tidak dipedulikan semasa berada dalam AMK atau PKR itu sendiri?
Ayuh kita bincangkan...

Thursday, May 22, 2008

Karpal oh Karpal

Laporan siasatan kes Karpal ke Peguam Negara: KPN

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini mengesahkan polis sudah menyelesaikan siasatan ke atas Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung kenyataannya yang didakwa mempertikaikan kuasa Sultan. "Siasatan sudah dibuat dan kita menunggu keputusan Peguam Negara," katanya ketika ditemui selepas menerima cek RM100,000 sumbangan syarikat Korea, Henikwon Corporation Sdn Bhd (Henikwon Corporation) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman di sini, hari ini. Beliau diminta mengulas perkembangan siasatan ke atas Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berikutan kenyataannya berhubung isu mempertikaikan kuasa Sultan Perak serta hak keistimewaan Bumiputera ketika mengulas ucapan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohamad Faris Petra, sebelum ini.

SALAM PERKENALAN

Salam untuk semua. Hari ini saya berjinak dengan dunia blog. Jika ada kawan-kawan yang terjumpa blog ini atau sengaja mencari blog ini,harap kita dapat berkongsi cerita,pandangan dan pendapat serta saling bertukar buah fikiran.