Thursday, July 16, 2009

KEHANGATAN 2 MU

2 MU..

1) Manek Urai - Dah selesai satu babak,nampak macam ada episod baru nak mula lepas ni.Apa yang pasti orang manek urai dah nampak,dah tahu,dah reti dan dah berani.Beza undi sebanyak 65 keping tu bawa impak besar pada PRK kali ni dan harap ini jadi warning pada yang termakan lada.Apa lagi kalau kertas undi rosak lebih besar bilangannya dari majoriti. Tak perlu nk dongkah tangan sambil dabik dada,yang perlu..tunaikan janji..tunaikan janji..tunaikan janji..
Peratusan mengundi baik,bilangan yang mengundi BN dan PAS juga bertambah yang pasti hanya majoriti terlalu lemah.macam DUN Ladang di Terengganu.tahniah orang manik urai.

2) Manchester United VS Malaysia - yang lepas2 penyokong tuan rumah dan penyokong MU sama banyak.Color merah dan kuning akan hiasi stadium bukit jalil nanti. K.rajagopal dah warning pada penyokong,jangan terlalu mengharap keajaiban.Dan kami juga sebagai penyokong juga tahu keajaiban jarang berlaku,tapi mungkin berlaku..bola itu bulat dan kuasa Allah swt tiada siapa yang mampu menduga. Berjuanglah untuk membuktikan sesuatu.

Friday, July 10, 2009

MANEK URAI...APA CERITA?

Salam rakan2 blogger...maaf lama tak update blog,banyak urusan kerja.
Disebalik kehangatan pelbagai cerita semasa,UMNO Terengganu,Julfekar dan Farawahida,Nek Wook dan suami mudanya..dan macam2 lagi lah,kita pastinya tidak pernah teralih arah selagi PRK manek Urai tidak selesai,harap2 lepas ni tak ada lagi PRK,Insya-Allah.Sama kita doakan.Berbalik pada Manek urai,senario kali ini saya melihat tidak banyak berbeza dari siri2 PRK yang lepas,kedua-dua calon meletakkan harapan yang tinggi dan masing-masing percaya bahawa kemenangan di pihak mereka.Akan tetapi tidak dapat tidak kita nafikan sememangnya manek urai pernah dirampas BN pada PRU 2004 walaupun majoriti yang tidak besar dan kembali dikuasai PAS pada PRU 2008 dengan majoriti lebih besar akan tetapi statistik menunjukkan penurunan pengundi BN tidaklah besar.
Tuan Aziz tuan Mat ( bukan Nik Aziz Nik Mat ) dikatkan bukanlah orang yang asing bagi pengundi di kawasan itu.Begitu juga dengan lawannya,Mohd Fauzi dari PAS.Pelbagai cara dan medium digunakan bagi menarik sokongan pengundi telah dilakukan dengan sehabis baik.yang jelas penduduk manik urai kali ini benar2 mendapat rezeki ( durian runtuh ) tatkala semua jentera parti berkumpul di sana hanya untuk satu tujuan.Diharap penduduk Manek Urai mengambil peluang ini sebaik mungkin.Tidaklah dapat saya perhalusi keadaan di manek Urai kerana seingat saya saya belom pernah ke sana dan ini hanya sikit sebanyak apa yang dipetik dari sumber2 akhbar.Yang pasti,saya berpendapat..banyak mana pun perbelanjaan yang dibuat,sejauh mana janji yang ditabur,seikhlas mana kita memperjuangkan nasib rakyat,kalau diikutkan siri PRK yang lalu,yang menang hanyalah parti yang hanaya tahu membuat janji. Sampai masa jadi macam kes KG BUAH PALA.