Thursday, April 30, 2009

VIRUS MAUT - "SELSEMA BABI"

Tercuit rasa hati untuk menulis mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu mengenai virus yang boleh membawa maut - Virus selsema babi.Yang peliknya,kenapa kita tidak menggunakan perkataan yang lebih baik untuk virus ini sebagai contoh " virus khinzir" atau sebagainya.Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu khinzir kot..
Tertarik untuk berkongsi akan hal ini,membuatkan saya rasa terpanggil untuk berfikir,apakah ini gambaran yang diberikan oleh Pencipta alam ini kepada manusia akan keburukan dan kesan jangka panjang daripada keghairahan manusia hari ini untuk menternak binatang yang menjadi punca kepada virus ini.
Negeri-negeri pembangkang,TOLONG AMBIL PERHATIAN!!
Semalam kes kematian pertama yang melibatkan kejadian di luar MEXICO iaitu di TEXAS kalau tak silap saya dan hari ini WHO telah menganugerahkan virus ini sebagai ketegori virus maut tahap 5 yang mana mampu merebak cepat dan tersangat bahaya.Langkah kementerian kesihatan Malaysia untuk memberi suntikan atau langkah pencegahan awal di semua pintu masuk ke negara ini termasuk disemua lapangan terbang adalah amat dialaukan dan seharusnya dipuji.Khabarnya kementerian mempunyai jumlah vaksin yang cukup untuk sekurang-kurangnya 2 juta rakyat Malaysia.
Disebalik peringatan ini,pada saya terselindung seribu petunjuk untuk sama-sama kita renungkan.Binatang ini jelas diharamkan islam,virus ini mampu mengancam manusia dan sebagainya.Sama-samalah kita renungkan dan ambil iktibar.

Wednesday, April 29, 2009

KETUA BARU - TAHNIAH DS HISHAMUDDIN

Perdana Menteri telah mengumumkan Ketua baru bagi Badan Perhubungan UMNO Terenganu.Pertama sekali ingin saya mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein kerana telah diberi kepercayaan oleh YAB Presiden UMNO untuk memimpin barisan kepimpinan UMNO negeri Terengganu dimana pada perkiraan saya,DS Hisham bukanlah seorang yang asing bagi sepak terajang politik di Terengganu terutama bila diambil kira DS Hishamuddin merupakan antara pemimpin besar yang bertanggungjawab merealisasikan impian kepimpinan UMNO Terengganu satu ketika dulu untuk mengembalikan Terengganu ke tangan Barisan Nasional pada PRU ke-11 tahun 2004.Beliau juga merupakan antara pejuang utama di Terengganu semasa kempen GELOMBANG BIRU yang membawa perubahan dan kepercayaan rakyat Terengganu ketika itu.Tahniah sekali lagi Dato' Seri dan semoga kemelut yang berlalu dijadikan sempadan untuk kita terus melihat kebangkitan jiwa dan pemikiran rakyat yang mahukan satu kerajaan yang benar2 ikhlas berjuang membela nasib mereka terutama golongan melayu.
Sudah menjadi adat pembangkang,rumah siap pahat berbunyi.Perlantikan DS Hisham dilihat amat tidak disenangi pembangkang terutama di Terengganu.Lagu2 politik mula dimainkan untuk mengelirukan rakyat kononnya,DS Hisham tidak layak,bukan anak tempatan,UMNO akan berpecah teruk ( mungkin jadi 3 puak ) dan sebagainya. Lagu ini jelas ketandusan maksud yang tersirat. Pada saya ini hanyalah gimik permainan pembangkang terutama PKR Terengganu yang sudah mula goyah dan dapat melihat akan kejatuhan satu demi satu pemimpin mereka. Wahai Pemimpin2 PKR Terengganu..tunggulah,masa kamu akan tiba.
Gentarnya pembangkang sudah mula dilihat sejak diawal pergolakan politik Terenggnu lagi.Mereka mudah mempermainkan MB ( mempelawa masuk PAS ),kononnya simpati dengan tohmahan kepada MB ( walaupun sebelum ini mereka lebih byk menfitnah MB ) dan sebagainya. Mereka tahu,angin perubahan yang bakal dibawa DS Hisham mampu menjulang UMNO Terenganu ke zaman kegemilangan dibawah kepimpinan bekas MB Terengganu iaitu DS Idris Jusoh.Ini memang menakutkan mereka.Kecuali Nik Aziz bersetuju untuk menerima cadangan Tuan Guru Hj Abdul Hadi untuk membentuk kerajaan campuran BN-PAS.
Tapi saya pasti,apapun terjadi,Anwar Ibrahim mana mungkin berdiam diri.
Kepada DS Hisham,ayuhlah..kita bersama berjuang mempertahan bumi Terengganu ini agar sentiasa dibawah kepimpinan BN dan memakmurkan negeri ini dengan segala kecemerlangan dan keintelektualan penghuninya sekaligus memastikan bumi Darul Iman ini tidak akan menerima pemimpin bergelar PEMBELOT BANGSA!!!

Wednesday, April 22, 2009

BADAN PERHUBUNGAN UMNO TERENGGANU

Desas desus dan khabar bertiup kencang menyatakan perubahan atau rombakan badan perhubungan UMNO negeri Terengganu akan menjadi kenyataan.Ini dikuatkan lagi setelah saya berhenti di satu kedai untuk membeli Akhbar Sinar Harian.Jelas2 telah dilaporkan nasib MB Terengganu Dato Ahmad Said bakal ditentukan jumaat ini.
Apapun yang diputuskan oleh pucuk pimpinan parti jumaat ini,pastinya adalah untuk kebaikan parti dan bukannya untuk mengiyakan tuntutan mana-mana pihak.Saya sebagai rakyat juga turut merasa dukacita diatas segala kekusutan yang melanda pentadbiran kerajaan negeri Terengganu.Namun mungkin ini telah ditulis di luh mahfuz dan terpulanglah kepada kita sebagai hamba untuk menerima dan menyelesaikan segala ujian yang diturunkan dimana saya pasti ianya sememangnya mempunyai seribu hikmah dan rahmat yang bakal kita perolehi jika kena dengan cara penyelesaiannya.
MB Terengganu telah akur dan menurut apa saja keputusan pucuk pimpinan parti,dan sikap keterbukaan yang ditunjukkan oleh YAB MB adalah contoh terbaik kepada kita sebagai rakyat untuk menyelesaikan segala kemelut yang kita hadapi.Diharap tiada puak yang merusuh,tiada puak yang menghasut,tiada puak yang bertepuk tangan,tiada puak yang melompat kegembiraan.Keputusan yang bakal dibuat bukannlah bererti kemenangan kepada mana2 pihak,cuma adalah kemenangan kita semua menangani kemelut politik ini.Ayuhlah kita semua bersatu kembali mengembalikan hak rakyat yang harus dibela dan bukannya dipaksa untuk mendengar amukan politik hari demi hari.Hari ini saya menyeru..
KEPADA SEMUA YB2 ADUN BARISAN NASIONAL TERENGGANU..KITA TELAH MENCIPTA SEJARAH UNTUK MENJADI KUBU KUAT BARISAN NASIONAL,AYUH KITA TERUS BANGKIT MEMPERTAHANKAN NEGERI BERTUAH INI DENGAN SEMANGAT SETIAKAWAN DAN KEPERCAYAAN PADA SESAMA SENDIRI.INGATLAH SAAT2 KITA BERJUANG MENENTANG PEMBANGKANG.LUPAKAN KESILAPAN SEMALAM DAN KITA HARUS MEMIKIRKAN MASA DEPAN RAKYAT YANG LEBIH CEMERLANG.
YB KIJAL..KEPUTUSAN AKUR KEPUTUSAN TEPAT,SEMOGA ALLAH MEMBERI RAHMAT.
YB AJIL..JIKA PERKARA DITUNTUT MENJADI KENYATAAN,SEMOGA KAWAN JANGANLAH JADI LAWAN.
YB KIJAL DAN YB AJIL,JIKA PELUKAN MAMPU MENGEMBALIKAN SEMANGAT ITU,PELUKLAH RAKAN BAIK YB ITU SATU KETIKA DULU.
Tiada konflik dapat diselesaikan melainkan dengan cara mesyuarah dan berbincang demi kepentingan parti dan rakyat Terengganu.Jika ini berlarutan,fikirkanlah kesan kepada BN pada PRU13 akan datang,janganlah konflik dalam UMNO ini menjadi punca keretakan hubungan UMNO dan parti kompenen yang lain.
Hal ini bukannya kecil,impaknya cukup besar kepada negara ini.

Saturday, April 18, 2009

PERLETAKAN JAWATAN FAIRUS - BN HIDU TAKTIK KOTOR PR?

Seorang demi seorang ADUN PKR diarah meletak jawatan ekoran krisis yang melanda PR baru2 ini.namun disebalik krisis dan perletakkan jawatan ini,pemimpin dan penganalisis politik dapat menghidu dan meramalkan bahawa ini adalah permainan politik kotor PR untuk terus mendapat sokongan dan keterujaan rakyat kepada PR sekaligus ini akan melonjakkan ombak suara rakyat yang menyokong PR pada pru13 nanti.
Sesungguhnya usaha kotor ini jelas dapat dilihat dan dinilai oleh kepimpinan BN dan rakyat itu sendiri.
Kepimpinan BN bukan hingusan politik yang mudah diperbodohkan PR seperti mana PKR dan DAP memperkudakan PAS.
Saya percaya,PRK Penanti nanti akan sekali lagi akan menyebelahi PR jika tidak kena dengan cara kita melihat tujuan perletakan jawatan Fairus.
Pemimpin PR memang hebat dalam merancang strategi untuk meraih kemenangan pada PRU nanti namun ini belum tentu menyebelahi PR jika kepimpinan BN dapat memecahkan ombak politik bodoh PR ini.
Tapi disini saya turut ingin menyampaikan rasa simpati saya pada Fairus kerana seolah-olah tiada siapa disisi beliau ketika beliau terkontang-kanting menjadi kambing hitam PKR.
YB Eli cukup dibela ketika skandal lucahnya disebar,sehinggakan sigagap itu begitu berang dengan apa yang terjadi ke atas YB Eli Wong.Begitu juga bekas Adun Bukit Selambau yang meletak jawatan,nasibnya cukup dibela oleh PR dan kepulangannya ke tanah air baru2 ini disambut bak seorang pahlawan yang membawa pulang seribu maruah bumi bertuah ini..tapi YB Fairus dibiar seorang diri mempertahankan maruah setelah dijatuhkan sendiri oleh orang yang pernah melonjakkan keperibadian beliau semasa kempen PRU12 dulu..adakah hanya kerana YB Fairus berbangsa MELAYU?
Kepada YB Fairus,bila lagi YB nak bongkarkan apa yang YB tahu?

Thursday, April 16, 2009

KEMELUT TERENGGANU

Nampaknya kemelut di Terengganu mendapat perhatian ramai pihak,mungkin kerana hal ini sudah digembar-gemburkan sebelum hal sebenarnya terjadi.
Ketidakhadiran 10 Adun BN ke Sidang DUN baru2 ini menggemparkan sesetengah pihak dikuatkan lagi dengan punca ketidakhadiran tersebut adalah kerana satu sms ugutan bunuh.
Pelbagai pihak sudah mula mencongak dan membuat andaian disebalik cerita sebenar kemelut politik di Terengganu ini.Ada yang tunggu dan lihat,ada yang menangguk di air keruh dan tak kurang yang bertepuk tangan.Saya percaya,apa juga keputusan atau penyelesaian kepada kemelut ini,impaknya cukup besar kepada negeri Terengganu terutama kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri Darul Iman ini.
Namun demekian,sidang DUN sudah berakhir semalam dan tiada sebarang usul undi tidak percaya kepada MB dicadangkan.Jadi,kesimpulannya..tiada apa yang perlu dirisaukan oleh pihak yang risau atau runsing.10 adun yang tidak hadir sidang pada hari kedua itu juga memberi kata sepakat untuk menyokong kepimpinan MB,Dato'Ahmad Said.Apapun akhbar terus mencetuskan kehangatan kedua-dua pihak dan diharap kemelut ini selesai dengan penuh keamanan dan keinsafan agar segala usaha dan matlamat yang ingin dicapai sebelum ini tercapai dengan jayanya dan bukannya terkandas di tengah jalan dek kerana kepentingan peribadi mana2 pihak.Ibarat menarik rambut di dalam tepung,rambut tak putus dan tepung tak berselerak.

Tuesday, April 14, 2009

KABINET BARU VS KABINET BAYANGAN

Minggu lalu selesai sudah perkara utama dalam pentadbiran Malaysia iaitu kita diberitahu atau diperkenalkan barisan kabinet baru kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia ke-6,Dato Seri Mohd Najib tun Razak.

Ramai yang berpuas hati dan tidak kurang juga yang menolak kabinet baru ini dengan pelbagai alasan masing2.Namun bagi pendapat saya,kabinet ini adalah yang terbaik untuk menyokong kepimpinan PM baru ini.Kenapa saya berpendapat begini? Pada saya sudah semestinya,seorang PM itu meneliti dan mengambil kira pelbagai faktor dari semua perspektif dan pandangan semasa dari penasihat dan pembantu2 beliau yang sedia ada.Dan keputusan yang diterjemahkan melalui pelantikan menteri dan timbalannya ini menjadi satu harapan agar,barisan ini mampu mengembalikan Malaysia di mata dunia dengan kejayaan demi kejayaan di pelbagai bidang dan bukannya terkenal kerana ketidakstabilan politik seperti dihadapi Thailand sekarang.

Barisan kabinet yang diumumkan juga dilihat sebagai ketelusan dan kejujuran PM untuk melihat atau kecenderungan beliau untuk memulihkan politik Malaysia agar sentiasa tenang,dan kabinet juga disenangi rakyat dan disegani lawan.Namun disebalik pelantikan ini,kabinet sudah diberi amaran keras dengan adanya KPI yang akan dipantau oleh PM sendiri.Harap2 pak Menteri dan semua timbalan menteri dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebaik mungkin.Jangan nanti ada MP yang lompat parti semata-mata digugurkan dari jawatan menteri dan selepas itu timbul isu kroni oh kroni.

Sebut pasal kroni,kabinet baru ini juga tak lepas dari isu ini.Pelantikan ini juga dikatakan atas dasar kroni kerana ramai menteri yang dilantik adalah berstatus senator.Adakah MP yang ada tidak layak untuk memegang jawatan menteri? Isu ini selalu dimainkan oleh pembangkang,yang pasti..PM pasti punya alasan sendiri kenapa dan mengapa..

Barangkali kabinet bayangan PR tidak ada satu pun kroni kepada bakal PM mereka.Hahahaha...

yang pasti..semuanya pasti kroni beliau..( Ini saya kata )

Simbolik disebalik kabinet bayangan PR.

Apa yang cuba dilakukan..bagi saya,tidak ada lain melainkan untuk mencetuskan ketidakstabilan politik Malaysia dan mencacatkan imej PM baru kita.Saya pasti kabinet bayangan ini hanyalah ilusi,tapi Allah maha besar dan maha mengetahui.

Sedar tidak sedar penyokong PR harus tahu,apa yang dilakukan pemimpin mereka ini satu hari akan membuatkan mereka mungkin hilang kerja,mungkin jadi susah dan mungkin akan sentiasa hidup didalam ketakutan.Situasi di Thailand sudah memberikan kita petunjuk dari Allah akan ketidakstabilan politik tidak akan membawa apa2 kebaikan melainkan kita menggadaikan masa depan generasi akan datang semata2 kerana kepentingan individu sahaja. ( dalam konteks ini - pemimpin yang kita sanjungi ). Jika kita ditahan pihak berkuasa sekalipun percayalah,tidak akan ada seorang pun pemimpin kamu yang akan menjenguk kamu di lokap apatah lagi menjamin kamu keluar melainkan kamu adalah orang yang benar2 sentiasa berdamping dengan pemimpin yang kamu agungkan.Kabinet bayangan hanyalah angan2 dan ini bukanlah kali pertama.Kita sudah mendengar akan hal kabinet bayangan sejak zaman semangat 46 lagi namun sehingga hari ini hanya Barisan Nasional yang mampu melaksanakan tanggungjawab dan membantu rakyat dari segenap aspek kehidupan malah menjadikan Malaysia antara negara pesat membangun didunia tanpa meminta apa2 balasan,cukup sekadar rakyat memberi mandat kepada BN untuk terus menerus menjadikan Malaysia negara yang disegani di dunia berlandaskan syariat islam dan kepentingan semua kaum.Jangan nanti pengorbanan yang diusahakan oleh pemimpin negara selama ini dikecapi oleh individu yang mempunyai agenda dan kepentingan politik sendiri sehingga mengorbanakan masa depan generasi akan datang.

Tuesday, April 7, 2009

AL-QURAN - DIMANA SENSETIVITI PEMIMPIN PAS?

Berita TV3 2 malam lepas mengejutkan saya dengan perbuatan setiausaha DAP Perak,Nga Khor Ming memetik ayat Al-Quran sebagai antara teks ceramah politik beliau dihadapan ribuan penyokong PAS dan pemimpin2 PAS. Petikan ayat Al-Quran juga dibaca bukan sahaja tafsirnya,tetapi sebutan bahasa Al-Quran walaupun dengan salah yang amat dan disambut dengan sorakan gemuruh pengikut2 PAS yang begitu taksub mendengar ceramah itu dan saya percaya Nga pastinya mendapat pujian dari mereka selepas itu.Mungkin lepas ni,pengikut PAS boleh panggil dia Ustaz Nga kot...
Benar beribu saintis barat menggunakan Al-Quran sebagai rujukan kepada setiap kajian yang dijalankan,namun dalam konteks PRK ini,saya melihat ianya berbeza kerana kita seolah-olah dipersenda dan dipermainkan oleh orang yang tidak beriman kepada kitab suci itu.
Jika Nga ingin membuktikan bahawa dia hebat untuk mendapat sokongan dari semua kaum yang ada,dia bukan calon pun.Jadi,apa motifnya?
Motifnya adalah untuk menyedapkan ceramah kempen..itu saja.Selain itu cuma nak dapatkan sokongan melayu yang masih terawang-awangan mencari kebenaran disebalik permainan politik kini.
Hari ini.Pemuda PAS bersuara,kami akan menegur Nga kerana kesilapannya itu,harap teguran pemuda PAS adalah benar2 kerana menjaga kesucian Al-Quran,dan bukan untuk memujuk pengundi dan di sini juga saya meminta mana2 media,dapatkan pendirian NIK AZIZ,HJ HADI dan konco2 pemimpin kanan PAS yang lain dan disiarkan pendirian mereka akan hal ini.Biar semua orang tahu,siapa lembu dan siapa tuannya.
Jika melayu islam di Kedah dan Perak rasional,pastikan kita tidak diperbodohkan oleh puak tertentu hanya kerana mereka menuntut untuk mendapat kepentingan mereka.
Tun Dr Mahathir telah memberi kita isyarat bahawa kita mempunyai ketua kepimpinan kerajaan yang terbaik pada hari ini,jadi ayuhlah..bangkit mempertahanakan jati diri kita satu ketika dulu.Saya percaya,jika dulu kita pernah memberi kepercayaan kepada BN sehingga mampu memacu negara ini sebagai negara contoh kepada puluhan negara membangun ketika ini,kenapa kita tidak meneruskan kecemerlangan ini untuk generasi akan datang.

Sunday, April 5, 2009

2 HARI LAGI

2 hari lagi PRK di 2 DUN dan 1 Parlimen.
Macam-macam dah kita dengar.
Poster kene koyak,kene simbah cat.
Ada petugas bagi duit di kedai2 kopi dan sebagainya kononnya suruh undi BN, pastu yang tak dapat boleh ambil kat Peti Undi BN,tapi bile pergi takde pun.. ????
Ade gune taktik hasutan perkauman.Konon Pak Lah lantik Najib tak bincang dengan parti kompenen la.
Puak2 ni terdesak sangat ke?? sampai kene buat semua bende ni?
Kata dapat sokongan rakyat.Kalau kalah pun,terima jelah sebagai mana BN menerima setiap kekalahan.
Yang saya hairan..masih ramai cendikiawan dan bijak pandai di Malaysia ni menongkah arus untuk menentang BN..
Apa boleh buat,nasib jadi kerajaan kot..habis madu sepah dibuang.
Bagi pembangkang,jika mereka menang ini satu rahmat..tapi jika kalah mesti ada satu muslihat.
Bagi BN,jika menang..ini satu anugerah kepercayaan rakyat,tapi jika kalah.. BN tetap menabur bakti.

Wednesday, April 1, 2009

PRK DUA BUKIT DAN BATANG AI

7 April ini bakal menyaksikan 3 lagi PRK selepas PRU 2008 yang lalu,dan seingat saya..seumur hidup,inilah PRK yang paling kerap diadakan selepas satu2 PRU.
Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai ( Bukit Lanjan dan Parlimen seputeh bila lagi? ).
Saya melihat senario di Batang Ai berbeza dan perbezaannya mungkin ketara jika mahu dibandingkan keupayaan BN Sarawak dan calon baru dikenali dari PKR.Pengundi saya kira tahu menilai mana yang lebih baik untuk membela suku kaum yang ada di Batang Ai.
Berbeza dengan dua bukit di Perak dan Kedah.Saya melihat ianya agak sekata dengan senario politik yang ada pada hari ini.Di Bukit Gantang,rakyat mungkin masih memilih Nizar,tapi jika diambil kira apa yang dilaksanakan oleh PR sepanjang 11 bulan memerintah,tiada apa yang dapat dibanggakan oleh orang melayu.Fikirlah 2 kali atau lebih kepada pengundi.Isu calon saja pun sudah berputar belit.Sikap tiada kemuafakatan PR sentiasa terserlah walaupun dengan hanya perkara sekecil zarah.Kepimpinan baru UMNO selepas Perhimpunan Agong baru-baru ini dilihat mampu menggugat PR kali ini kata pemimimpin2 PAS dua tiga hari lepas.Namun nada ini seolah-olah ada udang disebalik batu.Untuk jentera BN,jangan terpedaya dan jangan mudah berpuas hati dengan apa yang sudah terlaksana,teruskan mencari undi untuk memastikan kemenangan BN benar2 berlaku.
Senario besar di Bukit Selambau menyaksikan 15 calon bertanding merebut kerusi DUN itu,saya percaya 13 calon bebas jika menang pasti menyebelahi BN di dalam dewan. Ini bermakna PR melawan 14 calon lain untuk menang,dan jika PR menang,ini memang luar biasa.
Terpulang kepada pengundi menetukan hala tuju masa depan masing-masing.Adakah kita mahu memilih kerajaan yang benar-benar membela nasib rakyat,atau kita mahu kerajaan yang hanya tahu berpolitik,menfitnah dan mencari kesalahan pihak lawan semata-mata. Tarikh 7 April harus menjadi saksi apa yang rakyat mahukan.Sama-samalahkita nantikan..