Wednesday, May 20, 2009

PENANTI : ALASAN BN TAK MUNASABAH?

Tertarik dengan laporan muka depan akhbar sinar harian hari ini."ALASAN BN TIDAK MUNASABAH" yang isunya diulas oleh Wan Mutalib Embong,bekas Adun Batu Buruk.Siapa Wan Mutalib untuk mencampuri urusan BN?itu soalan pertama saya.Begitu juga saya pernah terbaca komen2 budak hingusan PKR yang bergelar Exco Pemuda yang mempertikaikan kematangan politik UMNO Terengganu?. Siapa kamu untuk mempersoalkan kredibeliti pemimpin UMNO?
Berbalik kepada isu Penanti.
Meletak calon BN untuk bertanding atau tidak,itu adalah keputusan Biro Politik BN dan hak BN.Senang bukan?.Tidak kiralah sama ada jawapan yang diberikan munasabah atau tidak.Tapi betul ke jawapan kita BN itu munasabah?
BN tidak meletakkan calon di Penanti adalah kerana BN sudah tahu permainan politik jalan belakang PR dan tidak bodoh untuk mengikut rentak politik kampung PR ini walaupun perancangan PR boleh dikatakan kelas A. ( Kalau bab menipu ).Selain itu,BN tidak mahu membelanjakan wang yang besar untuk menghadapi satu2 prk yang tidak perlu seperti ini.
Wan Mutalib juga menganggap perletakan jawatan Fairus adalah kerana kes yang relevan walaupun terang2 segalanya adalah percaturan politik kotor pemimpin utama PR itu.
Wan Mutalib juga mempertikaikan alasan BN yang tidak mahu membelanjakan wang yang besar sepanjang prk.Katanya " kenapa perlu belanja besar seperti di KT januari lalu hingga membawa 9000 anggota polis untuk mengawal keadaan dan menelan belanja hampir RM1.5juta?
saya masih ingat ketika PAS diistihar menang pada malam 17 Januari 2009.Tuan guru Hj Hadi dan Ahli Parlimen baru itu begitu teruja dan tidak henti berterima kasih kepada pihak polis yang berjaya mengawal keadaan dan mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diiingini.
Jawapan kepada Wan Mutalib,kerana itulah PDRM menempatkan anggota yang ramai,iaitu bagi memastikan keadaan terkawal dari sebarang rusuhan yang biasanya dicetuskan oleh pengikut2 fanatik PR sendiri dan bukannya sebagai pengundi hantu seperti yang didakwa PR.
Cakap pasal pengundi hantu,kita sentisa mendengar hal pengundi hantu ini sepanjang beberapa siri prk kebelakangan ini.Tapi bila saja PR diumumkan menang,tiba2 pengundi hantu hilang begitu saja.Agak2 PR yang bawa pengundi hantu kot?Maklumlah penyokong BN tak bodoh nak periksa semua bas luar yang masuk ke kawasan pengundian dan kita sentiasa percaya kepada proses demokrasi negara ini dan ketelusan SPR dalam menjalankan tugas walaupun kadangkala pertikaian ketelusan ini selalu ditimbulkan oleh pihak PR dan akhirnya..rusa_masuk_perangkap!!
Nak tutup malu,senang je..kita merusuh..macam bintang tiga..
Saya melihat disebalik ulasan2 pemimpin PR ini,mereka sebenarnya terdesak untuk memastikan usaha mereka untuk mengheret BN ke jalan belakang politik kotor ini berjaya dan sekaligus melalaikan rakyat dari memberi perhatian pada kes yang dinantikan 1 Julai nanti.Liwat..liwat..liwat..
Pemimpin PR ini akan lakukan apa saja bagi memastikan rakyat melupakan keburukan Anwar Ibrahim sebaliknya menyanjung tinggi kejayaan beliau dalam beberapa siri prk ini walaupun kemenangan boleh dikategorikan sebagai menang ditempat sendiri ( jaguh kampung ).
Tak tahulah apa lagi yang akan dilakukan selepas ini,cuma harapan saya yang pertama kalinya saya bersetuju dengan Karpal Singh..Anwar_perlu_bertaubat!!

Tuesday, May 19, 2009

PENANTI..BYE-BYE PRK YANG TAK PERLU!!!

Lalalala..Lalalala..
Apa nak dikata..
Lalala..Lalala..Anwar sakit kepala..
Kalau bukan kerana jawatan YB mungkin Anwar dah arahkan Fairus Sign in balik kut??


Tiada calon di Penanti
Oleh HERMAN HAMID dan SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Mei – Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan meletakkan calonnya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini kerana ‘ia hanyalah satu permainan politik pembangkang’.
Keputusan itu dicapai sebulat suara pada Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang berlangsung kira-kira dua jam di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Ia dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dihadiri timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta sebahagian besar ketua parti-parti komponen BN.
Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu menegaskan, keputusan tersebut diambil kerana pilihan raya berkenaan hanyalah satu permainan politik pembangkang dan bukan disebabkan keperluan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan.
“Kekosongan ini disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nak selesaikan masalah dalaman mereka. Ia satu permainan politik pembangkang dan tidak ada kena mengena dengan peruntukan Perlembagaan.
“Oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha-usaha memulihkan ekonomi negara, maka kita memutuskan tidak meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti,’’ katanya.
Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR meletakkan jawatan sebagai ADUN pada 16 April lalu atas alasan mahu menyambung pelajaran.
Namun pada masa sama ramai pemerhati politik melihat tindakan itu diambil kerana wujudnya pelbagai bentuk desakan dalaman daripada PKR termasuk laporan salah laku ke atas Fairus.
PKR telah mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman, 56, sebagai calon parti itu. Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, turut menyatakan hasrat untuk bertanding atas tiket Bebas.
Selain Penanti, kerusi Parlimen Permatang Pauh dan DUN Bukit Selambau, Kedah sebelum ini turut ‘dikosongkan’ secara sengaja.
Di Permatang Pauh, penyandangnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggantikan beliau.
Di Bukit Selambau pula, penyandangnya, V. Arumugam dari PKR meletakkan jawatan berikutan masalah peribadi yang dihadapinya.
Dalam pada itu, Najib berkata, keputusan BN untuk tidak meletakkan calon menunjukkan mesej jelas bahawa parti tersebut tidak akan menari mengikut rentak pihak lain.
Mengenai soal persepsi di sebalik keputusan itu, Najib berkata: “Itu terpulanglah tetapi hakikat sebenarnya kita tak mahu terjerumus dalam permainan politik parti pembangkang.
“Sebab kalau kita ini (terjerumus permainan politik pembangkang), lepas dua tiga bulan dia akan minta kawasan lain pula dikosongkan.’’
Najib pada masa sama percaya penyokong UMNO dan BN khususnya di Penanti akan dapat memahami keputusan itu kerana kepentingan parti secara keseluruhannya adalah lebih besar.
Lagi pun, kata beliau, UMNO dan BN akan tetap terus berkhidmat kepada para pengundi di kawasan DUN Penanti dan Parlimen Permatang Pauh.
“Saya percaya mereka tidak (akan kecewa) kerana ini bukan satu pilihan raya kecil yang perlu dilakukan mengikut Perlembagaan,’’ jelasnya.
Ditanya sama ada keputusan untuk tidak meletakkan calon kerana didorong rasa takut akan kekalahan seperti dialami BN pada pilihan raya kecil sebelum ini, Najib berkata, ia bukan sebabnya.
“Tak ada. Bukan sebabnya. Tak timbul kerana macam mana pun kita akan hadapi rakyat masa pilihan raya umum nanti. Sampai masanya kita akan berdepan dengan rakyat seperti biasa.’’ katanya.
Menurut Najib, tindakan untuk tidak meletakkan calon juga bukan pertama kali dilakukan BN sebaliknya pernah sekali dilakukan lama dahulu.
Pada tahun 1975, BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Menglembu selepas Ahli Parlimennya, Fan Yew Teng dari DAP disabit dengan kesalahan berkaitan Akta Hasutan.
Mengenai tindakan susulan UMNO dan BN selepas ini sama ada mahu menyeru penyokongnya di DUN Penanti memulaukan pilihan raya kecil 31 Mei ini, Perdana Menteri berkata: “Tak ada apa-apa lah. Kita tak letak calon.’’

Monday, May 18, 2009

RASUAH DALAM PAS?? BUKE..KITO PANGGIL SAGUHATI

Isu politik wang bukan baru dalam kancah politik tanah air,tapi kita bagai dikejutkan oleh isu ini kerana ianya dimainkan oleh ahli politik yang menjunjung sunah sebagai ikutan dan Al-Quran sebagai panduan ( orang lain tak ikut kot ).Politik wang/saguhati/rasuah dalam PAS dikatakan baru menular..mungkin kerana golongan erdogan dah makin ramai dalam PAS kut.Jadi keaslian dan ketulinan PAS sudah mula tercabar ditambah lagi dengan adanya pertikaian antara golongan ulamak dan profesional dalam PAS ini.
Bukan nak campur hal dalam kain orang ni..tapi rasa nak tulis sikit jer kerana tertarik dengan kenyataan2 beberapa pemimpin PAS kebelakangan ini.
Kalau dulu UMNO guna istilah politik wang untuk menggantikan rasuah,UMNo dikatakan cuba menyorok dan menidakkan hal itu digelar sebagai rasuah.Hari ini UMNO terang-terangan menghukum mereka yang terlibat dengan rasuah sepanjang kempen pemilihan,tetapi alih-alih PAS guna perkataan "saguhati" untuk menggantikan rasuah.Bunyinya lebih mulia kan?
Ada pula pemimpin PAS yang mempertikaikan pengadu ( yang juga pemimpin PAS ) akan perbuatannya membongkarkan hal ini kepada media dan hal ini sepatutnya dibincang terlebih dahulu didalam mesyuarat dalaman.Kalau dulu bila pucuk pimpinan UMNO mohon agar segala yang berlaku di dalam UMNO biar UMNO uruskan,UMNO dikatakan tidak jujur,tidak ikhlas dan tidak serius dalam menangani isu politik wang.Sekarang..Ludah kelangit kebatang hidungla jawabnya.
Ada lagi yang mengatakan,isu saguhati ini tidak wujud,cuma digembar-gemburkan oleh pihak2 tertentu sahaja terutama media arus perdana untuk memecah belahkan PAS.Apa yang saya pasti,pengadu akan hal ini,ustaz Daud Iraqi kalau tak silap saya adalah orang yang bertanggungjawab dalah hal ini dan sehingga hari ini beliau tak pernah sign in untuk menyertai mana2 bahagian UMNO di Malaysia.Jadi..dimana kepentingannya?
Kalau BN/UMNO buat semuanya tak betul..tapi kalau pihak pembangkang buat,semuanya betul.Rakyat seharusnya menilai sendiri bagaimana BN mengajar penyokongnya untuk bersikap profesioanal dan beretika walau apa sekali keadaan yang melanda parti dan kerajaan.Tidak pernah BN menganjurkan demonstrasi jalanan yang bukan2 hingga menggangu ketenteman awam.Jauh beza dengan pembangkang,pantang ada sesuatu yang tidak menyebelahi mereka pasti penyokong2nya seperti dirasuk amukan puaka!!
Hari ini apa yang dikatakan pemimpin PAS lebih berpengaruh dari kitab suci itu sendiri ( segelintir ).Masakan tidak jika sumpah laknat yang dibuat bersyariatkan nama Allah tidak relevan kepada pengikut pembangkang hanya kerana tok guru-tok guru mereka katakan itu tidak sah.Saya menyeru kepada semua..nilailah sendiri kebenarannya,dan nilailah mengikut fakta dan bukannya emosi.

Sunday, May 17, 2009

PENGIKUT ANWAR KENA BACA INI

Disebalik kekacauan politik yang melanda negara kini,hari demi hari saya sentiasa mencari di mana silapnya.Apa yang pasti setelah bekas TPM Malaysia,Anwar Ibrahim dibebaskan,huru hara Malaysia dibuatnya dan saya pasti ini sememangnya agenda beliau untuk menutup malu diatas apa yang terjadi.Kita kadang-kadang seakan tidak percaya,saya pada awalnya juga tidak percaya,akan tetapi politik seharusnya mematangkan kita dan memberi kita ruang untuk berfikir secara sedar dimana kebenaran dan rasionalnya.Kes Saiful Bukhari Azlan menguatkan lagi kepercayaan saya,akan tetapi hari ini penolakan sumpah laknat saiful oleh pengikut Anwar membuatkan saya rasa hiba dan cukup sedih kerana penggunaan nama Allah sudah tidak lagi releven bagi pengikut pembangkang.Tidak kiralah sama ada sumpah itu sah atau tidak,dari segi niat saya pasti Allah swt sudah memahami apa yang ingin disampaikan saiful.Senang bukan?
Satu ketika dulu ketika pemimpin Pas,Mat Sabu menggelarkan Anwar sebagai Al-Juburi pengikut Pas sama sama menggelarkan ini kepada Anwar hanya kerana pada ketika itu Anwar berada di dalam BN/UMNO.
Hari ini Al-Juburi itu telah menjadi anutan kepada semua pengikut PR.Alangkah malangnya nasib orang2 Pas yang menjadi mangsa ketamakkan kuasa pemimpin mereka.Saya mengajak semua kawan-kawan mari baca blog ini.Anwar

Thursday, May 14, 2009

PERTEMUAN ADUN TERENGGANU

Difahamkan hari ini akan ada satu pertemuan Adun2 Terengganu bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri ini.Harap2 lepas ni kemelut politik Terengganu dan Perak akan selesai.Amin..Tidak pasti pula saya pertemuan akan dipengerusikan oleh siapa.Mungkin DS Hisham atau mungkin TPM sendiri turun padang.
Apa saja tujuan pertemuan yang diadakan hari ini diharap dapat memberi sinar baru dan kata sepakat dikalangan Adun2 ini dan mengembalikan kesejahteraan Terengganu seperti sediakala.
Saya menyeru kepada semua Adun,beralah bukan bererti kita kalah dan menang tiada guna jika kita menegakkan benang yang basah.Diharap juga kesepakatan Adun2 BN satu ketika dulu yang menjadi lambang kebangkitan dan kekuatan rakyat Terengganu yang bersatu padu menolak kepimpinan pembangkang dapat dilihat kembali untuk mengembalikan keyakinan rakyat Terengganu kepada keikhlasan kerajaan negeri memberikan segala yang terbaik untuk rakyat.
Disebalik keghairahan kita bercerita soal politik perak,saya sedikit sebanyak terganggu dengan suasana politik Terengganu ini walaupun tidak sehebat kemelut politik Perak yang berlarutan hingga ke Persidangan DUN.





YA ALLAH! SEPERTI MANA ENGKAU MEMBUKA HATI UMAR AL-KHATAB UNTUK MENERIMA AGAMAMU,BEGITULAH HENDAKNYA ENGKAU MEMBUKA HATI KAMI UNTUK BERLINDUNG DENGANMU DARI SEGALA KEKUSUTAN,KEFAKIRAN DAN KEPAYAHAN.PERMUDAHKANLAH SEGALA MASALAH KAMI,LERAIKANLAH KEKUSUTAN KAMI,LEMBUTKANLAH HATI KAMI DAN JANGAN ENGKAU MENDEKATKAN KAMI DENGAN SEGALA KEKUFURAN.YA ALLAH HANYA PADA ENGKAU TEMPAT KAMI BERMOHON,HANYA PADA ENGKAU TEMPAT KAMI MENGADU DAN SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA MENGETAHUI.AMIN..

Wednesday, May 13, 2009

PERAK ..PERAK..PERAK..

Komen saya..

Tiba-tiba mahkamah dikatakan adil dan memahami kehendak rakyat.
Tiba-tiba mahkamah dikatakan tidak menyebelahi mana2 pihak dan telus.

Kerana apa?
Kerana telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat.

Macam mana kalau DR Zambry yang menang?
Rusuhan..huru hara..boleh tengok lagi sekali peristiwa bakar kereta polis kot!!
Tak pun bakar Mahkamah..

Apapun mahkamah rayuan telah putuskan untuk menangguhkan keputusan mahkamah tinggi KL..Jadi Dr Zambry masih sah sebagai MB.

Saya percaya puak2 pro Anwar yang dilatih untuk menyelinap masuk kedalam PAS pasti berpesta seketika untuk merayakan kejayaan mencabar titah Paduka Sultan Perak.Bertambah menghiburkan apabila melihat Nizar melambai tangan dengan penuh keceriaan disambut sorakan dan laungan takbir oleh penyokong2 PAS ( Nga dan Ngee pun takbir kut)dan senyuman Nizar hingga ketelinga seakan karektor kartun Walt Disney(Mickey Mouse).



Tapi..kegembiraan tidak kekal lama..
Sama-samalah kita nantikan sandiwara semusim ini berakhir.

Dr Zambry,jika perkenan Sultan untuk membubarkan DUN adalah jalan terakhir,bertawakallah.Biar rakyat yang menentukan sekali lagi siapa yang mereka pilih.Dan jika itu pasti jalan terakhir,percayalah kepada Qada' dan Qadar Allah swt.

Sunday, May 10, 2009

I.S.A,PERAK,PENANTI,RAGUT DAN H1N1

Kebelakangan ini kita terpaksa membaca,mendengar dan dipertontonkan dengan pelbagai isu semasa yang kadang-kadang membosankan dan menggeramkan kita sebagai rakyat,mangsa,penonton dan sebagainya.
Saya tertarik dengan beberapa isu semasa yang cukup membuatkan saya rasa insaf dan kerdil diatas apa yang berlaku.

Isu yang baru :-

1)ISA - 13 orang tahanan dibebaskan selepas pihak Kementerian Dalam Negeri berpuas hati dan mereka bukan lagi dikategorikan sebagai bahaya kepada negara.Mengulas isu ini,ramai yang berterima kasih dan tidak kurang yang tidak mahu berterima kasih.Melihat dada akhbar hari ini,seorang pemimpin Hindraf yang dibebaskan dengan angkuhnya berkata,dia tidak akan sesekali berterima kasih kepada kerajaan walaupun telah dibebaskan.Betapa angkuh dan bodoh sombong mereka masih lagi menebal walaupun ini asalnya adalah tuntutan kaum keluarga dan teman2 seperjuangan mereka.Lebih memualkan saya,rakan2 PR Hindraf yang menyifatkan pembebasan ini adalah bertujuan politik dan gimik semata-mata.Menuntut kebebasan tahanan ISA,selepas apa yang dituntut dilaksanakan,dikatakan pula ini gimik politik.Kononnya rakyat mahukan ISA dihapuskan dan bukan sekadar membebaskan tahanan.Berani saya katakan jika 100 ribu penyokong PR yang berarak untuk menuntut pemansuhan ISA,hanya 10 peratus yang tahu apa fungsi ISA sebenarnya dan kenapa perlunya ISA.Berani lagi sekali saya katakan "Orang yang menuntut ISA dihapuskan adalah orang yang mahu malakukan kekacauan kepada negara tanpa perlu takut kepada undang-undang atau satu akta yang mampu menghalang mereka dari melakukannya".

2)Perak - Masih kedengaran lagi isu pembubaran DUN walaupun apa yang terjadi di Perak adalah perkenan Kebawahduli Yang Maha Mulia Sultan Azlan Shah.Bila sesuatu yang terjadi tidak menyebelahi mereka,kredibeliti sultan juga mampu dipertikaikan,hanya kerana kuasa.Saya melihat perkara ini harus dihisab dari diri sendiri oleh setiap pemimpin mahupun ahli pembangkang.Jika kita di pihak yang benar..kenapa Tuhan tidak bersama kalian? Adakah kerajaan BN lebih berkuasa dari Tuhan?Hitung dan hisablah kenapa PR hanya diberi setahun untuk mentadbir urus Perak?Cuba kita renungkan,sewaktu kalian berkira-kira untuk menggulingkan BN dengan memujuk MP BN lompat ke PR dan kononnya telah mendapat restu dari 4 Sultan di 4 negeri seperti yang di dakwa Dato' Dr Fuad Zarkashi,adakah kalian fikir itu pilihan rakyat?Adakah itu cara yang sah?Adakah itu betul dan menghormati pilihan rakyat?Kata seorang kawan blogger,PR memujuk MP BN masuk ke PR tanpa rasuah dan wang!!!
Benar atau tidak,wallahualam..tapi bagi saya,tanpa wang...lu pikirlah sendiri!!

3)DUN Penanti - Genap sebulan pengunduran bekas TKM P.Pinang,Fairus dari kerusi yang disandangnya.Fairus pun entah kemana dan tidak pula dilihat memberi komen dimana-mana.
Yang menjadi persoalan sekarang,adakah BN akan meletak calon untuk bertanding di Penanti?
Kata mantan PM,Tun Dr M..BN perlu berani dan jangan mengalah,kata PM Dato' Seri Najib,kita akan timbang dan Biro politik BN akan tentukan dan hari ini Ketua Pemuda UMNO,KJ pohon keputusan untuk bertanding atau tidak dipertimbangkan sebaiknya.Saya tertarik dengan kenyataan beberapa pemimpin PR kebelakangan ini iaitu mereka melihat peluang untuk menang di Penanti agak tipis setelah pergolakan pemilihan calon PAS atau PKR masih menjadi topik di meja2 kedai kopi.Tapi kita dapat melihat taktik ini sama seperti di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru2 ini.Mungkinkah ini perangkap?Sama-samalah kita fikirkan..

4)Ragut - virus yang lebih bahaya dari H1N1.Bila agaknya peragut ni nak insaf?Nak tunggu mak atau adik perempuan mereka menjadi mangsa baru nak sedar kot..minggu lepas 2 orang wanita mengandung menjadi mangsa.Lebih menghibakan saya,salah seorang mangsa meninggalkan 5 orang anak kecil yang masih mencari erti kasih sayang seorang ibu dan kehidupan pula bukanlah sesenang sangat.Sama-samalah kita berdoa agar penjenayah2 ini berjaya ditahan dan menerima hukuman setimpal dan mudah-mudahan diberi petunjuk dari Allah agar mereka menginsafi segala kesalahan dan kembali kejalan yang benar.Amin..

5)H1N1 - Tidak menjadi isu besar kepada negara kerana masih tiada tanda2 virus maut ini menular ke negara Malaysia yang tercinta ini.Tambah lagi,dada2 akhbar kita hari ini lebih bercerita soal politik sehinggakan kita seakan lupa tanggungjawab dan keperluan kita untuk lebih cakna dan prihatin kepada masalah global,semasa dan perkara-perkara berkaitan ekonomi yang bermula dari rumahtangga sebenarnya.H1N1 bukan perkara kecil,tapi kita seolah dialih dan alpa dengan masalah besar ini dan menumpukan kepada hal2 politiking yang tidak berkesudahan.Mohon Allah memberkati negara tercinta ini dari segenap sudut pencapaian dan dijauhi dari segala malapetaka.

Wednesday, May 6, 2009

MUKTAMAR PAS - PROFESIONAL VS ULAMAK

Sebulan menjelang muktamar PAS ( jika tak tertangguh ).
Desas desus jawatan Presiden yang disandang Tuan Guru Haji Abd Hadi Bin Awang bakal dicabar atau mungkin dengan istilah yang lebih sopan,jawatan Presiden kalau kena dengan gayanya,akan dipertandingkan.Ini dikuatkan dengan keputusan beberapa bahagian di Selangor yang selesai bersidang dan tidak mencadangkan nama penyandang Presiden untuk kekal sebagai Presiden.Katanya pendirian presiden agak diragui,apa lagi berkait dengan hubungan sulit dengan UMNO.Nampaknya di dalam PAS masih ada yang tidak mahu melayu bersatu.Mungkin tragedi 1977 masih menjadi igauan kepada segelintir ahli PAS dan beberapa pemimpin PAS yang agak veteren.Begitu juga Kerusi Timbalan Presiden.Nasaruddin antara yang paling panas kalau benar apa yang diperkatakan menjadi kenyataan.
Mungkin ada yang tidak gemar dengan gabungan 2 orang penyandang kerusi tertinggi ini.
Ada yang mula mencadangkan agar,golongan profesional diangkat untuk memanjangkan jangka hayat parti seperti yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir kepada UMNO satu ketika dulu,cuma mungkin tujuan dan sebab saja yang berbeza.Namun bagi yang tidak gemar akan hal ini masih bertegas Ulamak harus menjadi pemimpin tertinggi parti walaupun ianya tidak termaktub didalam perlembagaan parti.
Yang menjadi kemusykilan saya,kenapa tidak ada yang mendesak supaya Tuan Guru berundur diri jika bibit ketidakpercayaan ahli sudah mula dilihat wujud atau ada?
Jika Tun Abdullah satu ketika dulu dikecam hebat kerana ketidakpercayaan ahli UMNO kepada beliau sehingga seolah-olah parti2 pembangkang dipanggil untuk mencampuri urusan UMNO dan mendesak pengunduran beliau,kenapa parti2 yang bernaung dibawah PR hari ini tidak mendesak perkara yang sama kepada Hj Hadi?
BN tidak akan melakukan ini kerana pada dasarnya BN tidak mahu politiking yang tidak sudah2.
hal PR biarkan mereka uruskan.Bukan hal BN atau UMNO.
AdakahUlamak2 dalam PAS perlu lebih tegas atau labih cenderung untuk mempertahankan agenda dan perjuangan asal parti?Atau terus dibiarkan ideologi PM kabinet bayangan menjadi pegangan ahli atau pemimpin yang dikategorikan sebagai profesional ini menerajui PAS?Saya percaya golongan profesional PAS tahu hanya itu jalan terbaik untuk memikat hati pengundi dan bukannya dengan cara dakwah islamiah semata-mata.
Mungkin 2 Tuan Guru perlu lebih mengambil kira faktor2 kecemerlangan pemimpin muda dari segi akedemik mahupun sosial sebagai cabaran kepada kepimpinan sedia ada.dan menilai sendiri dimana kita sebenarnya dan adakah hari ini PAS memperjuangkan apa yang diperjuangkan sejak 50 tahun dulu?
Saya tertarik dengan pesan Tuan Guru Nik Aziz sebelum berangkat menunaikan umrah baru2 ini, Jika ahli mahu melantik kepimpinan yang baru,ataupun ada ahli yang ingin menawarkan diri untuk bertanding dalam satu2 jawatan,haruslah mereka itu menilai adakah mereka itu lebih baik dan lebih hebat dari penyandang yang sedia ada?.

Monday, May 4, 2009

H1N1

Pengumuman!!

Adalah dimaklumkan Virus maut yang melanda beberapa negara amerika latin iaitu Virus "Selsema Babi" telah diselaraskan penggunaan nama atau panggilannya kepada "H1N1".
Sebarang penulisan atau percakapan perkaitan virus ini harus diselaraskan penggunaan bahasanya.Harap maklum.