Thursday, October 16, 2008

BUANG BAYI.. TENDANG GURU..

Saya terpanggil sekali lagi untuk menulis di blog saya ini. Kali ini tentang keruntuhan moral insan bergelar wanita / gadis.

1)Baru-baru ini rakyat Terengganu dikejutkan dengan penemuan mayat bayi lelaki di tingkat atas Masjid Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu. Hasil siasatan,seorang kerani berusia 21 tahun yang berasal dari Jerteh ditahan atas tuduhan membunuh bayi berkenaan dengan sengaja.Paling mengejutkan, wanita itu turut mengaku merendam bayi berkenaan di dalam baldi berisi air untuk mengelakkan dari bayi berkenaan menangis dan membuat bising sekaligus membongkar rahsia binatang ini. Betapa zalim binatang ini sehingga sanggup berkelakuan sedemikian.Semoga di hari pembalasan Allah nanti,anak ini akan bangkit untuk menghalang ibunya dari mencium bau syurga. Amin..

2)Hari ini ( 16/10/2008 ),sekali lagi kita dikejutkan dengan kes dua orang pelajar di sebuah sekolah di Kangar,Perlis menendang guru mereka kerana kononnya tidak berpuas hati dengan guru berkenaan. Ini juga saya kira cukup kurang ajar bagi seorang pelajar yang berusia 14 tahun ini untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap guru mereka. Saya juga pasti selepas ini,mungkin ibubapa kepada pelajar-pelajar ini akan membela anak-anak mereka,untuk membuktikan anak-anak mereka bukan seperti yang didakwa. Ini sudah biasa..ini sudah biasa..

3) Apa yang ingin saya kaitkan di sini adalah,pengarah-pengarah disebalik drama-drama ini adalah "LELAKI". Kerana lelakilah seorang bayi tadi direndam didalam baldi,kerana lelakilah seorang bayi tadi dibungkus di dalam sejadah dan ditinggalkan di masjid tanpa sebarang kasih sayang. Dan saya juga percaya,keganasan pelajar-pelajar di Perlis itu juga didalangi oleh lelaki. Jika tidak mana mungkin perempuan-perempuan ini berani dan tekad untuk bertindak sebegini.
Saya sebenarnya juga turut bersimpati dengan binatang yang membunuh bayinya itu. Diwaktu menikmati kelazatan dunia,dia bersama-sama pasangannya. Tapi disaat dia melahirkan kain putih itu,dia sendirian..di penjara nanti juga dia pasti bersendirian.. kesian dia.. kesian dia..
Biarkan Si luncai terjun dengan labu-labunya.. Saya memberi peringatan kepada lelaki-lelaki seperti ini.. tunggulah pembalasan kamu nanti..

No comments: