Tuesday, February 24, 2009

SULTAN DAN AGAMA

Kelmarin satu adat istiadat Di-Raja berlangsung dengan penuh gemilang di Negeri Sembilan,yang menjadi sejarah,ianya adalah istiadat yang ketiga seumpamanya dalam tempoh 120 tahun.Sejarah telah mengajar kita akan kekebalan kuasa sultan dan senantiasa dijunjung adalah..titah sultan. Sejajr dengan kedudukan sebagai ketua negeri/negara serata ketua agama.
Namun peristiwa hari ini,menyedarkan kita akan,perasaan kemaruk kuasa dan pangkat telah meletakkan sultan melayu di martabat yang tidak seindah kehebatan Sultan Mudzaffar Shah di Melaka satu ketika dulu.Kini,jika melayu yang tidak mahu mendengar atau akur dengan titah sultan,apa guna lagi kita mengaku kita menjunjung adat kesultanan melayu dan menghayati 5 rukun negara.Sekarang ada pihak sanggup mengheret sultan ke mahkamah,hanya kerana pangkat dan kuasa.Apa yang paling dikesalkan,ada yang cuba pohon " DERHAKA" kepada sultan.
Di saat ketua Pembangkang nak pujuk beberapa MP BN untuk lompat parti,tidak seorang pun pemimpin pembangkang yang menyatakan perkara ini tidak bermaruah,kecuali LIM KIT SIANG yang menyatakan bahawa DAP tidak akan terima MP yang lompat parti masuk ke DAP ( Masuk dalam parti lain dalam PR takpe).Ini termasuklah,tuan guru Nik Abdul Aziz.
Saya benar2 kecewa kerana Nik Aziz yang begitu dihormati,sekarang sudah jauh lari dari landasan perjuangan Parti,kenyataan2 yang tidak selari dan sentiasa berat sebelah walaupun menggadaikan maruah islam yang tidak sesekali menerima pemimpin yang terang2 melakukan kesalahan moral.Nik Aziz beria-ia benar mempertahankan perbuatan ADUN Bukit Lanjan itu sedangkan sewaktu kes Dr Chua tempoh hari,dia paling lantang mengatakan Dr Chua tidak bermoral.Kata Nik Aziz lagi,Eli tak salah..yang salah orang yang ambil gambar tu..
Orang yang ambil gambar tu siapa?
Perompak kut,yang masuk rumah eli tanpa disedari..
Bodoh kan?
Katanya lagi,Eli tak perlu letak jawatan kerana ini akan menjadikan Dun Bukit Lanjan kembali kosong dan PRK perlu diadakan,ini boleh membazirkan wang dan masa yang banyak walaupun Nik Aziz jugaklah yang cadangkan diadakan Pilihanraya semula di PERAK dan Nik Aziz jugalah yang mencabar Ibrahim Ali ( Pasir Mas ) meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen kerana dikatakan menikam PR dari belakang walaupun Ibrahim Ali bertanding di atas tiket PAS semasa PRU ke-13 Mac tahun lalu.Bermakna duit kalau dibazirkan untuk kepentingan PAS atau PR takpe,tapi kalau untuk kepentingan orang lain,haram.Perlu Nik Aziz ingat,Ibrahim Ali bukan baru sepenggal di Pasir Mas,dan Nik Aziz tidak perlu terlalu takbur untuk mencabar kewibawaan Ibrahim Ali berbanding Eli...
Nik Aziz..Bersaralah..

Wednesday, February 11, 2009

PRK

Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau - Berapa persen peluang untuk menang?

Bukit Gantang - 3 DUN :1 PAS,1 DAP,1 BN = kalau ikut majoriti hanya seribu lebih berbanding 2 DUN yang dimenangi PR dan hanya 1 BN, peratusan BN menang mungkin tinggi dan peratusan PR menang juga tinggi.

Bukit Selambau - Majoriti penyandang dulu,tujuh ribu lebih.. - kalau BN menang,kena buat pulut kuning kot..

Monday, February 9, 2009

SANDIWARA PR

Katak B lompat masuk ke kolam katak P = Bagus,tanda kesedaran katak B
Katak P lompat masuk ke kolam katak B = Tidak sah,zalim,tak hormat hak anak-anak katak

Kalau katak2 B lompat masuk kolam katak P = Perubahan untuk semua katak
Kalau katak2 P lompat masuk kolam katak B = Rasuah,taktik kotor dan kianat

Katak B lompat masuk kolam katak P = Ulamak katak P kata,harus untuk rakyat
Katak P lompat masuk kolam katak B = Ulamak katak P kata,semua katak2 P kena pilih semula

Sekarang ..
Ketua P perlu buat post moterm
Ketua P perlu berani nyatakan pendirian terhadap bos katak "D" yang tak boleh berjalan

Kenapa?
Kata bos katak 'D' - Ketua P tak boleh pakai,tak demokrasi,tak tahu hormat hak rakyat
Kata bos katak 'D' lagi - Ketua P wajib bertaubat..

Saturday, February 7, 2009

KISAH JEBAT DAN SULTAN

Pada kurun ke-15,tanah melayu ketika itu terkenal dengan pelabuhan Melaka dan kehebatan Melaka di seantero dunia.Ini kerana Melaka mempunyai 5 pendekar yang mampu menumbangkan ratusan geng lanun di perairan Selat Melaka dan tanah Melaka itu sendiri. Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Kasturi,Hang Lekir dan Hang Lekiu.5 pendekar ini amat ditakuti oleh musuh-musuh kesultanan melayu Melaka ketika itu.
Akan tetapi,satu ketika ketua kepada 5 hang ini dimurkai Sultan kerana dituduh bermukah dengan gundik Sultan,Hang Tuah dijatuh hukum bunuh walhal semua mengatahui Tuah difitnah oleh Kerma Wijaya dan ketika itulah,Jebat nekad untuk menderhakai Sultan dan menuntut bela kematian Tuah.
Namun hari ini,ilmu keperwiraan pendekar2 ini kian dilupakan dan Melaka sendiri telah hilang kesultanan.
Senario berbeza pada hari ini kerana,tanah melayu semakin moden dan mengikut peredaran zaman dan tanah melayu sekarang mengikut lunas-lunas demokrasi.Sultan tetap Sultan,namun pemerintah dipilih rakyat.
Begitulah senario di Malaysia ketika ini.Kemelut di Perak seharusnya membuka mata penyokong pembangkang akan kesombongan dan keghairahan Jebat Perak kini yang menderhakai Sultan,tapi kali ini bukan menuntut bela kematian sahabatnya,tapi menuntut bela periuk nasinya.
Bila situasi begini,rata-rata pemimpin PR mahukan undi semula,tak kurang penyokong2 bodoh PR yang berdemonstrasi di jalan raya,hingga ada yang menghalang kenderaan Sultan.Kalau dizaman dulu,sudah kena pancung agaknya..Hahahaha.Masa Anwar nak beli MP BN dulu,selamba je..tak ada pulak penyokong PR ini nak pertahankan hak rakyat yang memilih BN ketika itu.Jadi perjuangan mereka adalah hanya kerana kepentingan pemimpin mereka sahaja.Apa ni? Keadilan ke macam ni? Kalau kena batang hidung sendiri nak merusuh,tapi bila orang kena, buat selamba je..ISLAM apa ni?Keadilan ape Ni?ni ke yang Baginda Nabi Muhamad s.a.w ajar?


Rumusan saya..

Di Terengganu,ketika Dato Seri Idris tidak diperkenankan Sultan untuk mentadbir,Idris hanya diam dan menurut segala titah Sultan,hanya Dato Rosol yang menghantar memorandum untuk diperkenankan oleh DYMM Tuanku Mizan,itupun dengan penuh adat dan sopan cara mengadap Sultan.Tapi beliau masih diburukkan.
Siapa yang memburukkan beliau? siapa lagi kalau bukan PR?..
Hingga ada pihak cadangkan gelaran dato ditarik balik,hari ni tak ada pulak orang2 PAS bagi cadangan macam tu pada Nizar,kalau ada pun,Nasaruddin awal2 lagi cakap tindakan tu tak bertamadun.. Hahahahahaha
Aku nak gelak...memang PR ni kaki auta..yang kena auta,puak2 bodoh dalam PR ni la..
Sedarla woi..
Hari ini,satu demi satu ludah2 PR tertempek dimuka sendiri,dan saya percaya tidak lama lagi,kahak yang paling busuk akan jatuh ke muka PR juga.
Permainan kotor Anwar Ibrahim sudah terbongkar,tapi dengan dalil2 politik beliau dengan selamba menyatakan ini tidak betul dan zalim..
????? - Orang2 PR tak nampak lagi ke? - Bukan tak nampak,tapi dah terminum banyak kencing dan dah jadi bodoh!!!!!
Paling menarik,ketika demonstrasi semalam yang menghalang kenderaan Sultan.ada yang baling botol,ada yang maki Sultan,ada yang ceroboh website Sultan dan hina sultan,dan ada yang bodoh lagi..berbabaring di atas jalanraya untuk halang kenderaan sultan.Bodoh!Bodoh!Bodoh! Paling best,kebanyakkan yang berdemonstrasi adalah..MELAYU!!! Tahniah melayu..tahniah melayu..
PR SELANGOR DAN KEDAH..TUNGGU GILIRAN KAMU!!

Thursday, February 5, 2009

BN PEROLEH MAJORITI MUDAH DI PERAK

Ulasan-Ulasan pemimpin PR

Anuar Ibrahim - 2 lompat keluar,200 lagi akan masuk PR
Mustaffa Ali - Najib tidak patut umum untuk tubuh kerajaan baru tergesa-gesa
Nik Aziz - Proses pengundian patut diadakan semula bagi menghormati pilihan rakyat
Lim Guan Eng - Biar PR Perak uruskan sendiri masalah dalaman mereka dan kita akan setuju
semua keputusan
Haji Abd Hadi - No comments yet
Lim Kit Siang - No comments yet
Nizar ( MB ) - Biar istana putuskan

Ulasan saya kepada ulasan diatas :

Anuar Ibrahim - Masa mula2 menang kat 5 negeri dulu pun kata ramai MP BN akan lompat ke kolam mereka tapi sampai hari ni,takde apa2 berita. Peristiwa 16 september pun entah tahun berapa nak jadi kenyataan.

Mustaffa Ali - Tapi kalau kerajaan PAS yang nak tubuh kerajaan,malam tadi jugak agaknya suruh orang merusuh kat pintu kediaman MB. Menang kat P.036 pun dah buat kecoh kat rumah MB,macam orang bodoh,takde tamadun.

Nik Aziz - Masa Anuar nk beli MP BN dulu, tak sebut pulak pasal pengundian semula. Tok Guru apa ni? Masa ADUN Bota,Nassarudin masuk PKR hari tu pun senyap je,takde ura-ura nak undi semula pun?Diam seribu bahasa,macam tikus tengok besi.Kalau kena batang hidung sendiri,semua jadi tunggang terbalik,macam ni punya auta pun orang puja lagi.

Lim Guan Eng - Setuju jelah,kalau lebih-lebih kang,silap2 haribulan dia pulak yang kena turun takhta.

Hj Abd Hadi & Lim Kit Siang - Tak payah komenlah..buang masa,buang tenaga dan memang PR tak boleh nak bertolak ansur dalam banyak hal,esok ada lagi lembu PAS yang kena tarik hidung dengan DAP.

Nizar - Dah bubar DUN lagi nak tunggu istana? biasanya orang tunggu istana dulu.. sekarang sape derhaka?Derhaka ke?

Sekarang dah banyak caci maki PR terhadap BN dah balik pada mereka..so..
Lu pikirla sendiri..