Tuesday, February 24, 2009

SULTAN DAN AGAMA

Kelmarin satu adat istiadat Di-Raja berlangsung dengan penuh gemilang di Negeri Sembilan,yang menjadi sejarah,ianya adalah istiadat yang ketiga seumpamanya dalam tempoh 120 tahun.Sejarah telah mengajar kita akan kekebalan kuasa sultan dan senantiasa dijunjung adalah..titah sultan. Sejajr dengan kedudukan sebagai ketua negeri/negara serata ketua agama.
Namun peristiwa hari ini,menyedarkan kita akan,perasaan kemaruk kuasa dan pangkat telah meletakkan sultan melayu di martabat yang tidak seindah kehebatan Sultan Mudzaffar Shah di Melaka satu ketika dulu.Kini,jika melayu yang tidak mahu mendengar atau akur dengan titah sultan,apa guna lagi kita mengaku kita menjunjung adat kesultanan melayu dan menghayati 5 rukun negara.Sekarang ada pihak sanggup mengheret sultan ke mahkamah,hanya kerana pangkat dan kuasa.Apa yang paling dikesalkan,ada yang cuba pohon " DERHAKA" kepada sultan.
Di saat ketua Pembangkang nak pujuk beberapa MP BN untuk lompat parti,tidak seorang pun pemimpin pembangkang yang menyatakan perkara ini tidak bermaruah,kecuali LIM KIT SIANG yang menyatakan bahawa DAP tidak akan terima MP yang lompat parti masuk ke DAP ( Masuk dalam parti lain dalam PR takpe).Ini termasuklah,tuan guru Nik Abdul Aziz.
Saya benar2 kecewa kerana Nik Aziz yang begitu dihormati,sekarang sudah jauh lari dari landasan perjuangan Parti,kenyataan2 yang tidak selari dan sentiasa berat sebelah walaupun menggadaikan maruah islam yang tidak sesekali menerima pemimpin yang terang2 melakukan kesalahan moral.Nik Aziz beria-ia benar mempertahankan perbuatan ADUN Bukit Lanjan itu sedangkan sewaktu kes Dr Chua tempoh hari,dia paling lantang mengatakan Dr Chua tidak bermoral.Kata Nik Aziz lagi,Eli tak salah..yang salah orang yang ambil gambar tu..
Orang yang ambil gambar tu siapa?
Perompak kut,yang masuk rumah eli tanpa disedari..
Bodoh kan?
Katanya lagi,Eli tak perlu letak jawatan kerana ini akan menjadikan Dun Bukit Lanjan kembali kosong dan PRK perlu diadakan,ini boleh membazirkan wang dan masa yang banyak walaupun Nik Aziz jugaklah yang cadangkan diadakan Pilihanraya semula di PERAK dan Nik Aziz jugalah yang mencabar Ibrahim Ali ( Pasir Mas ) meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen kerana dikatakan menikam PR dari belakang walaupun Ibrahim Ali bertanding di atas tiket PAS semasa PRU ke-13 Mac tahun lalu.Bermakna duit kalau dibazirkan untuk kepentingan PAS atau PR takpe,tapi kalau untuk kepentingan orang lain,haram.Perlu Nik Aziz ingat,Ibrahim Ali bukan baru sepenggal di Pasir Mas,dan Nik Aziz tidak perlu terlalu takbur untuk mencabar kewibawaan Ibrahim Ali berbanding Eli...
Nik Aziz..Bersaralah..

No comments: