Saturday, August 15, 2009

KENAPA DAN MENGAPA..

Tertarik saya bila bangun solat subuh pagi tadi,dan selepas termenung sejenak saya membuka tv dan terpancul di skrin lagu patriotik sedang dimainkan.Kisahnya..SATU MALAYSIA.
Apa yang membuatkan saya rasa senang dan tenteram sejurus selepas beribadat dan berdoa kepada Allah swt saya dipertontonkan dengan video musik sebegitu indah.Saya ceritakan disini..

Pencipta lagu ialah Dato' Mukhzani Ismail kalau tak silap saya,jika silap tolong betulkan.Penulis liriknya saya tak ingat..tengok pagi tadi pun sekilas pandang saja pada pencipta dan penulis lirik lagu itu..tajuknya pun saya lupa..tapi rasanya tentulah SATU MALAYSIA.
Yang ingin saya ceritakan ialah klip2 video yang dipaparkan sepanjang lagu itu dimainkan.Ada video orang bergotong-royong membersih kawasan,bekerjasama antara kaum dalam pemuafakatan,senamrobik beramai-ramai,tolong menolong sesama jiran,raya dikongsi bersama,ziarah menziarahi antara kaum,pemimpin bertemu rakyat,PM turun padang,dan bermacam-macam lagi nilai positif yang saban hari diterapkan di dalam minda masyarakat agar kita mengenali budi,mengenali kebaikan,semangat setiakawan,jati diri bangsa,dan banyak lagi aspek kehidupan yang baik sebagai masyarakat yang mempunyai etika PENYAYANG..
Bukankah ini yang dipupuk ISLAM sejak dulu lagi?
Bukankah nilai ini yang menjadi SUNNAH RASUL ketika zaman perjuangan baginda?
Bukankah kita diajar untuk mencintai negara,pemimpin dan kerajaan sebagai pemerintah selagi tidak berlaku zalim kepada penduduknya?
Benar..itulah yang dituntut,itulah yang diajar dan itulah SUNNAH.

Tapi hari ini,kita telah lupa pada perjuangan asal menuntut kemerdekaan.Penyatuan kaum tidak lagi dihiraukan sesetengah pihak,sebaliknya lebih mementingkan matlamat atau wawsan individu tertentu untuk memegang tapuk pemerintahan negara.Bukan setakat itu malah penyatuan bangsa melayu yang selama ini dilihat kukuh mula pudar dek kerana kepintaran pidato individu yang mempunyai agenda sendiri.Jadi bagaimana penyatuan dapat dikembalikan?

Saya menyeru kepada masyarakat..nilailah.
Hari demi hari kita diajar oleh kerajaan untuk berkasih sayang,bertolak ansur,hormat menghormati dan bersama bersatu memulihkan keadaan dan mengukuhkan ekonomi negara melalui perang kesatuan ini.Dan hari demi hari juga kita dipertontonkan dan dihasut oleh sesetengah pihak untuk tidak menghormati undang-undang negara,berpecah-belah,menentang kerajaan walaupun tidak tahu dimana kezaliman kerajaan Malaysia ini,tidak menghiraukan keselamatan awam,huru-harakan keadaan,merugikan negara,melumpuhkan ekonomi,memberi peluang kepada pemerhati luar untuk memburukkan Malaysia,memudahkan POLIS DUNIA mengambil tahu hal Malaysia dan sebagainya..Adakah ini yang kita tagih dan ingin kita pertaruhkan sepanjang kehidupan dan sepanjang keringat nenek moyang kita menuntut kemerdekaan?soal diri kita..inikah masa depan anak-anak kita?

Disini juga saya ingin mengambil peluang memberi cadangan kepada kerajaan Malaysia,jika kita benar-benar jujur,apalah salahnya kalau kita mengadakan solat hajat perdana untuk memohon agar negara ini diselamatkan dari segala ancaman,mohon agar pengkhianat-pengkhianat negara ini diinsafkan atau dihancurkan dan diminta agar rakyat negara ini selamat dari fitnah dan fitnah dan fitnah dan fitnah dan fitnah..Amin..

No comments: