Sunday, November 2, 2008

POLITIK UMNO: CARIK-CARIK BULU AYAM

Carik-carik bulu ayam... ini mungkin istilah sesuai kepada perumpamaan perselisihan pendapat,tapi akhirnya akur dengan satu keputusan. Senario ini semakin hari semakin menjadi dalam politik UMNO tidak kira di peringkat Bahagian,Negeri mahupun Kebangsaan ( Negara).
Dimana maruah UMNO sekarang? Soalan ini saya kira patut ditanya kepada diri sendiri oleh semua ahli UMNO ( terutama yang menerima suapan).
Awal dulu kita dikejutkan dengan teguran Menteri kabinet kepada pucuk pimpinan parti,perletakan jawatan Menteri kerana kononnya tidak setuju dengan ISA,politik wang dalam UMNO sehinggakan membuka pekung di dada dan membolehkan pembangkang memanipulasi isu ini,dan terbaru isu pemecatan Exco Kerajaan di Terengganu kerana tidak memenuhi tuntutan MB. Harap-harap Dato' Ahmad rasional akan hal ini dan akan membuat keputusan yang terbaik selepas mesyuarat exco akan datang.
Namun peristiwa carik-carik bulu ayam ini jika terus berlanjutan bimbang nanti bulu bukan lagi diistilah carik..tapi tercabut..kalau sudah tercabut,mana mungkin bersambung kembali..
EXCO2 yang terlibat mungkin sedang menghitung nasib pada waktu ini,namun..
percayalah,berani kerana benar..dan tahniah kepada YB2 yang benar-benar memperjuangkan parti demi bangsa,agama dan negara.
Carik-carik bulu ayam..carik-carik bulu ayam..














2 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

lama2 bercantum juga :-)


Salam ziarah :-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

pirah lah said...

SALAM SAUDARA....
Syabas dan tak sangka ada blog sendiri juga...

Terima kasih atas komen di blog saya pisautoreh.blogspot

cuma saya juga ingin ingatkan saudara, saya bukan sebodoh itu untuk menulis sesuatu bahan dalam blog atau komen diblog org lain...

mungkin saudara pintar tetapi dlm lingkungan parti saudara sahaja. Saya byk menulis dan bila membuat perbandingan, saya dapati Umno terlalu banyak melakukan kesilapan berbanding PAS..

Malah keangkuhan pemimpin dan ahli umno membuatkan bukan saya yg pro pembangkang sahaja menghentam pemimpin kesayangan kamu, malah penulis umno sendiri turut mendapat bahan mentertawakan sandiwara pemimpin umno dalam tulisan mereka..

Saya akui dlm pas mustahil tiada sogokan...namun adakah ia merebak seperti Umno? dan yang menjahanamkan Umno adalah pemimpin dan ahli mereka sendiri?

Saudara sudah melihat bagaimana kejinya corak permaianan rasuah dlm Umno untuk memilih pemimpin, secara terbuka didedah oleh pemimpin sendiri termasuk Rosol....apakah Rosol hanya sedar perkara itu semasa beliau tewas sahaja? Masa dia dlm barisan Exco tiada kesedaran ke?

Jangan double standardlah...kalau betul2 mahu menegakkan Islam, org tak duduk dlm Umno...terang2 rasuah dan main pitih...HARAMkan tu? Tapi saudara insaf tak?

Tetap lagi dengan Umno kan? Bermakna..org dan ahli Umno mcm saudara..dah tau ada unsur haram dalam parti, masih tetap lagi sokong...hampehhh betul ler!

Kembalilah kepada al-quran yang saudara sudah lama tinggalkan. Wallahualam!