Wednesday, April 1, 2009

PRK DUA BUKIT DAN BATANG AI

7 April ini bakal menyaksikan 3 lagi PRK selepas PRU 2008 yang lalu,dan seingat saya..seumur hidup,inilah PRK yang paling kerap diadakan selepas satu2 PRU.
Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai ( Bukit Lanjan dan Parlimen seputeh bila lagi? ).
Saya melihat senario di Batang Ai berbeza dan perbezaannya mungkin ketara jika mahu dibandingkan keupayaan BN Sarawak dan calon baru dikenali dari PKR.Pengundi saya kira tahu menilai mana yang lebih baik untuk membela suku kaum yang ada di Batang Ai.
Berbeza dengan dua bukit di Perak dan Kedah.Saya melihat ianya agak sekata dengan senario politik yang ada pada hari ini.Di Bukit Gantang,rakyat mungkin masih memilih Nizar,tapi jika diambil kira apa yang dilaksanakan oleh PR sepanjang 11 bulan memerintah,tiada apa yang dapat dibanggakan oleh orang melayu.Fikirlah 2 kali atau lebih kepada pengundi.Isu calon saja pun sudah berputar belit.Sikap tiada kemuafakatan PR sentiasa terserlah walaupun dengan hanya perkara sekecil zarah.Kepimpinan baru UMNO selepas Perhimpunan Agong baru-baru ini dilihat mampu menggugat PR kali ini kata pemimimpin2 PAS dua tiga hari lepas.Namun nada ini seolah-olah ada udang disebalik batu.Untuk jentera BN,jangan terpedaya dan jangan mudah berpuas hati dengan apa yang sudah terlaksana,teruskan mencari undi untuk memastikan kemenangan BN benar2 berlaku.
Senario besar di Bukit Selambau menyaksikan 15 calon bertanding merebut kerusi DUN itu,saya percaya 13 calon bebas jika menang pasti menyebelahi BN di dalam dewan. Ini bermakna PR melawan 14 calon lain untuk menang,dan jika PR menang,ini memang luar biasa.
Terpulang kepada pengundi menetukan hala tuju masa depan masing-masing.Adakah kita mahu memilih kerajaan yang benar-benar membela nasib rakyat,atau kita mahu kerajaan yang hanya tahu berpolitik,menfitnah dan mencari kesalahan pihak lawan semata-mata. Tarikh 7 April harus menjadi saksi apa yang rakyat mahukan.Sama-samalahkita nantikan..

Monday, March 16, 2009

BLOGGERS

Lama saya tak update blog..rasa boring pun ada..
Baru-baru ni kita dikejutkan dengan tuduhan ke atas 6 orang penulis blog kerana dikatakan menghina sultan melalui artikel yang di tulis dalam blog masing-masing..
Dan saya percaya akan ramai lagi akan didakwa kerana memang semakin ramai melayu yang sudah lupa asal usul mereka.
Isu semasa..
Keputusan SPM,STPM
PPSMI
SULTAN DAN KEDAULATAN RAJA MELAYU
PERAK SEMAKIN STABIL
PR AKAN TUMBANG
DAN MACAM-MACAM LAGI..

NAK TENGOK JER..

Tuesday, February 24, 2009

SULTAN DAN AGAMA

Kelmarin satu adat istiadat Di-Raja berlangsung dengan penuh gemilang di Negeri Sembilan,yang menjadi sejarah,ianya adalah istiadat yang ketiga seumpamanya dalam tempoh 120 tahun.Sejarah telah mengajar kita akan kekebalan kuasa sultan dan senantiasa dijunjung adalah..titah sultan. Sejajr dengan kedudukan sebagai ketua negeri/negara serata ketua agama.
Namun peristiwa hari ini,menyedarkan kita akan,perasaan kemaruk kuasa dan pangkat telah meletakkan sultan melayu di martabat yang tidak seindah kehebatan Sultan Mudzaffar Shah di Melaka satu ketika dulu.Kini,jika melayu yang tidak mahu mendengar atau akur dengan titah sultan,apa guna lagi kita mengaku kita menjunjung adat kesultanan melayu dan menghayati 5 rukun negara.Sekarang ada pihak sanggup mengheret sultan ke mahkamah,hanya kerana pangkat dan kuasa.Apa yang paling dikesalkan,ada yang cuba pohon " DERHAKA" kepada sultan.
Di saat ketua Pembangkang nak pujuk beberapa MP BN untuk lompat parti,tidak seorang pun pemimpin pembangkang yang menyatakan perkara ini tidak bermaruah,kecuali LIM KIT SIANG yang menyatakan bahawa DAP tidak akan terima MP yang lompat parti masuk ke DAP ( Masuk dalam parti lain dalam PR takpe).Ini termasuklah,tuan guru Nik Abdul Aziz.
Saya benar2 kecewa kerana Nik Aziz yang begitu dihormati,sekarang sudah jauh lari dari landasan perjuangan Parti,kenyataan2 yang tidak selari dan sentiasa berat sebelah walaupun menggadaikan maruah islam yang tidak sesekali menerima pemimpin yang terang2 melakukan kesalahan moral.Nik Aziz beria-ia benar mempertahankan perbuatan ADUN Bukit Lanjan itu sedangkan sewaktu kes Dr Chua tempoh hari,dia paling lantang mengatakan Dr Chua tidak bermoral.Kata Nik Aziz lagi,Eli tak salah..yang salah orang yang ambil gambar tu..
Orang yang ambil gambar tu siapa?
Perompak kut,yang masuk rumah eli tanpa disedari..
Bodoh kan?
Katanya lagi,Eli tak perlu letak jawatan kerana ini akan menjadikan Dun Bukit Lanjan kembali kosong dan PRK perlu diadakan,ini boleh membazirkan wang dan masa yang banyak walaupun Nik Aziz jugaklah yang cadangkan diadakan Pilihanraya semula di PERAK dan Nik Aziz jugalah yang mencabar Ibrahim Ali ( Pasir Mas ) meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen kerana dikatakan menikam PR dari belakang walaupun Ibrahim Ali bertanding di atas tiket PAS semasa PRU ke-13 Mac tahun lalu.Bermakna duit kalau dibazirkan untuk kepentingan PAS atau PR takpe,tapi kalau untuk kepentingan orang lain,haram.Perlu Nik Aziz ingat,Ibrahim Ali bukan baru sepenggal di Pasir Mas,dan Nik Aziz tidak perlu terlalu takbur untuk mencabar kewibawaan Ibrahim Ali berbanding Eli...
Nik Aziz..Bersaralah..

Wednesday, February 11, 2009

PRK

Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau - Berapa persen peluang untuk menang?

Bukit Gantang - 3 DUN :1 PAS,1 DAP,1 BN = kalau ikut majoriti hanya seribu lebih berbanding 2 DUN yang dimenangi PR dan hanya 1 BN, peratusan BN menang mungkin tinggi dan peratusan PR menang juga tinggi.

Bukit Selambau - Majoriti penyandang dulu,tujuh ribu lebih.. - kalau BN menang,kena buat pulut kuning kot..

Monday, February 9, 2009

SANDIWARA PR

Katak B lompat masuk ke kolam katak P = Bagus,tanda kesedaran katak B
Katak P lompat masuk ke kolam katak B = Tidak sah,zalim,tak hormat hak anak-anak katak

Kalau katak2 B lompat masuk kolam katak P = Perubahan untuk semua katak
Kalau katak2 P lompat masuk kolam katak B = Rasuah,taktik kotor dan kianat

Katak B lompat masuk kolam katak P = Ulamak katak P kata,harus untuk rakyat
Katak P lompat masuk kolam katak B = Ulamak katak P kata,semua katak2 P kena pilih semula

Sekarang ..
Ketua P perlu buat post moterm
Ketua P perlu berani nyatakan pendirian terhadap bos katak "D" yang tak boleh berjalan

Kenapa?
Kata bos katak 'D' - Ketua P tak boleh pakai,tak demokrasi,tak tahu hormat hak rakyat
Kata bos katak 'D' lagi - Ketua P wajib bertaubat..