Thursday, October 22, 2009

JANGAN KURANG AJAR..

Saya sedikit terkejut malam tadi tiba-tiba ada satu ceramah PAS diadakan di kampung saya,satu kawasan Felda di DUN Ajil.Itu tidak jadi masalah kerana kebiasaannya saya juga turut suka mendengar omongan kosong pemimpin-pemimpin PAS kawasan mahupun wakil dari luar yang memberi ceramah.Pada saya itu biasa..
Kebetulan semalam saya dan beberapa rakan dalam persatuan belia sedang sibuk menyiapkan beberapa perkara penting bagi menanti kedatangan panel penilai anugerah beliua felda 2009 di sini kerana persatuan ini telah diberi penghormatan untuk mewakili Terengganu pada tahun ini.
Berbalik kepada isu ceramah tadi.
Sedikit kesimpulan..PAS malam tadi ketandusan isu,fitnah dan cukup bodoh kerana datang ke Felda ini. Kenapa saya katakan demikian?
Percaya atau tidak,betapa bongkak dan angkuhnya pemimpin PAS ini masuk ke Felda ini dan memburuk kan Felda.Itulah isu malam tadi..FELDA TIDAK PERNAH MEMBANTU MELAYU!!!
Saya tidak kenal siapa penceramah malam tadi,kerana saya hadir pun di tengah-tengah kerancakkan balaci PAS ini mengutuk dan mencerca FELDA. yang pasti,pemimpin ini mempunyai jawatan di PAS pusat kalau tak silap namanya Ust MA***AN bin AL***N.
Apa tujuan PAS sebenarnya menghasut peneroka untuk membenci Felda?
saya sendiri tidak nampak jelas. Labih 50 tahun Felda berbakti kepada melayu dan negara sehingga hari ini menjadi ikutan kepada beberapa negara luar untuk menjadikan Felda sebagai IDOL kepada pemangkin ekonomi kaum,hari ini di tanah melayu ini,di bumi bertuah ini masih ada lagi anjing2 pengkhianat bangsa yang menyalak gunung. Bodoh tidak bertempat. Apa salah felda sehingga diheret kekancah politik?
Benar Felda diterajui Dato' Seri Najib. Jadi? perlu sangat ke felda diheret dalam isu politik untuk menjatuhkan imej PM?
Saya memberi ingat kepada pemimpin PAS,sarang tebuan jangan dijolok.Jangan kerana seekor kera yang hendak kita beri makan sehingga tergadai sekebun pisang yang kita patut tuai dan agihkan kepada yang lebih memerlukan.Felda memang kubu kuat BN.Dan semestinya kami anak peneroka akan terus memastikan bumi felda ini tidak dipergunakan oleh orang-orang seperti kamu!!!
Dalam ceramah malam tadi juga disebut kononnya satu satu puak penyokong UMNO di Johor pohon untuk kelulusan tanah untuk diusahakan namun tidak mendapat bantuan dari mana-mana pihak,akhirnya selepas kawasan tanah tadi bersih dan terang,Felda mengaku itu tanah Felda dan mengambil alih tanah itu dengan rakusnya dari puak2 tadi dan akhirnya puak2 ini memohon pertolongan PAS..lepas tu PAS boleh buat apa kalau benar ini terjadi?
Saya menyeru kepada pengerusi FELDA jika ini terjadi,terangkan kenapa dan saya percaya ceritanya bukanlah setragis yang diceriakan malam tadi.
Penceramah terus menerus menyelar kepimpinan Felda termasuk pengurus2 yang kononnya ada kesepakatan dengan pengusaha kilang untuk mengaut keuntungan,Pengerusi Felda yang tidak sudah2 menindas peneroka dan sebagainya.Adakah ini benar?
say amat sedih dan kecewa..di felda ini boleh dikatakan 60-70 % peneroka sudah mampu membina banglo hasil dari titik peluk mengerjakan ladang kelapa sawit yang tanahnya adalah pemberian felda.
paling meluatkan saya Penceramah ini tidak segan-segan mengutuk FELDA dai dalam kawasan FELDA. Walaupun ceramah malam tadi hanya dihadiri oleh kira-kira 20-30 pendengar,itu pun tak masuk dekat,duduk di wakaf saja termasuk saya.
Pada permulaan bicara bukan main memuji kebesaran Allah,berselawat kepada Rasul tapi topiknya tidak sedikit pun mencermin sunnah2 baginda malah saya percaya jika baginda mendengar ceramah itu malam tadi pasti baginda akan turut mengutuk perbuatan seperti ini. Nauzubillah..
Turut dipertikaikan adalah keputusan felda untuk membuka ladang sendiri dan mengusahakan secara komersial,Itu pun jadi isu.Katanya felda tidak perlu bersaing dengan peneroka untuk menghasilkan tanaman kontan ini.Betapa singkatnya pemikiran pemimpin PAS ini. Singkat dan Bodoh. tak pernah saya dengar kilang tidak mahu meneriam buah peneroka kerana buah kelapa sawit dalam simpanan masih banyak.Disini saya kira tidak timbul isu bersaing,kerana bahan mentahin tidak mencukupi..bukan berlebihan.kena paham tu!!
Dan yang bertakbir semalam pun ( takbir yang tak tahu apa-apa ) boleh fikirkan apa jasa felda selama ini kepada kalian,jika benar felda ini menindas kalian,keluarlah dari bumi bertuah ini!!! carilah penempatan sendiri.
Saya pun lupa nak rakam ceramah semalam,kalau tak boleh saya upload kat sini..biar sama-sama kita menilai.

INI PERINGATAN SAYA,KEPADA PEMIMPIN PAS..KALAU NAK CERAMAH PUN GUNA ISU YANG LEBIH BAIK UNTUK MENGAJAK KITA BERSATU,DAN BEKERJASAMA JANGAN NAK MEMBURUKKAN SESIAPA,TIDAK ELOK,LEBIH-LEBIH LAGI MEMBURUKKAN SATU2 AGENSI ATAU ORANG YANG TELAH BANYAK BERJASA KEPADA BANGSA.
KAMI WARGA BELIA FELDA TIDAK SANGGUP MENDENGAR TOHMAHAN DAN FITNAH SEPERTI INI DAN TIDAK AKAN BERDIAM DIRI JIKA INI BERLAKU SEKALI LAGI!!!

Monday, October 12, 2009

MENANG DI BAGAN PINANG

Menang!Menang!Menang!..Menang di Bagan Pinang..Majoriti pun..Perrrrhgg!!! Membanggakan..Boleh jadi kayu ukur PRU 13 ke?
nasihat pada yang menang..jangan terlalu mendabik dada,jangan sampai alpa dan jangan lupa janji kita..1 Malaysia mungkin diawal kejayaan.
Pada yang kalah..jangan nak canang yang bukan-bukan..patutla gelabah semacam sebelum PRK baru ni..
Menang!Menang!Menang!..
YB2 lain jangan ingat ini petanda yang boleh buat kita goyang kaki..
Kena ingat YB tetap pemimpin rakyat,pembantu rakyat dan juga kuli rakyat..

Sunday, October 4, 2009

HURU HARA BAGAN PINANG

Sampai hari ni saya masih sentiasa berfikir,setiap kali adanya PRU atau PRK,pasti akan ada kekecohan yang membuatkan saya rasa kita sebenarnya sudah jauh dari konsep penyatuan yang sering kita laungkan dan sememangnya saranan Islam.
Siapa yang memulakan kekecohan ini?
Kita tidak tahu,tapi bila menuduh satu pihak itu,yang kena tuduh pasti tidak mengaku sebaliknya menuduh pihak yang menuduh memulakan dulu.
Biarlah apa keadaan sekalipun,saya kira yang terlibat..hanyalah MELAYU.
Semalam Buletin Utama melaporkan 2 orang pemimpin tertinggi UMNO dikasari oleh penyokong pembangkang sewaktu proses penamaan calon di Bagan Pinang.Ini cukup memalukan bagi saya.
Jika benar ini yang terjadi dan yang melakukannya adalah dari golongan yang mengaku memperjuangkan ISLAM,saya kira hentikanlah niat untuk memperjuangkan ISLAM kerana ISLAM tidak sesekali tidak layak untuk kamu.
Laungan Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar! bagi mereka ini hanyalah satu slogan parti dan tidak memberi apa-apa makna dalam diri dari segi pendekatan akidah Islam yang sebenarnya,saya akui tidak semua penyokong pembangkang begitu akan tetapi kebanyakkannya begitu.
Tidak bolehkah kita menyokong secara rasional? tidak bolehkah kita bertanding secara matang?
Susah sangat ke kita menghormati orang walaupun kita tidak suka akan mereka.Apa salah mereka?
Saya akui saya tidak menyokong PAS,tapi kami masih boleh menghormati pemimpin PAS.
Saya percaya penyokong yang bertindak kasar ini hanya berani ketika mereka ramai pada satu-satu masa,tapi jika keseorangan..suka saya gelarkan mereka ini BACUL!!!
BACUL KEPADA BANGSA,BACUL KEPADA AGAMA,BACUL KEPADA MASYARAKAT.. dan yang lebih jahanam..BACUL KEPADA DIRI SENDIRI.