Sunday, October 4, 2009

HURU HARA BAGAN PINANG

Sampai hari ni saya masih sentiasa berfikir,setiap kali adanya PRU atau PRK,pasti akan ada kekecohan yang membuatkan saya rasa kita sebenarnya sudah jauh dari konsep penyatuan yang sering kita laungkan dan sememangnya saranan Islam.
Siapa yang memulakan kekecohan ini?
Kita tidak tahu,tapi bila menuduh satu pihak itu,yang kena tuduh pasti tidak mengaku sebaliknya menuduh pihak yang menuduh memulakan dulu.
Biarlah apa keadaan sekalipun,saya kira yang terlibat..hanyalah MELAYU.
Semalam Buletin Utama melaporkan 2 orang pemimpin tertinggi UMNO dikasari oleh penyokong pembangkang sewaktu proses penamaan calon di Bagan Pinang.Ini cukup memalukan bagi saya.
Jika benar ini yang terjadi dan yang melakukannya adalah dari golongan yang mengaku memperjuangkan ISLAM,saya kira hentikanlah niat untuk memperjuangkan ISLAM kerana ISLAM tidak sesekali tidak layak untuk kamu.
Laungan Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar! bagi mereka ini hanyalah satu slogan parti dan tidak memberi apa-apa makna dalam diri dari segi pendekatan akidah Islam yang sebenarnya,saya akui tidak semua penyokong pembangkang begitu akan tetapi kebanyakkannya begitu.
Tidak bolehkah kita menyokong secara rasional? tidak bolehkah kita bertanding secara matang?
Susah sangat ke kita menghormati orang walaupun kita tidak suka akan mereka.Apa salah mereka?
Saya akui saya tidak menyokong PAS,tapi kami masih boleh menghormati pemimpin PAS.
Saya percaya penyokong yang bertindak kasar ini hanya berani ketika mereka ramai pada satu-satu masa,tapi jika keseorangan..suka saya gelarkan mereka ini BACUL!!!
BACUL KEPADA BANGSA,BACUL KEPADA AGAMA,BACUL KEPADA MASYARAKAT.. dan yang lebih jahanam..BACUL KEPADA DIRI SENDIRI.

No comments: