Tuesday, September 8, 2009

BARU BALIK UMRAH..

Salam Bloggers,



Lama tak update blog..saya baru pulang dari tanah suci hari rabu lepas,2 September 2009.Sempat berpuasa di tanah suci selama 11 hari dan pengalaman itu cukup bermakna dan menyedarkan saya betapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia hidup di bumi yang aman makmur,sejahtera dan sentiasa diberi rahmat dan perlindungan dari pelbagai segi dan aspek kehidupan dan ujian kepada kita tidaklah sehebat ujian Allah kepada penduduk bumi Mekah.

Macam-macam yang saya doakan ketika berada di sana.Kesejahteraan diri dan keluarga,negeri dan negara,kestabilan pentadbiran dan bermacam-macam lagi untuk alam akhirat kita nanti.

Alhamdulillah ketika pulang,dikhabarkan H1N1 beransur stabil dan tidak terlalu 'ekstrimis' mengancam penduduk Malaysia dan semoga kita bebas dari segala wabak yang berbahaya.

Nak kupas banyak isu jugak kat sini..tapi tak sesuai dengan topik lagi.nanti ada masa saya update dan kupas isu2 yang bermain di benak saya ni antaranya,isu amah rm800,PRK lagi,Anwar dan penangguhan bicaranya,Idris Jala - Menteri di JPM,kuil hindu yang tapaknya akan dipindah kira2 100meter dari tapak asal ( macam bodoh je kan ) dan macam-macam lagi.




.





No comments: