Monday, August 17, 2009

PETIKAN DARI BLOG KAWAN - DIPETIK DARI AKHBAR UTUSAN KATANYA

Perangai Pas pelik tapi benar
*BILA ADUN BN lompat parti ke PR, halal. Bila ADUN PR lompat parti ke BN, haram (di Perak).
*Bila Mufti Perak sokong Pas, dia ulama terbilang. Bila Mufti Perak tegur Pas, habis dimaki hamun.
*Bila menang pilihan raya, puji SPR. Bila kalah, maki hamun SPR.
*Bila ADUN BN buat perbuatan tidak bermoral, kutuk habis-habisan. Bila ADUN PR yang buat disuruh berehat saja (Elizabeth Wong).
*Masa perintah Perak, cakap Raja Perak paling adil. Tapi bila dah hilang kuasa, tuduh Raja Perak macam-macam.
*Sebelum berkuasa, beria-ia hendak laksana hudud. Lepas dapat kuasa, cakap hudud tak wajib.
*Bila UMNO kata hudud sukar dilaksana, caci-maki-kafirkan habis- habisan. Bila DAP kata langkah mayat saya dahulu, Pas kata baiklah “Kami Dengar dan Taat”.
*Bila orang luar hina nabi berarak satu KL, bila Raja Petra Kamarudin (RPK) hina nabi, senyap membisu (mungkin orang Pas lebih sayangkan RPK dari nabi).
*Bila kerajaan naikkan harga minyak, marah menggila, bila kerajaan turunkan harga minyak, cakap itu hanya muslihat politik.
*Bila Pak Lah kata nak teruskan jambatan bengkok, kutuk Pak Lah sebab jadi patung Mahathir. Bila Pak Lah batalkan, pun kutuk Pak Lah sebab tidak dengar cakap Mahathir.
*Masa Pak Lah PM, desak Pak Lah undur. Bila Pak Lah nak undur ganti Najib, Hadi kata Pak Lah tak payah undur pulak.
*Bila PR buat demonstrasi, itu demokrasi. Bila BN buat demonstrasi, gesa polis ambil tindakan.
*Bila menang pilihan raya, itu namanya demokrasi. Bila kalah, ada pengundi hantu.
*Bila Kelantan mundur, salahkan Kerajaan Pusat. Bila negara maju, itu hasil sumbangan Anwar ke luar negara cari pelaburan tak langsung.
*Bila bersendirian bertakbir, sekarang bila berdua dengan DAP ber take beer! (di Selangor boleh jual arak di kawasan majoriti umat Islam)
*Bila mulakan ceramah, baca bismillah puji nabi. Masa tengah ceramah, habis semua yang berbeza pandangan di maki-hamun.
*Bila orang UMNO baca al-Quran dituduh hipokrit, bila orang DAP baca al-Quran (di DUN Perak) dipuji melangit.
*Bila UMNO (parti orang Islam) ajak berdamai kata pergi jahanam, bila DAP ajak bersatu kata setuju (biarpun terpaksa gadai prinsip).
*Bila Beng Hock mati tuduh kerajaan zalim, bila kerajaan tubuh inkues pula kata kerajaan ada konspirasi.
*Kalau Anwar bersumpah dengan nama Allah, benarlah Anwar, tapi kalau Saiful Bukhari bersumpah, dustalah kata-katanya dan boleh dimaki hamun secukup-cukupnya.
Bahkan akuan bersumpah Raja Petra lebih dipercayai daripada sumpah laknat Saiful Bukhari.
*Kalau Anwar tak berani bersumpah, itu pun satu kebenaran tapi bayangkan kalau Saiful yang tak berani bersumpah, confirm dimaki habis-habisan.
*Bila UMNO tak laksana hudud disebabkan faktor ketidaksesuaian, Pas maki ramai-ramai. Tapi bila Azizan Razak kata hudud bukan keutamaan di Kedah, Pas kata itu ijtihad murni.

abe MIE-
Hafal benda nie nila nak bercakap dengan penyokong PAS yang bodoh, suruh dia jawab

Saturday, August 15, 2009

KENAPA DAN MENGAPA..

Tertarik saya bila bangun solat subuh pagi tadi,dan selepas termenung sejenak saya membuka tv dan terpancul di skrin lagu patriotik sedang dimainkan.Kisahnya..SATU MALAYSIA.
Apa yang membuatkan saya rasa senang dan tenteram sejurus selepas beribadat dan berdoa kepada Allah swt saya dipertontonkan dengan video musik sebegitu indah.Saya ceritakan disini..

Pencipta lagu ialah Dato' Mukhzani Ismail kalau tak silap saya,jika silap tolong betulkan.Penulis liriknya saya tak ingat..tengok pagi tadi pun sekilas pandang saja pada pencipta dan penulis lirik lagu itu..tajuknya pun saya lupa..tapi rasanya tentulah SATU MALAYSIA.
Yang ingin saya ceritakan ialah klip2 video yang dipaparkan sepanjang lagu itu dimainkan.Ada video orang bergotong-royong membersih kawasan,bekerjasama antara kaum dalam pemuafakatan,senamrobik beramai-ramai,tolong menolong sesama jiran,raya dikongsi bersama,ziarah menziarahi antara kaum,pemimpin bertemu rakyat,PM turun padang,dan bermacam-macam lagi nilai positif yang saban hari diterapkan di dalam minda masyarakat agar kita mengenali budi,mengenali kebaikan,semangat setiakawan,jati diri bangsa,dan banyak lagi aspek kehidupan yang baik sebagai masyarakat yang mempunyai etika PENYAYANG..
Bukankah ini yang dipupuk ISLAM sejak dulu lagi?
Bukankah nilai ini yang menjadi SUNNAH RASUL ketika zaman perjuangan baginda?
Bukankah kita diajar untuk mencintai negara,pemimpin dan kerajaan sebagai pemerintah selagi tidak berlaku zalim kepada penduduknya?
Benar..itulah yang dituntut,itulah yang diajar dan itulah SUNNAH.

Tapi hari ini,kita telah lupa pada perjuangan asal menuntut kemerdekaan.Penyatuan kaum tidak lagi dihiraukan sesetengah pihak,sebaliknya lebih mementingkan matlamat atau wawsan individu tertentu untuk memegang tapuk pemerintahan negara.Bukan setakat itu malah penyatuan bangsa melayu yang selama ini dilihat kukuh mula pudar dek kerana kepintaran pidato individu yang mempunyai agenda sendiri.Jadi bagaimana penyatuan dapat dikembalikan?

Saya menyeru kepada masyarakat..nilailah.
Hari demi hari kita diajar oleh kerajaan untuk berkasih sayang,bertolak ansur,hormat menghormati dan bersama bersatu memulihkan keadaan dan mengukuhkan ekonomi negara melalui perang kesatuan ini.Dan hari demi hari juga kita dipertontonkan dan dihasut oleh sesetengah pihak untuk tidak menghormati undang-undang negara,berpecah-belah,menentang kerajaan walaupun tidak tahu dimana kezaliman kerajaan Malaysia ini,tidak menghiraukan keselamatan awam,huru-harakan keadaan,merugikan negara,melumpuhkan ekonomi,memberi peluang kepada pemerhati luar untuk memburukkan Malaysia,memudahkan POLIS DUNIA mengambil tahu hal Malaysia dan sebagainya..Adakah ini yang kita tagih dan ingin kita pertaruhkan sepanjang kehidupan dan sepanjang keringat nenek moyang kita menuntut kemerdekaan?soal diri kita..inikah masa depan anak-anak kita?

Disini juga saya ingin mengambil peluang memberi cadangan kepada kerajaan Malaysia,jika kita benar-benar jujur,apalah salahnya kalau kita mengadakan solat hajat perdana untuk memohon agar negara ini diselamatkan dari segala ancaman,mohon agar pengkhianat-pengkhianat negara ini diinsafkan atau dihancurkan dan diminta agar rakyat negara ini selamat dari fitnah dan fitnah dan fitnah dan fitnah dan fitnah..Amin..

Thursday, August 13, 2009

ARAK VS MARUAH

Niat asal taknak sentuh hal ni..sebab tok guru pun tak kata apa-apa.Tapi kalau dah kecoh macam ni ( sampai dah macam drama pun ada ) rasa nak jugak sentuh sikit.
Ada yang kata desakan Hassan Ali cuma sandiwara,saja nak tutup salah dan kelemahan tapi.. saya rasa kita kenal siapa Hassan Ali,kalau dia tak jujur..tanggunglah akibatnya nanti..
hari ni baru saya terfikir kenapa masa perlantikan MB dulu tak disebut-sebut nama Dr Hassan Ali ni..rasanya dia lebih layak kot dari MB sekarang.oppss..taknak komen banyak,karang ada yang nak saman juta-juta pulak..
Jumlah rampasan bukanlah besar..tapi mungkin peniaga tu marah sebab dulu undi DAP nak bebas..tapi sekarang tak boleh,jadi YB yang tercabar buat keputusan sendiri tanpa bincang dengan Hassan Ali kot..yang jadi mangsa..MB.Susah nak cakap..macam mana nak tadbir negara ni..
Yang menarik perhatian saya,komen-komen dari AMK Terengganu yang dikeluarkan oleh orang kuat AMK Terengganu baru ni..kononnya media memperbesarkan isu ini..
yang jadi saya tak paham..bukan ke Hassan Ali yang panggil reporter ni?
Lepas tu adakan sidang akhbar..
yang jadi tak paham..akulah..
pening..
Barisan muka AMK Terengganu bukanlah muka glamor dalam UMNO dulu..( Mungkin )..
glamor sekarang pun sebab selalu masuk paper dan komen isu-isu ringan dan tak pernah bagi cadangan positif pun pada perkembangan negeri atau negara..
balik pasal arak tadi..Dr hassan dah menyatakan kesediannya untuk berundur dari jawatan exco jika tidak mendapat pendirian tegas dari MB dalam hal ni..
maruah Hassan Ali sudah tercabar..
tok-tok guru taknak campur ( mungkin campur tapi tak diperbesarkan ).
cadangan saya pada dr hassan,kalau dilucut jawatan atau meletak jawatan atau menarik diri dari pr..jadilah adun bebas,tapi sokong BN tak pun lompat ke BN terus.
yang tersalah kata..harap maaf..

KERANA KAMI HAMBAMU

YA ALLAH..
KAMI MOHON PERKENANMU..
KAMI POHON KEAMPUNANMU..
KAMI POHON RAHMATMU..
KAMI POHON BELAS IHSANMU..
KEKALKANLAH KAMI SEBAGAI HAMBA YANG BERIMAN..
KEKALKANLAH KAMI SEBAGAI HAMBA YANG BERTAQWA..
KEKALKANLAH KAMI SEBAGAI HAMBA YANG BERADA DALAM AGAMAMU YA ALLAH..

YA ALLAH..
KAMI BERLINDUNG DENGANMU DARI SIFAT YANG TAMAK..
KAMI BERLINDUNG DENGANMU DARI SEGALA ANCAMAN..
KAMI BERLINDUNG DENGANMU DARI SEGALA KHIANAT..
KAMI BERLINDUNG DENGANMU DARI SEGALA WABAK..
SELAMATKAN NEGERI DAN NEGARA KAMI..
SELAMATKAN JIWA-JIWA YANG MURNI DI BUMI BERTUAH INI..

YA ALLAH..
HANYA ENGKAU MEMBERI RAHMAT..
HANYA ENGKAU MEMBERI BERKAT..
HANYA ENGKAU MEMBERI SEGALA NIKMAT..
RESTUILAH KAMI..
MAAFKANLAH SEGALA KETELANJURAN KAMI..
JAUHILAH KAMI DARI SEGALA BALA DAN MALAPETAKA..
SESUNGGUHNYA ENGKAU TUHAN YANG MENERIMA TAUBAT..

Tuesday, August 11, 2009

UMRAH

Nak lupa sekejap soal politik kotor..
Nak lupa sekejap pasal gaduh sesama bangsa kerana seorang pengkhianat..
Nak lupa sekejap soal corupt yang tak sudah-sudah..
Nak lupa sekejap pasal orang gile kuasa..
Nak lupa sekejap soal orang yang tak bersyukur..
Nak lupa sekejap pasal banyak kerugian kepada negara akhir2 ni..
Nak lupa sekejap soal pengikut2 bodoh yang jadikan anak-anak sebagai benteng kepada FRU..
nak lupa sekejap pasal pemimpin-pemimpin demonstrasi yang lepak kat rumah sambil tengok tv dan tengok pengikut2 konon setia berjuang untuk perut pengkhianat bangsa itu sendiri dan lepas tu tak mengaku jadi dalang dan mula nak saman orang sampai ratusan juta..

Jom kita semak diri..ada baiknya.. kalu ada rezeki jom buat UMRAH

Wednesday, August 5, 2009

DEMONSTRASI

SIAPA LAGI YANG AKU BOLEH KATA..

RAKYAT DAN PEMIMPIN YANG TIDAK TAHU BERSYUKUR..
PETUALANG-PETUALANG BODOH YANG MASIH TAK MAHU MENGERTI APA ERTI KEMERDEKAAN DAN KEBEBASAN YANG SEBENAR..
APA KEPENTINGAN I.S.A?
I.S.A UNTUK SIAPA?

LAGI-LAGI MELAYU YANG BODOH..

IKUTLAH..IKUTLAH..SAMPAI NEGARA MELAYU INI HANCUR..
IKUTLAH..IKUTLAH..SAMPAI NEGARA MELAYU INI BERGOLAK..
IKUTLAH..IKUTLAH..SAMPAI NEGARA MELAYU INI TINGGAL NAMA..
MALAYSIA..JANGAN NANTI ORANG GELAR KITA MALAY YANG SIAL...

Sunday, August 2, 2009

APA DOSA I.S.A?

Tertarik dengan berita TV3 tadi..asalnya kalau boleh taknak sentuh hal ISA ni..tapi terpanggil jugak dek kerana beberapa fakta lucu..
Kita dikejutkan dengan budaya songsang PR yang sudah mula kesuntukan masa bagi mengelak dari perubahan yang bakal dilakukan ke atas ISA,jadi hanya ini peluang yang meraka ada untuk sekali lagi memberi ruang kepada dunia luar akan keburukan kerajaan pimpinan PM ke-6 kita.
Tidak habis dengan satu-satu isu,tidak dilayan dikata penakut..kalau dilayan merebak bak H1N1.Semalam,rusuhan talah membantutkan sedikit sebanyak ekonomi sekita Sogo mall dek kerana masih ada lagi bangsa peribumi bodoh yang tak sudah-sudah menjilat ludah anasir hipokrit yang berlindung disebalik hasrat politik yang mungkin mampu mengganggu gugat maruah negara.
Apa yang tidak kena dengan ISA hingga dinilai begitu rupa?apa salah pemberontak ini hingga begitu takut akan kewujudan ISA? saya masih pelik dan bengong memikirkan hal ini sehingga hari ini..

Fakta rusuhan semalam : saya tak mahu sentuh hal lain - yang ditahan:

Melayu : 500++ orang
Cina : 2 orang
India : 3 orang

Fikirlah..

PRK LAGI????

Macam mana ni..dah nak jadi 6-0 ni kalau diikutkan DUN yang kali ni..
Tapi sengit kot..
Adoii...